April 20, 2020

YOUTH (2018)

Youth (2018) poster

No. of Episodes : 26
Genre : Friendship, drama, youth
Casts : Haha He, Wang Yan Zhi, Esther Yu, Vian Wang, Katherine Yang
Rating : ★★★★

SYNOPSIS

When five college students share a house, they also share their experiences with life and love. Han Yi Tong, Ni Jin, Chen Chen Chen, Lin Xiao Chun and Zhang Sheng Nan are roommates who share a house while attending the same university. Can they support each other through the many challenges they face?

-----

Drama ni menceritakan kehidupan lima orang gadis remaja yang berlainan latar belakang. Persahabatan mereka sangat akrab dan comel.

Youth - 最亲爱的你 - Watch Full Episodes Free - Mainland China ...

Lin Xiao Chun (Haha He) berperwatakan comel dan innocent. Dia merupakan seorang pelajar yang baru pindah masuk ke rumah sewa yang diduduki oleh empat gadis yang lain. Mula-mula perkenalan Xiao Chun rasa tak selesa dengan mereka semua. Satu hari dia meluahkan rasa tidak puas hati, dan di situ barulah mereka semua memberi pendapat masing-masing.

Han Yi Tong (Wang Yan Zhi) seorang yang sangat happy-go-lucky, energy booster. Dia cantik tanpa make-up. Sedihnya, dia banyak kali pergi blind date tetapi tiada seorang pun yang melekat dengan dia. Dia ada seorang kawan baik lelaki yang selalu ada untuk dia. Dia pernah popular sebab kantoi menipu sampai masuk surat khabar. Apa yang dia buat sebenarnya untuk curi perhatian mak dia yang sangat workaholic.

c-drama tweets on Twitter: "Chinese remake of #AgeofYouth, simply ...

Chen Chen Chen (Esther Yu) seorang yang manja dan baik. Dia anak orang kaya yang suka hidup sederhana. Dia ada seorang boyfriend yang obses dengan dia tetapi boyfriend dia pernah cuba menggoda kawan baik Chen Chen. Selepas apa yang boyfriend dia lakukan sehingga dia trauma, Chen Chen mulakan kehidupan baru tanpa boyfriend dia.

Zhang Sheng Nan (Vian Wang) seorang yang sangat berdikari dan berjimat cermat. Sambil belajar, dia bekerja siang malam untuk sara kehidupannya dan kos rawatan abangnya yang terlantar koma bertahun-tahun. Kehidupan dia penuh dengan cabaran.

Ni Jin (Katherin Yang) seorang yang cantik dan elegan. Hidupnya mewah dengan harta sugar daddy. Dia terpaksa hidup macam tu untuk sara hidup, dan memiliki barang mewah. Akhirnya dia ambil keputusan untuk mulakan kehidupan baru. Semua barangnya mahal dijual. Dia mula mencari kerja.

c-drama tweets on Twitter: "Chinese remake of #AgeofYouth, simply ...

Walaupun pelbagai cabaran dan masalah yang berlaku dalam kehidupan mereka, persahabatan mereka tetap kukuh. Mereka saling membantu antara satu sama lain. Cerita ni mengajar kita erti persahabatan. Mereka kenal dan peka dengan cara masing-masing walau sekecil-kecil benda.

I suka tengok cerita ni sebab rumah sewa mereka. Sangat aesthetic dan cantik. Scene cerita ni banyak dekat rumah mereka. Boleh jadi inspirasi untuk decorate bilik sendiri. 

Disclaimer : Semua gambar di atas adalah dari Google

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

1 comment: