January 10, 2020

2020

Assalamualaikum.

Sekarang ni I tengah final exam untuk tahun ketiga. 3 paper dah lepas, tinggal 1 paper je lagi. Doakan I lulus dengan cemerlang untuk semester ni. Pertama sekali, I nak mintak maaf sebab jarang update blog. Macam biskut, kejap ada kejap hilang. I agak sibuk bila dah tahun akhir ni, lagi-lagi bila kena settle untuk Final Year Project. Dan kadang-kadang I hilang idea nak update apa. Nak cari content yang menarik untuk orang baca. In shaa Allah, I akan buat senarai post yang menarik untuk blog I. Yang menarik orang untuk datang dan baca blog I.

I bercadang untuk buat Giveaway dalam tahun 2020, tapi I belum fikir lagi nak buat apa dan bila nak buat. Mungkin bila I ada duit hahaha. Doakan Anina sentiasa dimurahkan rezeki.

Sekarang ni I tengah bersemangat untuk buat doodles guna Powerpoint. I ada follow twitter @daphnedi_ untuk belajar cara-cara buat doodles menggunakan Powerpoint.



Ini antara hasil yang I dah buat. Tengah belajar lagi nak buat. Kalau korang nak save, save je okay 😉 I tengah dalam proses nak buat calendar 2020 untuk phone wallpaper. I harap I berjaya buat sampai habis. 


Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

4 comments: