August 26, 2020

MAGIC CAMP 2020

 Magic Camp (film) - Wikipedia

Release date : 14 August 2020

Genre : Fantasy, Comedy

Rating : ★★★★★


SYNOPSIS

A straight-laced banker returns to magic camp, which he attended years ago as a boy, to work as a compassionate and fun-loving counselor while also keeping his eye on winning first place in the upcoming Golden Wand competition.

-----

This is a cool movie. Movie ini menceritakan seorang remaja lelaki bernama Theo yang mempunyai bakat dalam bermain silap mata pergi ke satu kem magis atau Magic Camp untuk mengembangkan bakatnya. Pada asalnya dia taknak pergi kerana dia hampir putus asa selepas kematian ayahnya. Tanpa dia sedar, orang yang sangat menyokong dia selama ini adalah ibunya sendiri. 

Family comedy 'Magic Camp' debuts on Disney+ - ABC7 Chicago

Andy dan Kristina merupakan pelatih di Magic Camp. Setiap remaja yang pergi ke Magic Camp ini mempunyai bakat yang luar biasa dalam silap mata. Theo yang hebat bermain kad sehingga membuatkan orang sekelilingnya terpaku. Nathan yang bijak dalam matematik sehingga mampu membuat magis hanya menggunakan nombor dan teka jumlah yang hanya boleh dikira menggunakan alat elektronik. Ruth yang hebat dalam mengendalikan haiwan. Dan ramai lagi.

Magic Camp - Plugged In

Di akhirnya cerita, mereka semua menunjukkan bakat mereka dalam pertandingan Golden Wand. Pelbagai magis dipersembahkan oleh remaja di Magic Camp itu. Dan semestinya, Theo telah menunjukkan satu magis yang sangat sangat membuat semua orang terpegun, tersentuh dan terharu. Namun, dia bukanlah pemenang untuk Golden Wand. Siapa pemenangnya? Kenalah tengok hehe.


Disclaimer : Semua gambar di atas adalah dari Google.


Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

August 21, 2020

BACKSTREET ROOKIE

 Backstreet Rookie - AsianWiki

No. of episode : 16

Genre : Romantic comedy

Casts : Ji Chang Wook and Kim You Jung

Rating : ★★★★


SYNOPSIS

Choi Dae-Hyun (Ji Chang-Wook) walks despondently through a residential back alley after getting dumped by a girl. Sitting nearby are three high school girls, including Jung Saet-Byul (Kim You-Jung). She thinks Choi Dae-Hyun is cute and asks him to buy them a pack of cigarettes. Instead of getting cigarettes, they girls receive a lesson from Choi Dae-Hyun. He thinks the girls are just a bunch of knuckleheads, but Jung Sae-Byul is now even more smitten with him and kisses him.


3 years later, Choi Dae-Hyun manages his family owned convenience store. Although, high school girls like to come in and take pictures with him, the store doesn't make a lot of money. Choi Dae-Hyun has also decided to put up a "part-timer worker needed" sign, due to the heavy hours he has been working. Sometime during the night, Jung Saet-Byulwalks into the store. She is now an adult and applies for the part-time job.

-----

Drama ini diadaptasikan dari webtoon bertajuk Convenience Store Saet-Byul yang ditulis oleh Hwalhwasan dan Geumsagong. Ia mengisahkan seorang pemilik kedai runcit bernama Dae Hyun yang sangat kacak dan sangat popular dikalangan pelajar sekolah. Setiap kali habis waktu sekolah, kedai runcitnya akan dipenuhi oleh pelajar-pelajar sekolah yang ingin bergambar dengannya. Satu hari, dia memerlukan seorang pembantu untuk membantu dia di kedai runcitnya. Datanglah Saet Byul untuk memohon kerja di kedai runcit Dae Hyun. Maka terimbau kisah 3 tahun sebelum itu.


Episod pertama membuat penonton tertarik untuk tengok cerita ini. Tapi sebelum itu, drama ini bukanlah drama percintaan yang selalu kita tengok. Tiada babak intim antara kedua-dua pelakon utama. 

SBS's New K-Drama "Backstreet Rookie" Premieres... Only To Face ...

Dae Hyun mempunyai masalah perhubungan dengan kekasihnya yang sudah 3 tahun bercinta. Masalahnya adalah kedudukan taraf antara Dae Hyun dan kekasihnya yang merupakan anak orang kaya. Mula-mula hubungan mereka baik-baik saja, tapi makin lama makin renggang dan akhirnya putus. 


Saet Byul pula mempunyai masalah menghadapi perangai adiknya yang ingin kejar impiannya menjadi seorang penyanyi atau Kpop idol. Pada mulanya Saet Byul tak setuju, tapi akhirnya dia setuju dan sokong impian adiknya. Adiknya pula berjaya menjadi seorang Kpop idol. Namun, pembuli yang selalu dengan adiknya kerap meminta duit, Saet Byul yang sebenarnya hebat taekwando sanggup dipukul demi menyelamatkan adiknya. 

Backstreet Rookie Episode 5: Release Date, Plot and All You Need ...

Kalau anda stress atau penat bekerja dan nak bahagiakan diri, I recommend drama ini untuk awak-awak semua tengok. Drama ni akan membuat anda ketawa dan tersenyum.


Disclaimer : Gambar di atas diambil di Google.


Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

August 10, 2020

MY GIRL/99 POINTS GIRLFRIEND (C-drama)

 My Girl (2020) poster

No. of episode : 24

Genre : Romance, Friendship, Drama, Business, Comedy

Casts : Zhai Yi Qin, Li Jia Qi, Fan Zhi Xin, Pu Tao, Arthur Su, He Mei Xuan

Rating : ★★★★★


SYNOPSIS

As a child, Meng Hui was involved in a terrible accident. Though she has born the physical scars of that moment on her face all her life, it’s the mental scars that have caused the greatest damage. Traumatized by the event, Meng Hui developed a dissociative identity disorder which causes her to switch between two distinct personalities at random. Never knowing when her alternate personality might emerge, Meng Hui has struggled all her life, to find a balance between her two sides. As fate would have it, she happens to cross paths with Shen Yi, the CEO of a large cosmetics company, during one of her episodes and suddenly declares herself to be his girlfriend. Though shocked by this sudden outburst, Shen Yi decides it’s better to save face by playing along, than make a scene in public. In turn Shen Yi is rewarded for his seeming gallantry when he discovers, not long after, that Meng Hui has developed a liquid foundation that has the potential to revolutionize the cosmetics industry. Desperate to get his hands on her formula, Shen Yi continues to play the part of the devoted boyfriend, a fact that shocks Meng Hui once her alternate personality relinquishes control. Though at first, only interested in Meng Hui’s formula, Shen Yi soon finds himself falling for the girl fate seems to have thrown into his life, and even more surprising, she seems to be falling for him. 


-----

Meng Hui mempunyai penyakit Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD) yang disebabkan tekanan yang dialaminya kerana kesan parut dipipinya. Identiti atau personalitinya akan berubah setiap kali dia stress memikirkan tentang apa yang akan terjadi atau sudah terjadi. Shen Yi pula memainkan peranan penting sebagai seorang kekasih dan suami untuk membantu Meng Hui dapat kembali semula ke dirinya sendiri dengan mengikut situasi Meng Hui ketika dia mengalami stress disorder. 

Drama ini mempunyai 6 watak utama iaitu Meng Hui, Shen Yi, Sui An, Wei Lei, Tao dan Jiang. Keenam mereka mempunyai jalan cerita yang menarik. Chemistry setiap pelakon sangat bagus dalam memainkan watak sehingga penonton sangat suka dan mula mengharapkan mereka semua dapat berlakon sebagai pasangan untuk drama lain. Watak Sui An dan Wei Lei sangat sesuai sebagai pasangan romantik walaupun hubungan mereka di dalam cerita ini agak lambat berbanding yang lain. Namun, mampu membuat penonton tertunggu-tunggu. 

Web Drama: My Girl | ChineseDrama.info

Setiap watak sangat memberi kesan kepada penonton. Walau sebesar manapun konflik yang berlaku di antara mereka, hubungan persahabatan mereka tetap kuat dan teguh. Cerita ini tak membuatkan kita stress berfikir apa yang akan terjadi dan konflik yang berlaku juga dapat diselesaikan dengan senang. Selain konflik tentang rahsia sebenar yang disimpan oleh Shen Yi dan Sui An, konflik yang lain tidak mengganggu fikiran penonton dan jalan ceritanya juga senang diterima. 

ChineseDrama.Info on Twitter: "#MyGirl Chinese web drama starring ...

I yakin korang semua akan suka dengan semua watak utama dalam cerita ini. 


Disclaimer : Semua gambar diambil di Google


Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

April 20, 2020

YOUTH (2018)

Youth (2018) poster

No. of Episodes : 26
Genre : Friendship, drama, youth
Casts : Haha He, Wang Yan Zhi, Esther Yu, Vian Wang, Katherine Yang
Rating : ★★★★

SYNOPSIS

When five college students share a house, they also share their experiences with life and love. Han Yi Tong, Ni Jin, Chen Chen Chen, Lin Xiao Chun and Zhang Sheng Nan are roommates who share a house while attending the same university. Can they support each other through the many challenges they face?

-----

Drama ni menceritakan kehidupan lima orang gadis remaja yang berlainan latar belakang. Persahabatan mereka sangat akrab dan comel.

Youth - 最亲爱的你 - Watch Full Episodes Free - Mainland China ...

Lin Xiao Chun (Haha He) berperwatakan comel dan innocent. Dia merupakan seorang pelajar yang baru pindah masuk ke rumah sewa yang diduduki oleh empat gadis yang lain. Mula-mula perkenalan Xiao Chun rasa tak selesa dengan mereka semua. Satu hari dia meluahkan rasa tidak puas hati, dan di situ barulah mereka semua memberi pendapat masing-masing.

Han Yi Tong (Wang Yan Zhi) seorang yang sangat happy-go-lucky, energy booster. Dia cantik tanpa make-up. Sedihnya, dia banyak kali pergi blind date tetapi tiada seorang pun yang melekat dengan dia. Dia ada seorang kawan baik lelaki yang selalu ada untuk dia. Dia pernah popular sebab kantoi menipu sampai masuk surat khabar. Apa yang dia buat sebenarnya untuk curi perhatian mak dia yang sangat workaholic.

c-drama tweets on Twitter: "Chinese remake of #AgeofYouth, simply ...

Chen Chen Chen (Esther Yu) seorang yang manja dan baik. Dia anak orang kaya yang suka hidup sederhana. Dia ada seorang boyfriend yang obses dengan dia tetapi boyfriend dia pernah cuba menggoda kawan baik Chen Chen. Selepas apa yang boyfriend dia lakukan sehingga dia trauma, Chen Chen mulakan kehidupan baru tanpa boyfriend dia.

Zhang Sheng Nan (Vian Wang) seorang yang sangat berdikari dan berjimat cermat. Sambil belajar, dia bekerja siang malam untuk sara kehidupannya dan kos rawatan abangnya yang terlantar koma bertahun-tahun. Kehidupan dia penuh dengan cabaran.

Ni Jin (Katherin Yang) seorang yang cantik dan elegan. Hidupnya mewah dengan harta sugar daddy. Dia terpaksa hidup macam tu untuk sara hidup, dan memiliki barang mewah. Akhirnya dia ambil keputusan untuk mulakan kehidupan baru. Semua barangnya mahal dijual. Dia mula mencari kerja.

c-drama tweets on Twitter: "Chinese remake of #AgeofYouth, simply ...

Walaupun pelbagai cabaran dan masalah yang berlaku dalam kehidupan mereka, persahabatan mereka tetap kukuh. Mereka saling membantu antara satu sama lain. Cerita ni mengajar kita erti persahabatan. Mereka kenal dan peka dengan cara masing-masing walau sekecil-kecil benda.

I suka tengok cerita ni sebab rumah sewa mereka. Sangat aesthetic dan cantik. Scene cerita ni banyak dekat rumah mereka. Boleh jadi inspirasi untuk decorate bilik sendiri. 

Disclaimer : Semua gambar di atas adalah dari Google

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

March 26, 2020

10 BENDA YANG WAJIB/PERLU ANINA BAWA

Assalamualaikum.

Setiap orang mesti ada benda yang wajib mereka bawa ke mana-mana saja.

10 benda yang wajib I bawa

1. Telefon bimbit / handphone

Ini ibarat nyawa. Tanpa dia kita takde hala tuju. Memandangkan sekarang ni zaman teknologi, manusia tak boleh jauh dengan handphone memasing. Handphone la tempat kita hilangkan bosan, cari jalan, cari tempat makan dan kongsi gambar di media sosial.

2. Duit

Mesti la kita perlukan duit.

3. Make up

Perempuan wajib ada satu beg kecil untuk simpan make up dia; bedak, sunblock, lipstick, eyebrow pencil, eyeliner.

4. Hand sanitizer

I memang suka hand sanitizer. Dalam setiap beg mesti ada satu. I ada 4 hand sanitizer; dettol, antibax, lifebouy dan gurdian.

5. Powerbank

Ini wajib ada sebab tak jangka yang I balik rumah pukul bape. Kekadang ada je plan last minit nak pergi sana la sini la.

6. Earphone

Untuk hilangkan bosan atau taknak bercakap dengan orang. Ini I bawa bila jalan seorang diri ataupun nak balik rumah dari Uitm.

7. Panty liner

Perempuan wajib ada untuk sentiasa bersih. Ini penting bila kita nak solat, kena bersihkan diri dulu sebelum solat.

8. Tisu basah

Kalau I boleh solat, benda wajib ada kalau I pakai make up. Tapi I jarang pakai make up bila boleh solat, sebab nanti menyusahkan nak kena betul-betul bersih.

9. Tisu

Dalam setiap beg I mesti ada tisu, kekadang sampai 2 pek. Dalam beg tangan, beg pergi kelas dan beg sandang mesti ada tisu. Bukan I saja, kawan-kawan I semua mesti ada tisu dalam beg masing-masing.

10. Perfume

I kadang-kadang je bawa, bila jalan jauh atau keluar awal dan balik rumah lambat je I akan bawa.

Inilah antara benda yang wajib/perlu ada dengan I.
Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

March 25, 2020

KUARANTIN HARI KE-8 : RUTIN HARIAN

Assalamualaikum.

Sudah lapan hari kita semua dikuarantin atau diarahkan duduk di rumah. Agak susah bagi orang bekerja yang perlu bekerja dari rumah terutamanya ibu-ibu sebab kena masak lagi. Student pula terpaksa pulang ke rumah atau duduk di rumah sewa atau kolej sepanjang kuarantin.

Apa rutin harian I sepanjang kuarantin.

6.15 am - Wajib bangun untuk subuh, lepas tu tidur balik 😂 (I tau bukan I sorang je tidur lepas subuh)

8.30/9.00 am - Bangun untuk siram pokok (FYP) 🌼 dan breakfast. Kalau rajin, I work out 💪.

9.00 am - 12.00 pm - Selepas semua pasu untuk FYP dah siap, selalunya akan layan Youtube. I suka layan aesthetic video, penpal with me, organize room dan Kpop. My favourite Youtuber at the moment is Cozy couple. Rutin basic : Sidai baju, sapu rumah, basuh pinggan.

12.00 pm - Lunch 🍛

1.00 - 4.00 pm - Tengok berita terbaru pasal COVID-19. Download movie atau drama yang rasa nak tengok. I ada buat movie list untuk dilayan 📜. Rutin basic : Lipat kain, sapu rumah.

4.00 pm - Selalunya I tertidur sebab bangun pukul 8.30. Sejujurnya I bukan morning person.

6.00 pm - Siram pokok (FYP).

7.30 pm - Solat maghrib.

9.00 pm - Dinner dan menghabiskan masa dengan family; tengok TV 📺, order makanan 🍕, berborak 👪.

11.00 pm - Layan movie atau drama 💻.  Rutin basic : Scroll Instagram & Twitter.

2.00/3.00 am - Baru nak tidur 😴

Itulah rutin harian I sepanjang kuarantin.

March Playlist

Sejeong's Mini Album : PLANT
IZ*ONE's Album : BLOOM*IZ
Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

March 21, 2020

10 PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN SEPANJANG KUARANTIN



1. Bersenam atau work out

Memandang kita diberi cuti dua minggu dan tiada sekatan pergerakan ke dapur, kita ada potensi untuk menaikkan berat badan. Jadi demi menjaga kesihatan dan berat badan, kita boleh mula bersenam atau work out. Work out di dalam rumah saja pun boleh. Bersenam boleh dengan cara menari atau berlari naik turun tangga jika ada tangga dirumah.

2. Mulakan hobi baru

Kita boleh mula berjinak dengan benda baru contohnya bercucuk tanam. Selain jadi hobi baru, bercucuk tanam juga boleh membuahkan hasil.

3. Membersihkan rumah

Selama dua minggu ni, kita bolehlah mengemas rumah yang dah lama tak berkemas tu. Boleh juga menghias atau menyusun atur perabot rumah.

4. Membasuh/melipat/menggosok baju

Di kesempatan yang ada, kita boleh membasuh baju-baju yang mana tak sempat nak basuh. Lepas basuh boleh terus lipat atau gosok. Habis masa kuarantin kita tak perlu risau nak cari dan gosok baju, semuanya sudah tersedia.

5. Online shopping

Memandangkan tak boleh keluar rumah, online shopping la tempat untuk melepaskan stress dan kebosanan. Selain tu boleh bantu online shopper buat duit.

6. K-drama/Netflix/Movie

Student paling suka menghabiskan masa menonton Korean drama dan movie. Inilah masanya untuk marathon drama atau movie. Anda boleh senaraikan movie apa yang nak ditengok sepanjang dua minggu ni.

7. Baca novel

Membaca adalah salah satu benda yang boleh hilangkan stress dan bosan. Novel yang I suka baca mestilah novel-novel Fixi.

8. Belajar bahasa ketiga

Masa ni la anda boleh belajar bahasa ketiga. Sesiapa yang minat tengok Korean drama, boleh belajar bahasa Korea. Selain tu boleh juga belajar bahasa Cina memandangkan bahasa Cina antara bahasa yang selalu digunakan.

9. Tidur

Salah satu perkara yang sangat disukai terutamanya orang-orang yang bekerja. Inilah masanya untuk merehatkan diri.

10. Tulis surat untuk orang tersayang

Waktu macam ni la datangnya mood dan idea untuk menulis. Jadi, anda boleh menulis surat untuk orang-orang tersayang dan jauh daripada kita.

Banyak lagi perkara yang kita boleh buat sepanjang cuti dua minggu ini untuk hilangkan rasa bosan. Kita perlu produktif walaupun hanya duduk dirumah sahaja.
Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

February 21, 2020

IZ'ONE DAH BUAT COMEBACK ! BLOOM'IZ


Assalamualaikum.

IZ’ONE IS BACK!

I dah lama tunggu IZ’ONE keluar album baru. Selepas pembubaran X1 (Produce X 101) disebabkan manipulasi markah, I takut kalau IZ’ONE batalkan comeback mereka. Teaser lagu BLOOM’IZ keluar sebelum timbulnya isu manipulasi markah, jadi WIZ’ONE dah tak sabar nak tengok IZ’ONE buat comeback. Tiba-tiba kes itu timbul dan comeback IZ’ONE terpaksa ditunda. 

Image result for bloom'iz i am

Dan akhirnya pada 17 February 2020, BLOOM’IZ keluar dan IZ’ONE masih meneruskan kontrak mereka. 

BLOOM'IZ adalah album studio pertama yang dikeluarkan oleh IZ'ONE, satu kumpulan yang menggabungkan dua negara iaitu Korea dan Jepun melalui survival show, Produce 48. Album ini mempunyai 12 buah lagu dan Fiesta merupakan lagu utama. 

BLOOM'IZ telah mencatat rekod baru jualan album paling banyak dalam masa seminggu iaitu 175 249 copies.

Image result for bloom'iz

BLOOM'IZ tracklist

- Eyes
- Fiesta
- Dreamlike
- Ayayaya
- So Curious
- Spaceship
- You & I
- Daydream
- Pink Blusher
- Open Your Eyes
- Destiny
- Someday

Untuk pengetahuan semua, beberapa daripada mereka juga terlibat dalam penghasilan lirik.
Jo Yu Ri (vokal utama) menulis sepenuhnya lirik lagu Someday.
Jang Won Young (juara dan center) adalah salah seorang penulis lirik lagu Dreamlike.
Kwon Eun Bi (ketua kumpulan) merupakan salah seorang penulis lirik untuk lagu Spaceship.
Kim Min Ju (visual) salah seorang penulis lirik lagu You & I.
Dan my favorite is Someday and Eyes. 

Image result for bloom'iz

BLOOM'IZ album ada tiga version iaitu I WAS, I AM and I WILL.

Bawah ni merupakan muzik video lagu Fiesta - IZ'ONE.




Disclaimer : Semua gambar diambil di Google dan video dari Youtube Channel Stone Music Entertainment.

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

February 18, 2020

YOUTUBE : A DAY IN MY LIFE


Lagi beberapa hari saja I akan masuk new semester (final semester). Semester akhir yang agak mencabar sebab nak buat FYP. Semoga semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah result I baik dan dapat duduk kolej, tak perlu cari rumah sewa yuhuu !

Enjoy the video 😄

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

February 11, 2020

ANOMALI BY SYAFIQ AIZAT


ANOMALI
SINOPSIS
Ini kisah tiga orang manusia;
Seorang boleh baca fikiran.
Seorang pernah menewaskan Krampus.
Dan seorang lagi pernah berdepan dengan beberapa entiti dari alam lain.
Mereka, dan beberapa orang lain harus bersatu untuk menyiasat satu kejadian anomali, yang lebih aneh daripada kejadian-kejadian yang pernah mereka hadapi sebelum ini: kemunculan sejenis entiti yang boleh mengawal dan menjatuhkan hukuman kepada manusia, dan mengaku dirinya sebagai Tuhan.
Sekali lagi Fa’iq kena selamatkan orang, Dani perlu menyiasat, dan Iskandar harus berhadapan dengan entiti baru.
Namun… Adakah ‘sekali lagi’ itu akan menjadi kali terakhir buat mereka?

GENRE
Misteri, persahabatan, remaja

-----

Ceritanya bermula bila satu Malaysia kecoh dengan kehadiran Tuhan Palsu yang menyebabkan banyak manusia berdosa koma akibat dihukum. Fa'iq ialah seorang remaja yang mempunyai kelebihan deria keenam iaitu mampu membaca fikiran manusia. Dani ialah seorang remaja yang berjaya menangkap Krampus. Iskandar ialah seorang remaja yang boleh melihat benda ghaib.

Mereka perlu menyelesaikan masalah yang berlaku dan mencari siapa dalam disebalik Tuhan Palsu. Mereka menggunakan kelebihan yang ada untuk mencari Tuhan Palsu. Iskandar mula mendapat polaroid-polaroid yang merupakan kuasa ajaib yang dia dapat. Dengan polaroid-polaroid itu, Iskandar paling hebat di antara mereka semua.

Dia dapat membantu kawan-kawan dia yang mempunyai kelebihan yang terhad seperti deria keenam. Dia dapat masuk ke mata Kebenaran dan meminta bantuannya untuk membunuh Tuhan Palsu.

Novel ni adalah gabungan watak-watak dari novel yang berbeza. Novel ni tak berat sangat, cuma lebih kepada magic. I tak sangka penulis dapat idea yang hebat untuk tulis novel ni. Jalan cerita yang diluar batas pemikiran manusia tentang alam. Logik tak logik! Walau bagaimanapun, ilmu manusia masih ada batasnya. Manusia tak boleh lawan ilmu Allah, kita tak nampak alam lain tapi kita tau ia wujud.

Penulis mempunyai idea untuk mewujudkan alam ghaib dan dunia magic. Tidak menggunakan nama-nama ghaib yang pelik, dan mudah disebut. Membuatkan pembaca terbayang tentang situasi yang sedang diterangkan, terutamanya ketika mereka berlawan dengan Tuhan Palsu. Kewujudan Tuhan Palsu ni membuatkan manusia dalam ketakutan, dan mula menjalankan ibadah kerana takut dihukum. Ini baru hukuman dunia semua dah ketakutan, belum lagi hukuman di akhirat.

Pembaca kena hayati betul-betul jalan cerita novel ni supaya lebih faham. Peka dengan setiap bab sebab setiap bab watak yang berbeza.

Siapa agaknya Tuhan Palsu ni? Manusia atau hantu?

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

February 08, 2020

NIKINA BY NADIA KHAN

Image result for nikina fixi

SINOPSIS
“Apa main gabung-gabung nama macam ni? Kamu tahu tak, ini dikira zina nama! Haram buat macam ni!”
Ustazah Suhaila menempik di dalam kelas ketika ternampak Kina sedang khayal menulis namanya dan nama Nik berulang-ulang dalam pelbagai corak di atas kertas contengan – NIKINA, NIKINA, NIKINA...
Kata orang cinta monyet takkan berkekalan. Tapi bagaimana kalau cinta monyet kita berjaya berevolusi menjadi cinta manusia?

GENRE
Umum, Romantis

-----

NIKINA adalah gabungan dua nama iaitu Nik dan Kina. Nik dan Kina bercinta sejak sekolah, mereka mengambil keputusan untuk kahwin di Siam selepas habis sekolah. Dalam alam perkahwinan ada pasang dan surut, suatu hari Kina melarikan diri daripada Nik, selepas kematian anak mereka.

Selepas hampir 5 tahun berpisah, mereka ditakdirkan berjumpa. Mereka masih suami isteri, Nik sentiasa bagi nafkah dan Kina tak pernah tuntut cerai. Perjumpaan ini ibarat 'Kalau jodoh, lari jauh mana sekali dia datang balik'. Cinta mereka mula berputik kembali. 

Siapa kata cinta monyet tak boleh berubah jadi cinta sejati.

Apa yang dah terjadi pada anak mereka? Siapa Sara?

Novel percintaan yang tak cliche. Penggunaan bahasa dan ayat yang baik dan tak berlebihan. Nadia Khan pandai menarik minat pembaca tanpa menggunakan bahasa puitis seperti novel-novel cinta. Walaupun jalan ceritanya santai, rahsia yang disimpan oleh Nik dan Kina mengenai anak mereka yang membuatkan pembaca tertanya-tanya apa yang terjadi dan siapa Sara yang sebenar.

Selalunya cerita percintaan ada orang ketiga, tapi untuk cerita ni tiada orang ketiga. Jalan cerita hanya tertumpu pada kisah hidup Nik dan Kina. Bukan tipikal novel cinta yang mempunyai watak perempuan yang baik dan sopan bersama lelaki kaya. Ini novel cinta di mana Kina seorang anak daripada keluarga kaya yang sanggup tinggalkan semua harta demi Nik. Sehinggalah Kina dah ada career sendiri. 

Ini novel pertama I beli yang tak berat jalan cerita dia. I recommend semua novel Nadia Khan.

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

January 28, 2020

JANUARY GIVEAWAY by FHR


click banner


PRIZES

First


1. Sticky notes x2
2. Notebook
3. Tags x2


Second


1. Sticky notes
2. Sticky page markers
3. Notebook
4. Tags x2


Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

BUAT DUIT HANYA DIRUMAH DAN TANPA MENGELUARKAN MODAL

Assalamualaikum.
Hari ni I nak share satu App yang boleh membantu anda untuk menambah pendapatan. Ini merupakan App untuk anda menjana side income tanpa perlu mengeluarkan modal. App apa tu ? Cashzine App. Anda boleh download Cashzine App ni di Play Store atau Apple Store.

Image result for cashzine for android and ios
gambar google

STEP 1
Selepas download, anda perlu register email. Di bawah ni merupakan I punya account. I telah berjaya mengumpul sebanyak RM30


STEP 2
Untuk register, anda perlu masukkan Invitation code >> 1663510 untuk mendapatkan 8000 coins.

STEP 3
Setelah mendaftar, anda boleh mengumpul 50 coins dengan membaca articles yang ada. Selain itu, anda juga boleh share atau kongsi articles yang ada untuk mengumpul lebih banyak coin. Ia bergantung kepada articles tersebut, ada yang 200 coins dan ada juga yang 400 coins. Articles yang disediakan merupakan berita-berita terkini sama ada dalam atau luar negara.

      



STEP 4
Anda juga boleh mengumpul 200 coins setiap hari dengan hanya check in. Anda perlu check in setiap hari tanpa tertinggal sehari untuk kekal mendapat 200 coins.



STEP 5
Kalau anda sudah berjaya mengumpul lebih daripada 10 000 coins (RM1), anda boleh withdraw atau transfer duit ke account bank anda. 
10 000 coins berjumlah RM1. 
300 000 coins berjumlah RM30.


Di bawah ini adalah senarai bank untuk anda withdraw.



STEP 6
Anda boleh semak ranking anda. Di bawah ini adalah pengguna yang telah mengumpul coins paling banyak.


Disclaimer : Ini bukan sponsored post/paid review. Gambar-gambar di atas adalah gambar sendiri. 


Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

January 11, 2020

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

 http://www.mamapipie.com/2020/01/giveaway-tahun-baru-2020.html

click banner

Hadiah yang I pilih ialah:

Hadiah 3



Set perfuma dan mandian Royale, Ada 3 barang dalam ni perfume, body mist Dan shower gel. Bau wangi u ol. Boleh jadikan hadiah buat yang tersayang juga ni

Segment ini berakhir pada 31/01/2020 11.59 Malam

Jangan lupa subscribe my YT channel juga HERE

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

SEGMEN BLOGLIST 2020


click banner

Segmen Tamat : 15 Januari 2020 | 11.59 Malam

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

January Giveaway by Awesome Dreamer



click banner.

To those who love Tote Bags, you guys can join this GA or window shopping at her IGshop Tee.Ordinary.


Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

January 10, 2020

2020

Assalamualaikum.

Sekarang ni I tengah final exam untuk tahun ketiga. 3 paper dah lepas, tinggal 1 paper je lagi. Doakan I lulus dengan cemerlang untuk semester ni. Pertama sekali, I nak mintak maaf sebab jarang update blog. Macam biskut, kejap ada kejap hilang. I agak sibuk bila dah tahun akhir ni, lagi-lagi bila kena settle untuk Final Year Project. Dan kadang-kadang I hilang idea nak update apa. Nak cari content yang menarik untuk orang baca. In shaa Allah, I akan buat senarai post yang menarik untuk blog I. Yang menarik orang untuk datang dan baca blog I.

I bercadang untuk buat Giveaway dalam tahun 2020, tapi I belum fikir lagi nak buat apa dan bila nak buat. Mungkin bila I ada duit hahaha. Doakan Anina sentiasa dimurahkan rezeki.

Sekarang ni I tengah bersemangat untuk buat doodles guna Powerpoint. I ada follow twitter @daphnedi_ untuk belajar cara-cara buat doodles menggunakan Powerpoint.



Ini antara hasil yang I dah buat. Tengah belajar lagi nak buat. Kalau korang nak save, save je okay 😉 I tengah dalam proses nak buat calendar 2020 untuk phone wallpaper. I harap I berjaya buat sampai habis. 


Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

Jan Giveaway + BW by lieyzanordin




Who are the lucky winners? If you wanna be one of the winners, just click the banner above and join.
As simple as that.

PRIZES

1. 1st prize akan dapat cash RM100 dengan beberapa pilihan buku
2. 2nd prize RM50 dengan touch&go voucher
3. Special gift untuk 5x blogger
4. Mistery box untuk 3x blogger

All the prizes are interesting.

Subscribe my YT channel too


Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.