Release date : 30 Ogos 2018
Genre : Seram, islamik
Casts : Syamsul Yusof, Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi
Rating : ★★★★★
SINOPSISUstaz Adam perlu menentang seorang lelaki yang mengajar ajaran sesat. Roh jahat yang mempunyai kaitan dengan lelaki itu telah merasuk seorang ibu tunggal miskin di sebuah perkampungan terpencil dan kini Ustaz Adam perlu menyelamatkannya.
-----
SPOILER ALERT !
Apa yang boleh dikatakan adalah filem ni memberi impak yang besar kepada diri kita. Seperti yang kita jangka, Syamsul Yusof seorang pengarah yang sangat bagus dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti dan memberi banyak pengajaran.
Intro filem ni pun dah buat kita kecut perut. Ceritanya mengisahkan sebuah kampung yang sudah terpesong akidahnya dan mengikut ajaran sesat yang diketuai oleh Abuja lakonan Nasir Bilal Khan. Imam Malik, ayah kepada Sakinah telah disihir sehingga mati oleh mereka kerana menentang ajaran sesat itu. Sakinah yang dipaksa mengikut ajaran sesat itu tetap dengan pendiriannya demi menegakkan Islam.
Ustaz Adam pula datang ke kampung itu untuk mengubati ayah Sakinah tetapi dia pun terkena sihir sehingga menjadikannya pembunuh ibunya sendiri. Walaupun banyak dugaan yang ditimpa, Ustaz Adam masih berpegang pada ajaran Islam walaupun dia hampir putus asa. Dirinya difitnah dan diseksa kerana menolak ajaran Abuja. Dengan kuasa Allah, kumpulan Abuja ditimpa bala sehingga menyebabkan kematian.
Terlampau banyak pengajaran yang disampaikan melalui filem ini. Banyak juga mesej-mesej tentang petanda akhir zaman yang Syamsul Yusof sampaikan melalui cerita ini. Salah satunya Dajjal tak lama lagi akan datang. Sepanjang I tengok, banyak kali jugak air mata bertakung. Kalau dihayati, memang menusuk. Dunia nak akhir zaman tapi kita masih kurang dalam didikan agama. Al-Quran pun kita jarang baca.
Watak Ustaz Adam (Syamsul Yusof) memang terbaik. Penuh ilmu di dada. Kuat pegangan agama walaupun difitnah, diseksa, digantung dan dipukul. Ustaz Adam difitnah sebab dia cuba berdakwah kepada orang-orang kampung yang dah sesat. Akhir ceritanya menunjukkan yang Ustaz Adam meninggal dunia, menandakan Allah tarik nyawa-nyawa orang yang beriman demi memelihara mereka. I terkejut bila Ustaz Adam kena sihir dan rasuk. Pada masa tu I rasa, Ustaz Adam dalam keadaan yang lemah sebab ibunya meninggal dan dirinya berterusan diseksa oleh Abuja. Pada masa yang sama I rasa, Ustaz Adam ada sikit rasa takut.
Maya Karin memang seorang pelakon yang sangat sangat bagus dalam menghayati watak. Bayangkan la dia jilat darah atas lantai, panjat pokok, bunuh orang. Masa scene dia panjat pokok tu, I terus cakap dekat kawan I "the pontianak is back" 😂 Masa PHSM banyak kali dia panjat pokok.
Nasir Bilal Khan pun tak kalah. Watak Abuja tu memang menjadi sampai I pun rasa nak pergi bunuh dia 😂 Sebelum filem ni keluar, I tak boleh nak bayangkan dia bawa watak sejahat tu. Daripada Tok Adi yang baik tu terus ke Abuja yang jahat sangat sangat. Watak Abuja ni umpama orang yang rasa dirinya alim sehingga merasakan diri dia memang masuk syurga padahal dia dah terpesong jauh. Riak sampai rasa diri dia paling alim.
Mawi memegang watak Azhar, seorang yang cuba tidak mengikuti ajaran sesat itu. Dia yang bantu Ustaz Adam yang kena rasuk tapi sayangnya dia dibunuh oleh Abuja. Akhir cerita, Pak Rahim, ayah Ustaz Adam, menempuh ujian paling berat setelah kematian Ustaz Adam dan isterinya.
Nota : Semua gambar di atas adalah dari Google.
Dengar cerita munafik 2 ni lagi seram.. tapi ekin memang takut pun nak tengok cerita2 cengini.. baca sinopsis je lah..hihi
ReplyDeletetgok cerita cmni seminggu pun boleh ingt lagi..
ReplyDeletejemput singgah :) https://messarah.blogspot.com/2018/11/life-update-mese-occupato-busy-month.html
ReplyDeleteSampai sekarang pun tak tengok² pun lagi hehe
ReplyDelete