August 26, 2017

ABANG LONG FADIL 2


Release date : August 24, 2017
Genre : Komedi, Aksi
Casts : Zizan Razak, Syamsul Yusuf, Shuib Sepahtu, A. Galak, Wak Doyok, Mas Khan, Achey, Dato' AC Mizal, Tania Hudson

SINOPSIS
Filem ABANG LONG FADIL 2 mengisahkan tentang perjalanan hidup Fadil, yang terjerumus ke dalam dunia mafia, didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok. Fadil terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang pembunuh upahan walaupun dia bukanlah seorang pembunuh. Sasaran pertama Fadil ialah King Kong, seorang yang gila kuasa dan musuh kepada Taji Samprit. Berjayakah Fadil menempuh dugaan yang berlaku pada dirinya?

-----

Abang Long Fadil ni mulanya dari KL Gangster, Fadil yang merupakan kawan baik Malik (Aaron Aziz). Abang Long Fadil 2 ni berbeza dari yang pertama sebab lebih banyak aksi daripada fantasi. Cerita dia dari mula sampai habis memang kelakar, korang akan gelak je. Macam mana tak kelakar kalau pelawak-pelawak hebat yang berlakon. Cerita pun takde berkait dengan KL Gangster macam yang pertama.Terkejut jugak Shark jadi polis 😂

Abang Long Fadil 2 ni Zizan tak lagi bawak watak penakut dan tak mengharapkan bantuan orang lain untuk berlawan, dan tak berimaginasi. Kali ni dia lebih segak dan handsome, lebih banyak aksi yang dia bawak. Nampak yang dia lebih bijak kali ni. 

Fadil ni cuba menjejaki Tiger, pembunuh upahan yang dah banyak bunuh orang tapi takde seorang pun tahu siapa dia ni sebab dia pakai topeng. Fadil dibantu oleh Yana, seorang wartawan, dan Ali (Achey), seorang cameraman. 


A. Galak & Wak Doyok

Inspektor Wahab (Syamsul Yusuf) dan Inspektor Syuib (Shuib Sepahtu) juga cuba menjejaki Tiger, the most wanted person. Watak Dato' AC Mizal memang best dan kelakar, AC Mizal kot bro haha. Dulu tengok dia dalam Gerak Khas serious je tapi kali ni kau akan gelak je. Dato' AC Mizal daebak 👍

Plot twist cerita ni memang unexpected. Korang akan rasa whaaatttt bila tahu siapa Tiger ni 😂 Kalau dah komedi, plot twist pun mesti kelakar. Serious cakap, I suka watak Zizan dalam cerita ni, nampak lebih professional. Pelakon semua hebat-hebat.


Jangan kata abang tak payung

RATING 
 ★★★★(4.5)

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

1 comment: