March 26, 2020

10 BENDA YANG WAJIB/PERLU ANINA BAWA

Assalamualaikum.

Setiap orang mesti ada benda yang wajib mereka bawa ke mana-mana saja.

10 benda yang wajib I bawa

1. Telefon bimbit / handphone

Ini ibarat nyawa. Tanpa dia kita takde hala tuju. Memandangkan sekarang ni zaman teknologi, manusia tak boleh jauh dengan handphone memasing. Handphone la tempat kita hilangkan bosan, cari jalan, cari tempat makan dan kongsi gambar di media sosial.

2. Duit

Mesti la kita perlukan duit.

3. Make up

Perempuan wajib ada satu beg kecil untuk simpan make up dia; bedak, sunblock, lipstick, eyebrow pencil, eyeliner.

4. Hand sanitizer

I memang suka hand sanitizer. Dalam setiap beg mesti ada satu. I ada 4 hand sanitizer; dettol, antibax, lifebouy dan gurdian.

5. Powerbank

Ini wajib ada sebab tak jangka yang I balik rumah pukul bape. Kekadang ada je plan last minit nak pergi sana la sini la.

6. Earphone

Untuk hilangkan bosan atau taknak bercakap dengan orang. Ini I bawa bila jalan seorang diri ataupun nak balik rumah dari Uitm.

7. Panty liner

Perempuan wajib ada untuk sentiasa bersih. Ini penting bila kita nak solat, kena bersihkan diri dulu sebelum solat.

8. Tisu basah

Kalau I boleh solat, benda wajib ada kalau I pakai make up. Tapi I jarang pakai make up bila boleh solat, sebab nanti menyusahkan nak kena betul-betul bersih.

9. Tisu

Dalam setiap beg I mesti ada tisu, kekadang sampai 2 pek. Dalam beg tangan, beg pergi kelas dan beg sandang mesti ada tisu. Bukan I saja, kawan-kawan I semua mesti ada tisu dalam beg masing-masing.

10. Perfume

I kadang-kadang je bawa, bila jalan jauh atau keluar awal dan balik rumah lambat je I akan bawa.

Inilah antara benda yang wajib/perlu ada dengan I.
Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

13 comments:

  1. duit terlupa bawa takpe tapi handphone tu benda yg wajib sekali kalau takde phone rasa insecure..hehe

    ReplyDelete
  2. Top 3 paling wajib mesti
    1) Phone
    2) Powerbank
    3) Duit

    Kan? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah semua ni wajib kalau tak macam hilang nyawa hahaha

      Delete
  3. Basically kita punya top ten wajib bawa sama! Cuma nowadays dah wajib bawa hand sanitizer sekali

    ReplyDelete
  4. Nak bag magic yang muat semua tapi tak nampak besar! Haha

    ReplyDelete
  5. Hand sanitizer tu penting sangat kan. Tambah-tambah musim covid-19 sekarang ni

    ReplyDelete
  6. www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
    MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc...

    ReplyDelete