HOME ABOUT ME VACATION DRAMA/MOVIE BOOK

August 17, 2018

HANTU KAK LIMAH 2018

Related image

Tarikh disiar : 9 August 2018
Genre : Komedi, seram
Pengarah : Mamat Khalid
Pelakon : Dato' Awie, Delimawati, Zul Arifin, Uqasha Senrose
Rating : ★★★★★

SINOPSIS
Filem terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold ini mengisahkan tentang misteri kematian Kak Limah selepas berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih muda darinya. Kampung Pisang menjadi huru-hara apabila orang kampung diganggu oleh hantu Kak Limah. 

-----
SPOILER ALERT !

Hantu Kak Limah berjaya membuat penonton ketawa dengan telatah dan komedi para pelakon dan pelawak. Walaupun barisan pelakon sudah berubah, tetapi jalan cerita kelakar masih menarik untuk ditonton. Untuk filem kali ni, Kak Limah memang betul meninggal. Permulaan cerita Kak Limah sudah berkahwin dengan Khuda, lelaki yang lebih muda, dan beberapa hari lepas tu Kak Limah meninggal dunia. Sejak tu mulalah kejadian pelik berlaku.

Image result for hantu kak limah 2018 cast

Babak yang membuatkan kita mengimbau dan teringatkan cerita P. Ramlee adalah bila ada hantu gigi dan geng hantu Jepun mengejar Hussin dan yang lain. Babak tu untuk memperingati dan tribute untuk lagenda kita iaitu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Penampilan khas Dato' Vida, Jue Aziz, Erra Fazira dan Mus May sangat membantu jalan cerita. Memang gamat panggung dengar orang ketawa. Watak Ropie memang kelakar, tak over dan lawak & punchline dia pun kena dengan cerita. Semua babak yang ada dia orang akan ketawa.

Dan yang buat kita terperanjat adalah plot twist cerita tu yang memang takde dalam trailer. Rupanya yang jadi hantu kak limah tu seorang gadis cantik yang cemburukan Kak Limah sebab Kak Limah kahwin dengan suaminya. Pelakon perempuan tu sangat cantik macam bidadari 😍 

Image result for hantu kak limah 2018 delimawati

Watak Zul Arifin pun menjadi dan kelakar. Muka macho, pandai silat tapi penakut. Paling tak tahan dia kena ong-bak dengan hantu kak limah 😂 Politik pun ada diselitkan sikit dalam filem ni. Dan watak Delimawati sebagai Kak Limah pun tak kurang kelakarnya. I wonder Delimawati betul-betul himpit si Hussin tu ke ? Kalau ya, memang 😂👍 Ada part yang Kak Limah cekup 'anu' Hussin, masa Jozan Live Delimawati kata dia memang cekup betul-betul 😂 


Disclaimer : Semua gambar di atas adalah dari Google.

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

5 comments:

  1. NAGAQQ | AGEN BANDARQ | BANDARQ ONLINE | ADUQ ONLINE | DOMINOQQ TERBAIK
    Yang Merupakan Agen Bandarq, Domino 99, Dan Bandar Poker Online Terpercaya di asia hadir untuk anda semua dengan permainan permainan menarik dan bonus menarik untuk anda semua

    Bonus yang diberikan NagaQQ :
    * Bonus rollingan 0.5%,setiap minggunya
    * Bonus Refferal 10% + 10%,seumur hidup
    * Bonus Jackpot, yang dapat anda dapatkan dengan mudah

    * Minimal Depo 15.000
    * Minimal WD 20.000

    Games Yang di Hadirkan NagaQQ :
    * Poker Online
    * BandarQ
    * Domino99
    * Bandar Poker

    Info Lebih lanjut Kunjungi :
    Website : AGEN BANDARQ NagaQQ
    WHATSAPP : +855967014811
    PIN BB : 2B209F68

    DOWNLOAD APLIKASI PKV MOBILE
    DOWNLOAD PKV ANDROID
    DOWNLOAD PKV IPHONE

    ReplyDelete
  2. memang kelakar cerita ni. hehe

    ReplyDelete
  3. tak baca pun part spoiler tu sbb jaja xtgk lg :P

    ReplyDelete
  4. suka tengok filem mamat khalid, memang best dan kelakar.

    ReplyDelete
  5. Memang terbaiklah filem ini.. Menggeletek hati dan ada sindiran sinis dalam penyampaiannya..

    ReplyDelete