August 15, 2017

Rebus Telur di Felda Residence Hot Spring, Sungkai


Hello readers 😊

Ahad baru ni kami 4 beranak ke Sungkai untuk menikmati air panas dekat Felda Residence Hotspring, Sungkai, Perak, harga masuk untuk dewasa RM15. Hajat nak mandi tak kesampaian sebab ramai sangat dan panas terik. Jadi kitorang cuma rebus telur dan rendam kaki dalam air panas yang panas sangat 😂 


Ada dua jenis telur, telur ayam dan telur puyuh. Harga untuk semangkuk telur ayam RM5(enam biji) dan sebekas telur puyuh RM8.


Kitorang beli dua-dua jenis. Telur ayam rebus separuh masak 😋 dan telur puyuh rebus sepenuh masak. Seperti biasa ibu sangat teliti, dia dah siapkan semuanya ; kicap, lada 👍  Can't live without you, mother 😘


Tadaaa !!!

Selepas itu, dah berehat kitorang pun rendam kaki dalam air panas. Mula-mula masuk tu memang tak tahan sebab panas sangat, lama-lama okay. Sesiapa yang ada kudis luka dekat kaki tu boleh la rendam. Memang 😅👍


Ayah teringin nak memanah katanya. Jadi dia ajak fight 😂 Macam biasa kitorang dua beradik on je kalau kena cabar. Well, not bad la haha. Walaupun satu panah tersasar kena atap tu 😂 Harga RM10 seorang untuk 15 anak panah saja.


Dan kemudian kitorang balik ke hotel nak tidur 😴


Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

2 comments:

  1. bestnya ada memanah ! ^^

    ReplyDelete
  2. Kita duduk perak tp tak pernah lagi sampai sini. hahaha. InshaAllah someday!

    ReplyDelete