August 20, 2017

8 YEARS WITH DTOH

8 years, 8 girls
Anina | Nabilah | Ili | Julyana | Nazihah | Hanifah | Alisya | Syafiqa
DTOH bermaksud Detective Teenagers Over Hawett, kelakar kan ? Ya kelakar tapi kitorang tak matang lagi masa tu 😂 Tapi dengan nama DTOH ni la orang kenal kitorang 8 anak dara. Each of us has our own position, like me as a captain, tapi semua tu dulu punya haha sebab sekarang 'jawatan' yang ada cuma captain, yes that's me walaupun I dah tak mengaku captain 😂 Kitorang berkawan sejak dari Form 2, dah 8 tahun and still counting.

Memasing ada perangai sendiri tapi banyak bercakap tu perangai kitorang semua. Merepek yes selalu jugak merepek borak itu ini 😂 Blur/lambat pickup, ganas, gangster, tapi sekarang memasing dah jadi gegirl. No kasar kasar weollsss tak boleh uhuks 😊 Jeng tipu je ! Ganas ada je lagi tapi versi lemah lembut 😂

DTOH ni yang kenal cuma budak budak kelas depan, sebab kitorang tak ramai kawan budak budak kelas bawah. Bukan nak racist. Kelas kitorang banyak, ada 13-15 kelas. Yang mana sama kelab ke rumah sukan ke tu kitorang berkawan la. Cuma tak rapat.


Ke mana-mana kitorang bersama-sama. Study sama, makan sama, kelas sama, lepak sama, tapi tak semua la berkumpul. Kadang-kadang dalam 3-4 orang, sebab ada yang busy. Ada yang pegang jawatan dalam kelab, koperasi, pengawas. Jadi tak semua selalu ada, mana yang free dan kaki lepak sampai petang je akan berkumpul. Selalu port lepak dekat kantin, library dan anjung.

Kalau nak beraya pulak, kawan sekelas yang ada buat open house, dorang nak jemput kitorang bukan sebut nama satu-satu tapi sebut "Dtoh jemput la datang open house aku." "Dtoh datang la raya." And kitorang pun faham la haha. Of course kitorang semua datang.


Masuk Form 4, Alisya dapat masuk MRSM. Tipu la tak nangis 😂 Berat hati nak lepaskan, tapi alhamdulillah masih kekal bersama. Kalau dia balik Gombak dapat la lepak makan makan. Tempat biasa kitorang lepak ialah McD dekat Ong Tai Kim. Itu je la tempat kitorang lepas balik sekolah, dan sampai sekarang 😂

Sampai sekarang walaupun tak dapat berkumpul semua, kitorang still contact and tak lupa birthday memasing 😊

Describe them

Nabilah : Feminine. Lemah lembut, sopan santun, cantik.
Ili : Talkative like me. Kalau jumpa memang susah nak stop bercakap.
Julyana : An independent girl. Dia banyak bagi inspirasi. Cara dia bawa diri, berdikari.
Nazihah : Cute but gangster. Dia ni cute, nampak lembut. Dalam lembut dia tu ada kasar haha.
Hanifah : Honest. Dia takde nak berkias-kias bila bagi pendapat.
Alisya : The prettiest. Paling ramai peminat dan pandai.
Syafiqa : A brilliant girl. Dari zaman sekolah rendah result dia paling gempak.

Dtoh, walaupun kita susah nak kumpul semua, aku tetap sayang korang. Walaupun kita ada best friend lain, tapi korang tetap best friend no. 1 aku 😊 Walaupun kadang-kadang rasa kita tak ambil berat satu sama lain, tapi korang selalu dalam doa aku. Macam mana aku nak lupa korang kalau korang selalu ada.


Happy 8th Anniversary girls 😄🎉


Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

6 comments:

  1. Best kan ada kawan baik macam ni..

    ReplyDelete
  2. Happy anniversary girls.. teruskan ukhuwah tu

    ReplyDelete
  3. semoga persahabatan kekal selamanye..

    ReplyDelete
  4. A friend like you is so sweet. know that good friends are like stars, you don't always see them, but you know there are always there for you. nice friendship btw ^^

    ReplyDelete