June 08, 2017

5 FAVOURITE KOREAN DRAMA

Hello readers !

1. The Rebel : Thief Who Stole The People

Rate : ★★★★★




Watak utama, Hong Gil Dong seorang anak perkasa, ni yang dikatakan pencuri. Maksud pencuri dalam drama ni sebenarnya dia telah mencuri rakyat  dan rakyat berpaling daripada raja. Gil Dong berusaha selamatkan rakyat daripada dibunuh tanpa sebab oleh raja. Gil Dong and the geng kumpulkan semua pengikut dan ajar mereka berlawan dan berperang. Apa yang hebat pada Gil Dong, dia anak perkasa, walaupun berdarah teruk or kena tikam dia still kuat dan susah mati. Impian dia cuma satu, nak bunuh raja Joseon.



2. Cinderella and The Four Knights

Rate : ★★★★



Eun Ha Won, seorang gadis muda yang rajin mencari duit untuk sambung belajar dan untuk hidup. Mak tiri dan kakak tirinya tidak peduli tentangnya dan dia disuruh tidur dalam bilik kecik. Macam Cinderella kan ? One day, chairman of Kang Group offer dia untuk tinggal di rumah yang dipanggil Sky House untuk melakukan missions. Mission dia, dia kena satukan tiga orang cousins yang dari kecil tak pernah nak berbaik. Ha Won ni berusaha sampai akhirnya dia berjaya dan jatuh cinta. Tapi boleh ke dia bercinta ? Sebab di Sky House mereka dilarang untuk bercinta.



3. Weightlifting Fairy Kim Bok Joo

Rate : ★★★★★



Okay gais cerita ni sweet 😍 Kim Bok Joo seorang weightlifting yang sangat berkerja keras. Joon Hyung seorang perenang. Joon Hyung pula merupakan kawan satu sekolah rendah Bok Joo dan mereka jumpa semula dekat sekolah atlet mereka. Mula-mula Bok Joo ni suka dekat seorang doktor, iaitu abang Joon Hyung. Tapi dia kecewa. Dan Joon Hyung yang selalu ada and buat dia happy. Lama kelamaan, mereka suka antara satu sama lain. Bok Joo yang nasihatkan Joon Hyung jangan cepat jealous, tapi dia yang terlebih jealous 😂



4. Emergency Couple

Rate : ★★★★



Oh Chang Min dan Oh Jin Hee pernah berkahwin pada usia muda dan bercerai. Keluarga Chang Min tak suka Jin Hee sebab tak setaraf. Duit belanja Chang Min disekat selepas dia berkahwin dengan Jin Hee. Kehidupan mereka susah dan selalu bergaduh. Selepas beberapa tahun terpisah, mereka jumpa balik dan mereka merupakan intern dekat hospital yang sama. Ni la orang kata kalau dah jodoh, bertemu semula. Lama kelamaan, perasaan sayang mereka berdua mula timbul balik. Apa yang I suka dengan cerita ni, of course Jihyo, dan cerita ni banyak dekat hospital dan banyak scene yang melibatkan bedah-bedah. Since I'm a science student, so I minat la cerita macam ni even takde rasa nak jadi doktor 😂



5. Ex-Girlfriends Club

Rate : ★★★★



Of course I tengok cerita ni sebab Jihyo. Bang Myung Soo seorang penulis webtoon yang popular. Dia menulis kisah percintaannya dengan ex girlfriends dia. Kim Soo Jin pula film producer yang cuba nak selamatkan syarikatnya. Soo Jin terpaksa bekerjasama dengan ex boyfriend dia Myung Soo untuk projek baru. Dan mengumpulkan semua ex girlfriends Myung Soo. Tapi takdir Soo Jin bercinta semula dengan Myung Soo dan kali ni serious.
Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

3 comments:

  1. Siqah tak habis tengok Cinderella and The FOur Knights. Suka pelakon lelaki tapi entah kenapa tak habis tengok...

    Tak tengok lagi Weightlifting. Ramai cakap best! Dah masuk dalam list dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cinderella and four knight nak hujung cerita baru rasa best haha. Serious kena tengok Weightligting, best and comel je dorang...

      Delete
  2. Weightlifting fairy memang best tahap rasa nak bercinta tapi baru ni nam joo hyuk dgn lee sung kyu dah break atas alasan busy :/

    ReplyDelete