Genre : Fantasy, Comedy
Casts : Selena Gomes, Adam Sandler
Rating : ★★★★★
SYNOPSIS
In Sony Pictures Animation’s Hotel Transylvania 3: Summer Vacation, join our favorite monster family as they embark on a vacation on a luxury monster cruise ship so Drac can take a summer vacation from providing everyone else's vacation at the hotel. It’s smooth sailing for Drac’s Pack as the monsters indulge in all of the shipboard fun the cruise has to offer, from monster volleyball to exotic excursions, and catching up on their moon tans. But the dream vacation turns into a nightmare when Mavis realizes Drac has fallen for the mysterious captain of the ship, Ericka, who hides a dangerous secret that could destroy all of monsterkind.
-----
Kali ini Hotel Transylvania membawa kita bercuti bersama-sama. Mavis merancang percutian keluarga untuk membuat ayahnya, Dracula, gembira dan hilangkan stress. Tanpa disangka, Drac "zing" untuk kali kedua. "Zing" dalam bahasa monster bermaksud jatuh cinta dan ia merupakan cinta sejati. Pada mereka, "zing" hanya boleh berlaku sekali saja dalam hidup mereka. Setelah bertahun sejak kematian isterinya, Drac "zing". Dia jatuh cinta dengan kapten kapal yang membawanya bercuti iaitu, Ericka.
Ericka pula sebenarnya menyimpan dendam terhadap Drac kerana moyangnya merupakan musuh Drac. Namun, akhirnya dia pun jatuh cinta dengan Drac sebab kebaikan dan ketulusan hati Drac. Mavis yang susah nak terima yang ayahnya jatuh cinta, akhirnya terima selepas dapat tahu yang ayahnya "zing".
Okay sebab cerita ni tentang monster, jadi tempat percutian mereka pun mestilah scary dan menarik. Tempat percutian mereka yang kita tak akan jangka adalah di Segitiga Bermuda. Masa tu I macam "Wowww dia cari tempat yang scary and mystery." Dan masih diselitkan komedi untuk kekalkan jalan cerita yang menarik dan kelakar.
Ketika dibabak mereka sampai di Segitiga Bermuda, mereka tunjuk bangkai-bangkai kapal yang dikatakan hilang di Segitiga Bermuda. Ceritanya jadi menarik bila semua monster masuk ke dalam bangkai kapal dan suasana di dalam tu sangat cantik dan happening. Dan di destinasi terakhir mereka, ada babak di mana sotong besar menyanyi untuk memeriahkan lagi percutian mereka. Sotong besar tu pernah menjadi misteri di Segitiga Bermuda.
Pada I, I tak sangka cerita dia menarik dan lagi seronok berbanding yang sebelumnya. Selepas dua movie, Drac pertama kali tukar baju kelawarnya dengan baju bunga-bunga dan berseluar pendek. Dennis, si anak, pula walaupun tak banyak scene dia, tapi semua scene yang ada muka dia sangat comel ! Cerita ni lebih kepada Drac yang cuba memikat Ericka.
Cerita ni 13 dan ke atas. Kalau boleh elakkan bawa kanak-kanak yang 8 tahun ke bawah sebab ada scene yang agak kurang baik. Mungkin tak ketara bagi kita tapi untuk budak lebih baik elakkan.
Disclaimer : Semua gambar adalah gambar dari Google.
seriously tempat segitiga bermuda ? wow kena tengok ni
ReplyDeleteYep. Kena tengok sebab seronok ^^
Deleteawww movie ni dalam list nak tengok jugak sebab movie 1 & 2 dah layan so yang ni wajib layan. Nice review btw!
ReplyDeleteBila dah tgk 2 movie yg sebelum ni mesti nak tengok movie ni.
Deleteok... seriusly.. memang kene pergi tengok. rasa berminat nak tengok bile terbaca tempat percutian mereka.. haha
ReplyDeleteDah tengok haritu dan movie dia best sangat. Banyak puns yang kelakar. First time tengok movie yang dalam panggung ramai budak² and semua behave gila, takde bising² pun. Dengar orang gelak ramai² pun rasa bahagia je.
ReplyDeletetak sabar nak tengok movie ni....hoho
ReplyDeletetak sempat lagi nak tengok filem ini..
ReplyDelete