August 18, 2017

GELAP BY ARIFF ADLY


SINOPSIS

Sekumpulan kawan dari keluarga orang berada mengamalkan gaya hidup bebas. ‘Private party’ setiap tahun sudah menjadi satu tradisi.
Satu invitasi daripada Adi dan Maya yang merupakan tuan rumah kali ini diterima oleh Anip, Dawi, Sheqa, Atirah, Eva dan Ed bertempat di kawasan hutan tempat jin bertandang.
Tanpa mereka sedar, parti kali ini mungkin menjadi parti terakhir mereka. Bermula dengan satu kematian, diikuti kematian yang lain. Setiap satu nyawa yang hilang diganti dengan sekeping nota bernombor. Masa bukan teman. Apa mereka sempat merungkai mesej si pelaku? Dapatkah mereka lari daripada cengkaman GELAP ini?

GENRE

Mindfuck, misteri, psikotik

-----

First of all, cerita ni macam SAW sebab pembunuhan tragik. Mula-mula memang susah nak agak siapa pembunuh dia. Pembunuh ni buat semua ni sebab nak balas dendam kematian adik. Adik dia bunuh diri disebabkan 5 orang ni ; Adi, Anip, Sheqa, Atirah, Eva dan Ed. Mereka sekolah di sekolah yang sama dan memasing perangai agak teruk.

Adik pembunuh ni cacat dan dia selalu kena ejek dengan budak 5 orang tu. Satu hari dia kena rogol dengan 3 budak lelaki tu dan mereka rakam perbuatan mereka tu. Video tu pulak di-upload di Youtube oleh Eva tanpa pengetahuan sesiapa. Disebabkan itu, si adik tu stress dan bunuh diri.

Cara pembunuhan dia lebih kurang SAW sebab dia guna peralatan makmal dan alatan lain. Tragiknya cara pembunuhan ni, dia seksa sampai mati. Kena rendam muka sampai lemas, kena potong lidah dan dimasukkan ubat gegat, kena ikat dan biar digigit tebuan. Setiap kali berlaku pembunuhan, pembunuh tu akan tinggalkan satu kertas yang ada nombor dan mereka mati mengikut nombor tu.

Pembaca matang saja yang boleh baca, dan jangan cuba melakukan semua perbuatan tu. Apa-apa pun, jangan ada perasaan dendam yang boleh membawa padah. Memaafkan lebih baik. Walaupun maaf tak mampu ubahkan benda yang lepas tapi in shaa Allah memudahkan masa depan 😊

RATING
★★★★★


Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

No comments:

Post a Comment