June 19, 2017

IFTAR : DOUBLE DATE

Hello readers !



Rabu lepas I plan nak berbuka dengan best friends uni I, Ana & Emi. Tapi si Emi last minute cancel, so kami berdua je la yang jadi keluar. Ana ajak bae dia ikut sekali. I pulak pujuk my bae teman I keluar sebab rasa macam awkward pulak nanti 😅 At first dia taknak sebab esoknya kitorang sepatutnya berbuka sama, but dia cancel last minute.

Ana ajak pergi Aquaria, teringin katanya. Memandangkan I pun tak pernah masuk Aquaria tu, so I on je. Kali terakhir I pergi KLCC masa sekolah rendah, and bila sampai sana tak tentu arah sebab taktau mana jalan nak masuk KLCC 😂 I lagi penat sebab sepatutnya kena ambik Ana dekat KL sentral then baru pergi KLCC, tapi terbeli token ke KLCC dulu (naik LRT). So sampai je KLCC terus beli token ke KL sentral. Bf I dah membebel dah 😂 Dah ambik Ana dengan bf dia kitorang terus beli token ke KLCC balik 😅

Sampai je KLCC first thing kitorang decide nak berbuka mana. Fikir punya fikir, aku tanya kau kau tanya aku balik. Last last makan Sushi King je. Dah settle booking semua kitorang terus ke Aquaria yang jauh naww. Jauh betul kena jalan 😩 Bertambah dahaga la.


Sampai je dekat Aquaria tu, nak masuk tu kena bergambar dulu (biasa la tangkap gambar background hijau) Harga tiket dia agak mahal jugak, RM49 (kenapa tak genapkan 50 lol) and barang-barang pun mahal. Kalau nak buat kenangan boleh je beli satu or dua.


Tak ingat ni ikan apa.


Ini spesis Eel.
Dia duk dalam pasir and kepala je terkeluar.


Ketam ni memang duk dalam tu je 😅


Ce campak orang dalam tu 😂

Ini je gambar spesis yang I rasa cute.
I tak banyak tangkap gambar ikan-ikan kat sana sebab duk seronok tengok 😂
Lagipun my bf pegang phone, dia rajin tangkap gambar I 😅


Siapa disebalik obor-obor tu...

Pukul 6.45 kitorang dah kena ada dekat Sushi King. I ngidam makanan Korea sebenarnya tapi Jepun pun okay la 😂 Sedihnya kitorang tak makan sushi sebab dah tak larat nak sumbat makanan dah, padahal teringin gila 😭


Baju putih tu kawan uni kitorang, Kharin.
Last minute ajak dia.


Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

No comments:

Post a Comment