SINOPSIS
“Apa main gabung-gabung nama macam ni? Kamu tahu tak, ini dikira zina nama! Haram buat macam ni!”
Ustazah Suhaila menempik di dalam kelas ketika ternampak Kina sedang khayal menulis namanya dan nama Nik berulang-ulang dalam pelbagai corak di atas kertas contengan – NIKINA, NIKINA, NIKINA...
Kata orang cinta monyet takkan berkekalan. Tapi bagaimana kalau cinta monyet kita berjaya berevolusi menjadi cinta manusia?
GENRE
Umum, Romantis
-----
NIKINA adalah gabungan dua nama iaitu Nik dan Kina. Nik dan Kina bercinta sejak sekolah, mereka mengambil keputusan untuk kahwin di Siam selepas habis sekolah. Dalam alam perkahwinan ada pasang dan surut, suatu hari Kina melarikan diri daripada Nik, selepas kematian anak mereka.
Selepas hampir 5 tahun berpisah, mereka ditakdirkan berjumpa. Mereka masih suami isteri, Nik sentiasa bagi nafkah dan Kina tak pernah tuntut cerai. Perjumpaan ini ibarat 'Kalau jodoh, lari jauh mana sekali dia datang balik'. Cinta mereka mula berputik kembali.
Siapa kata cinta monyet tak boleh berubah jadi cinta sejati.
Apa yang dah terjadi pada anak mereka? Siapa Sara?
Novel percintaan yang tak cliche. Penggunaan bahasa dan ayat yang baik dan tak berlebihan. Nadia Khan pandai menarik minat pembaca tanpa menggunakan bahasa puitis seperti novel-novel cinta. Walaupun jalan ceritanya santai, rahsia yang disimpan oleh Nik dan Kina mengenai anak mereka yang membuatkan pembaca tertanya-tanya apa yang terjadi dan siapa Sara yang sebenar.
Selalunya cerita percintaan ada orang ketiga, tapi untuk cerita ni tiada orang ketiga. Jalan cerita hanya tertumpu pada kisah hidup Nik dan Kina. Bukan tipikal novel cinta yang mempunyai watak perempuan yang baik dan sopan bersama lelaki kaya. Ini novel cinta di mana Kina seorang anak daripada keluarga kaya yang sanggup tinggalkan semua harta demi Nik. Sehinggalah Kina dah ada career sendiri.

Ini novel pertama I beli yang tak berat jalan cerita dia. I recommend semua novel Nadia Khan.
baru je baca review novel ni. nak baca juga tapi tak beli lagi :(
ReplyDeleteCepat pergi MPH cari this novel haha
Delete