March 21, 2020

10 PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN SEPANJANG KUARANTIN



1. Bersenam atau work out

Memandang kita diberi cuti dua minggu dan tiada sekatan pergerakan ke dapur, kita ada potensi untuk menaikkan berat badan. Jadi demi menjaga kesihatan dan berat badan, kita boleh mula bersenam atau work out. Work out di dalam rumah saja pun boleh. Bersenam boleh dengan cara menari atau berlari naik turun tangga jika ada tangga dirumah.

2. Mulakan hobi baru

Kita boleh mula berjinak dengan benda baru contohnya bercucuk tanam. Selain jadi hobi baru, bercucuk tanam juga boleh membuahkan hasil.

3. Membersihkan rumah

Selama dua minggu ni, kita bolehlah mengemas rumah yang dah lama tak berkemas tu. Boleh juga menghias atau menyusun atur perabot rumah.

4. Membasuh/melipat/menggosok baju

Di kesempatan yang ada, kita boleh membasuh baju-baju yang mana tak sempat nak basuh. Lepas basuh boleh terus lipat atau gosok. Habis masa kuarantin kita tak perlu risau nak cari dan gosok baju, semuanya sudah tersedia.

5. Online shopping

Memandangkan tak boleh keluar rumah, online shopping la tempat untuk melepaskan stress dan kebosanan. Selain tu boleh bantu online shopper buat duit.

6. K-drama/Netflix/Movie

Student paling suka menghabiskan masa menonton Korean drama dan movie. Inilah masanya untuk marathon drama atau movie. Anda boleh senaraikan movie apa yang nak ditengok sepanjang dua minggu ni.

7. Baca novel

Membaca adalah salah satu benda yang boleh hilangkan stress dan bosan. Novel yang I suka baca mestilah novel-novel Fixi.

8. Belajar bahasa ketiga

Masa ni la anda boleh belajar bahasa ketiga. Sesiapa yang minat tengok Korean drama, boleh belajar bahasa Korea. Selain tu boleh juga belajar bahasa Cina memandangkan bahasa Cina antara bahasa yang selalu digunakan.

9. Tidur

Salah satu perkara yang sangat disukai terutamanya orang-orang yang bekerja. Inilah masanya untuk merehatkan diri.

10. Tulis surat untuk orang tersayang

Waktu macam ni la datangnya mood dan idea untuk menulis. Jadi, anda boleh menulis surat untuk orang-orang tersayang dan jauh daripada kita.

Banyak lagi perkara yang kita boleh buat sepanjang cuti dua minggu ini untuk hilangkan rasa bosan. Kita perlu produktif walaupun hanya duduk dirumah sahaja.
Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

4 comments:

  1. nombor 10 je x buat hahaha

    ReplyDelete
  2. Setakat ni buat kerja rumah dan kemas rumah je lah..lepas ni plan nak workout lah sebab asyik makan je susah hati juga kalau tak burn kalori.

    ReplyDelete
  3. Mmg byk.yg Kita boleh buat masa PKP ni

    ReplyDelete