June 09, 2017

GIVEAWAY RAYA BY MRS PIP (TAMAT)



I join giveaway raya by Mrs Pip ni sebab nampak menarik πŸ˜„ Mana la tau ada rezeki dapat printed  instant shawl raya ni hehe 😁 If korang pun nak join, click je banner 😊

Pengalaman Terindah Di Bulan Puasa Yang Pernah Dilalui...

Pengalaman terindah I ialah sepanjang study kat uni and berjauhan dengan family. Setiap kali bulan puasa I akan puasa di uni. So yang selalu teman sahur and berbuka kawan kawan bilik je. Kalau dekat rumah, sahur I makan nasi and berbuka makan kuih-kuih je. Kalau dekat uni, I sahur setakat bangun minum air or makan biskut and berbuka baru makan nasi.

Lagi-lagi nak jimat so kitorang sebilik just beli nasi (nasi tomato, nasi ayam dan sebagainya) dengan air je, takde kuih-kuih. I belajar bersyukur time duduk dekat uni. Takde rasa nak beli macam-macam sebab takut membazir. Kalau memalam lapar, kitorang akan tunggu student yang datang jual makanan bilik ke bilik je. Sometimes, kitorang tapau je mi gorang or mihun goreng untuk sahur.

Last year puasa, I stay luar, tak stay dekat hostel. So time berbuka tu mewah sikit la πŸ˜‚ Sebab dapat beli makanan dekat bazaar kat luar uni. Dalam uni macam krik krik je bazaar πŸ˜‚ Tapi still sahur minum air or makan biskut je sebab kitorang malas. Yang bestnya kitorang berbuka ramai-ramai satu rumah. At first memang la awkward sebab ada housemate yang tak kenal, tapi lama-lama okay. And bila stay luar hostel, yang seronoknya boleh makan kat kedai jauh sikit bila ada duit. Haha.

Itulah hidup seorang pelajar yang berjauhan dengan keluarga pada bulan Ramadhan. Sesiapa yang study luar negara lagi pedih.


Hadiah yang bakal diterima oleh pemenang.
Sekiranya GA ni dapat sambutan hangat, hadiahnya ditambah, tapi berbentuk lain.

Let's join !

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

2 comments:

  1. untuk berjaya kena berjauhan dgn keluarga dan semoga apa yg ditempuhi tu mendewasakan dan mematangkan diri...semoga terus cemerlang

    https://umifuzy.blogspot.my/2017/06/giveaway-raya-by-mrs-pip.html

    ReplyDelete
  2. hello dear...
    thanks join GA mrs pip ....
    best juga berpuasa bersama rakan rakan ...
    mesti meriah.

    ReplyDelete