December 26, 2019

IP MAN 4: THE FINALE

Image result for ip man 4"

Release date : 20 December 2019
Genre : Action, Drama, Martial arts & adventure
Casts : Donnie Yen, Scott Adkins, Wu Yue, Vanness Wu & others
Rating : ★★★★★

SYNOPSIS

Ip Man and his son encounter racial discrimination after traveling to the United States to seek a better life.

-----
Spoiler alert!!!

I ikut movie Ip Man dari mula-mula sampailah yang terakhir. Ip Man 4 was great. To those who love martial arts would love this kind of movie. Perwatakan Ip Man ni seorang yang serious, susah nak tengok bila dia senyum. Dapat tengok dia senyum nampak gigi bila dia dengan wife dia.

Cerita ni menceritakan macam mana Kung Fu dibawa masuk ke US. Tentera US memperlekehkan seni mempertahankan diri dari Cina iaitu Kung Fu dan bangga dengan seni mempertahankan diri tanpa senjata iaitu Karate. Ahli Karate asyik provoke ahli Kung Fu dan selalu ajak berlawan. Kung Fu asyik kalah sampailah Ip Man datang untuk tuntut bela demi mempertahankan Kung Fu. Dan di situ bermulanya Kung Fu berkembang di US.

Tujuan Ip Man ke US pada mulanya untuk mencari sekolah yang sesuai untuk anaknya. Walaupun anaknya taknak, Ip Man tetap nak cari sekolah untuk anaknya sampailah dia nampak dengan mata dia sendiri macam mana orang Cina diperlakukan oleh orang US. Sebab dia nak cari sekolah, dia telah disahkan menghidap kanser malignant. Akhirnya, Ip Man buat keputusan untuk tak menghantar anaknya ke US dan menyempurnakan impian anaknya untuk belajar seni mempertahankan diri.

Image result for ip man 4"

Sebagai orang yang belajar seni mempertahankan diri, I rasa seronok tengok cerita. FYI, seni mempertahankan diri ni basic techniques dia sama je, serang dan halang. Cuma tahap ketangkasan kita nak membalas tu yang penting. Dalam dunia realiti tak sama macam dunia gelanggang. Bila berlatih, tak sama lajunya bila di situasi sebenar. Pentingnya seni mempertahankan diri ini adalah untuk kita gunakan bila perlu. Ip Man ajar kita untuk tidak menggunakan seni mempertahankan diri sewenang-wenangnya, sebab seni mempertahankan diri ini bukan untuk kita bangga tapi untuk menjaga diri kita sendiri. Cikgu silat I pun selalu ingatkan kami semua supaya tak menggunakan silat tu sewenang-wenangnya.



Disclaimer : Semua gambar di atas diambil daripada Google.

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

December 25, 2019

2020 GOALS

Assalamualaikum. It has been a long time I haven't posted anything on my blog.

My goals for 2020

πŸŽ“ GRAD ON TIME

πŸ’²   Start my own business which is Event Organizer or get a job.

⏳  Create more memories with my family.

✈   Travel with my girls.

πŸ‘ͺ  Make my parents proud.

πŸ’»   Get a new laptop.

πŸ’Έ    Make my own money.

πŸ’°    At least 5000 in my bank (since I'm still a student).

πŸ“Œ   First anniversary with my boyfriend.


I have a youtube channel, don't forget to subscribe my channel click here ! Love ya.



Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

1st Giveaway by YYSELLA


click banner

HADIAH GIVEAWAY

🎁 1 helai Bawal Chiffon Voile Premium *UPDATE (2 pemenang) *colour random


🎁 1 helai Bawal Cotton *UPDATE (3 Pemenang) *colour random


Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

July 10, 2019

CHILD'S PLAY

Image result for child's play

Genre : Horror, thriller
Casts : Gabriel Bateman, Aubrey Plaza
Rating : ★★ (2.5)

SYNOPSIS
After moving to a new city, young Andy Barclay receives a special present from his mother -- a seemingly innocent Buddi doll that becomes his best friend. When the doll suddenly takes on a life of its own, Andy unites with other neighborhood children to stop the sinister toy from wreaking bloody havoc.

-----

At first, I thought it was a story about Chucky, but it wasn't. The story was about a toy which can talk and be friend with human. It has a chip inside it which functions to save the data, environment and words. Buddi has a system which it can control all the computer by itself.  So, this toy is called Buddi before it meets its owner. The story starts when one of the workers have changed all the system inside this one Buddi, this Buddi is the only toy which has errors. 

Image result for child's play

It starts to adapt with the environment and new words. It only saves the bad words and actions. The owner, Andy loves Buddi. The Buddi starts to kill people who makes its owner upset. The first person that has been killed is Andy's mother's boyfriend.

Image result for child's play

The story line was quite boring because the opening was so slow. The best part was the ending, when that Buddi trapped all the customers in the mall. It hacked all the systems and computers in the mall. It tried to kill everyone who could harm Andy. 

To me, the whole movie was not what I was expected. I didn't think it was scary, but it was really thrilled. It's really creepy when seeing a toy which can kill people.


Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

February 22, 2019

GIVEAWAY CASH BLOGGER MALAYSIA

Hello Blogger Malaysia!

Elih dengan kerjasama blogger Cik Akak nak berkongsi sedikit rezeki dalam Giveaway Cash Blogger Malaysia bermula pada 13 Febuari 2019 (Rabu) sehingga berakhir pada 27 Febuari 2019 (Rabu) jam11:59 malam.

Giveaway ini akan berlangsung selama 2 minggu sahaja, bloggers sekalian perlu cepat kalau tak nak terlepas peluang memenangi hadiah bertuah giveaway ini. "Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa yang tahu"!



Syarat Penyertaan Giveaway & Hadiah Giveaway boleh semak di Blog Elih Japahar atau klik banner diatas.

Marilah join beramai-ramai. Giveaway ini dianjurkan oleh www.elihjapahar.net [ Elih Japahar ] dengan kerjasama www.sweetyzhanieyz83.blogspot.com [ Cik Akak ]

** support giveaway ini ya, thanks!



Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

February 05, 2019

THE NEGOTIATOR

Image result for the negotiator chinese drama

No. of episodes : 41
Release date : 4 Februari - 3 Mac 2018
Genre : Drama, Romance, Fantasy
Casts : Yang Mi and Huang Zitao
Rating : ★★★

SYNOPSIS
Tong Wei, a brilliant commercial negotiator, and the star executive of the US-China Business Council, is hired to represent Xie Xiaofei's company interests at the negotiating table. Xiaofei is the sole heir of a wealthy Chinese-American corporation but wants nothing to do with the family business.

-----

Pada I, jalan cerita dia agak cliche. Banyak konflik dan masalah sama ada masalah percintaan atau masalah syarikat. Xiao Fei seorang anak businessman dan hidup mewah. Dia seorang yang pantang dicabar dan ada pendirian dia sendiri. Dia tak suka dikongkong. Dia balik ke China untuk mulakan business dia tetapi konflik berlaku di antara dia dan ayahnya.

Suatu hari, dia diduga dengan hilangnya semua kemewahan yang dia ada sebab pakcik dia khianat. Yang selalu ada dengan dia adalah Tong Wei, satu-satunya perempuan yang dia cintai. Walau apa pun terjadi, Tong Wei sentiasa ada untuk dia.

Related image

First impression I pada Xiao Fei ni, dia terlalu selesa dengan hidupnya yang mewah dan tak biasa hidup susah. Tapi bila dia jatuh, semangat dia tinggi nak dapatkan balik apa yang sepatutnya jadi hak dia. Akaun bank dia semua kena beku dan dia perlu bekerja untuk tanggung hidupnya. Tapi semangat dia jatuh bila pakcik dia ugut akan hentikan kos perubatan mak dia kalau dia tak sign kontrak. Dia hampir give up jugak masa ni tapi nasib baik Tong Wei ada. Masa ni, kalau I kat tempat dia I pun stress. Mak tu adalah nyawa kita.

Image result for the negotiator chinese drama

Bila syarikat ayahnya dah stabil dan mereka dapat rampas balik daripada pakciknya, konflik berlaku apabila ayahnya tidak setuju dengan hubungan Xiao Fei dan Tong Wei. Ayahnya memburuk-burukkan Tong Wei di hadapan Xiao Fei dan pura-pura jatuh sakit. Berlakunya pergaduhan besar antara Xiao Fei dan Tong Wei.

Pada hari yang sama mereka bergaduh, kawan baik Tong Wei keguguran dan masa tu Tong Wei berada di Amerika. Tong Wei balik ke China dan tinggalkan Xiao Fei, tapi kawan baiknya tak sempat diselamatkan kerana lambat sampai hospital. Dan Xiao Fei pula kehilangan dua wanita yang paling penting dalam hidup dia, iaitu maknya yang meninggal dunia dan Tong Wei. Jangan risau, cerita ni happy ending. Walaupun perjalanan hidup mereka rumit, kalau jodoh tak ke mana hihi.

Tao sebab I tengok cerita ni. Dia handsome sangat dalam cerita. Watak yang dia bawak memang menjadi dan professional. Tak kekok. Ekspresi muka dia memang kena. I love the way he looking at Tong Wei 😍 Yang Mi nampak ketara yang dia lebih berusia dari Tao tapi dia berjaya bawa watak sebagai kekasih Tao dalam cerita ni. Bila dia pakai casual, nampak dia lebih muda dari Tao.

Related image

Pengajaran cerita ni, kita jangan mudah mengalah. Kadang-kadang orang sekeliling kita main peranan dalam nak bantu kita dapat semangat semula. Jangan terlalu bergantung dengan kemewahan sebab benda tu boleh hilang sekelip mata.

P/S: Semua gambar dari Google

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM


klik banner

Tarikh tamat : 28 Feb 2019

Ucapan :

" Happy birthday ! Semoga awak dimurahkan rezeki dan berjaya dunia & akhirat. "





Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

January 31, 2019

UNDERWATER WORLD, LANGKAWI

Assalamualaikum

Underwater World, Langkawi merupakan salah satu tempat tarikan pelancong dalam dan luar negara. Tempat ini sangat sesuai untuk kanak-kanak supaya mereka boleh belajar dan tambah pengetahuan tentang hidupan dalam air.

Setiap spesis diletakkan nama sebenar dan jugak nama saintifik. Juga diceritakan serba sedikit fakta tentang setiap spesis. Selain itu, anda akan dapat tengok penguin-penguin diberi makan.

Sebagai seorang yang sukakan haiwan dan tumbuhan, I agak sedih bila tengok banyak spesis yang terancam dan hampir pupus. I harap pihak yang bertanggungjawab jaga dan bagi haiwan-haiwan ni besarkan populasi mereka. Dan tolonglah, berhenti menyeksa haiwan-haiwan ni semata-mata untuk duit. Mereka pun ada keluarga.

Pensyarah I tak suka tengok kami cabut pokok atau tangkap serangga lepas tu matikan dan buat pameran. Kami pernah buat eksperimen yang memerlukan serangga dan juga pokok. Serangga tu perlu dimatikan dengan chloroform dan serangga tu kami cucuk guna jarum untuk attach pada board. Pensyarah I cari solution untuk taknak kacau habitat spesis ni dan pensyarah suruh kami tangkap serangga, masuk dalam botol kaca, tangkap gambar dan lepaskan semula. Tumbuh-tumbuhan pun kami tak petik, kami cuma tangkap gambar dan selesai.

Okay balik kepada tajuk, selain daripada tengok haiwan, anda boleh merasai pengalaman berhadapan dengan tsunami dan gempa bumi di Earthquake and Typhoon Pavilion. Anda juga boleh cuba masuk ke dalam Lost World Tunnel yang penuh dengan cermin dan cari jalan untuk keluar.



Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

January 30, 2019

GIVEAWAY DOMAIN BARU BY OMBAKBERGIGI.COM


Klik banner !

Tarikh tamat : 22 Februari 2019

Hurmm nak komen apa πŸ˜• Takde nak komen apa-apa sebab blog OM dah perfect πŸ˜‰

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

January 28, 2019

5 TEMPAT MENARIK YANG MESTI DIKUNJUNGI DI LANGKAWI

Assalamualaikum

Selalunya bila pergi Langkawi, majoriti akan pergi ke tempat cable car dan makam mahsuri. Kedua-dua tempat itu merupakan tempat yang WAJIB dikunjungi setiap pelancong tak kira pelancong dalam atau luar negara.

Kali ni, I nak kongsi tempat lain selain daripada dua tempat menarik itu.

Dataran Helang


Sampai saja di jeti, kita akan nampak patung helang yang sangat besar. Ini merupakan mercu tanda Langkawi. Kalau datang ke Langkawi, tak tangkap gambar dengan patung helang ni adalah satu kerugian. Selain daripada patung helang ni, pemandangan di kawasan ini pun sangat cantik dan sesuai untuk sesiapa yang photogenic.

Underwater Wold


Tempat ini terletak di Pantai Chenang. Sesuai untuk bawa anak-anak melawat tempat ni. Terdapat pelbagai spesis hidupan laut seperti ikan, penguin, anjung laut dan lain-lain. Selain daripada hidupan laut, terdapat juga hidupan darat yang jarang kita jumpa. Sangat sesuai untuk anak-anak belajar tentang fauna. Di sana terdapat juga tempat untuk pengunjung rasai pengalaman berhadapan dengan tsunami dan gempa bumi di Earthquake and Typhoon Pavilion. Juga, Lost World Tunnel yang hanya dikelilingi dengan cermin dan pengunjung perlu mencari jalan keluar.

Pantai Chenang


Pantai ini juga popular bagi pengunjung yang ingin berkelah. Ramai pelancong luar negara memilih untuk menginap di kawasan ini kerana terdapat banyak kedai makanan dan kedai cenderamata. Pasir putih yang sangat halus menjadi tarikan pengunjung. Pengunjung juga boleh menikmati makanan di kedai makan sambil melihat pemandangan laut yang cantik dan bunyi deruan ombak yang menenangkan. 

Mangrove Tour


Banyak pakej yang ditawarkan untuk Mangrove Tour. Pengunjung akan dibawa melawat Crocodile Cave, Bat Cave, Kilim Geopark Forest, dan merasai pengalaman memberi makan monyet dan melihat burung helang dengan lebih dekat. Sepanjang perjalanan menaiki bot, pengunjung akan melalui kawasan paya bakau. Pakej untuk Mangrove Tour ini berbeza mengikut masa yang pengunjung mahukan. Lebih lama masa yang diambil, lebih banyak tempat yang akan dikunjungi. Akhir sekali, pengunjung akan dibawa ke Floating Fish Restaurant untuk menikmati makanan laut yang segar.


Monkey Feeding


Tanjung Rhu

Image result for tanjung rhu langkawi

Tanjung Rhu merupakan kawasan pantai dengan air laut berwarna biru yang sangat cantik. Pengunjung boleh bermandi-manda di pantai ini. Pemandangannya pun sangat memukau.



Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

January 17, 2019

SEGMEN DROP YOUR LINK !


Klik banner !

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

HAVE FUN @ KL FOREST ECO PARK

Assalamualaikum & hai readers

Selepas makan dekat K Fry, kami bercadang nak pergi ke KL Forest Eco Park. Selepas solat kami terus gerak naik LRT turun dekat Masjid Jamek. Dari Masjid Jamek kami jalan kaki selama 15 minit untuk sampai sana. Memang penat yang sangat sangat sebab perut penuh lagi. I punya mengah tak payah cerita la. Berjalan sambil bawak perut yang penuh memang penat.

Kalau naik LRT, turun dekat Masjid Jamek, jalan kaki selama 15 minit, ataupun kalau taknak jalan kaki boleh naik grab je. Kalau grab rasanya mungkin dia turunkan dekat KL Tower.


Masuk sana free saja. Sampai je sana kena mendaki sampai la dekat menara. Menara tu kena naik tangga untuk sampai dekat jambatan. Jambatan tu yang akan lead kita sampai la dekat atas bukit. Sebenarnya, kalau tak naik jambatan tu, kita kena mendaki. Lebih baik naik jambatan, boleh tangkap gambar atau selfie dekat atas jambatan. Memang cantik ! Sesiapa yang gayat kalau boleh jangan naik sebab dia agak tinggi, tapi jambatan tu tak bahaya pun nak lalu.




I tak ingat kami ambik masa berapa lama nak sampai dekat puncak. Rasanya dalam 20-30 minit tambah dengan masa kami tangkap gambar. Sebenarnya, jambatan tu kalau kita naik dari bawah, dia menuju ke KL Tower. Kalau dari KL Tower, kita menurun. Lebih baik menaik daripada menurun sebab dekat bawah takde apa-apa pun.

Nak buat photoshoot dekat sini pun cantik. Kalau ibu bapa yang nak bawak anak-anak, rasanya boleh je sebab jambatan tu selamat tapi kena berhati-hati jugak. Untuk warga tua, I tak galakkan naik jambatan ni sebab banyak tangga.
Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

January 16, 2019

PERTAMA KALI MAKAN K FRY

Assalamualaikum & hai readers

Pertama kali makan K fry. I makan K fry dekat KLCC, kebetulan masa pergi tu memang tengah kosong sebab kami pergi awal nak elak lunch hour. Lunch hour memang beratur nak tunggu meja kosong je. Masa sampai tu kami disambut dengan meriah, semua jerit "Eoseo oseyo". Perkara tu biasa terjadi bila pergi restauran macam ni. Kalau dekat Boat Noodle semua sambut dengan "Sawadikap".


K fry semua orang tau yang menu dia makanan Korea, yang buat kedai ni lain daripada yang lain ialah pekerja tu masak or gaul makanan dekat meja kita. Itu kelebihan dia. Kuantiti setiap makanan pun banyak. Kalau satu makanan tu boleh makan dalam 2-3 orang.



Makanan yang kami order ialah Anchovies & Tuna, K'razy Spicy Cheesy Fried Chicken Bumbuk, K'fries Bulgogi Chicken dan Mango Bingsoo. Sesiapa yang suka makan pedas boleh cuba K'razy Spicy Cheesy Fried Chicken Bumbuk sebab dia agak pedas tapi tak pedas macam samyang la. Mango Bingsoo memang sedap. Dan kami cuma minum ais kosong saja.


Jujur I kata memang perut rasa nak meletup makan banyak sangat πŸ˜‚ Kami ada 4 orang tapi semua tak larat nak habiskan. I yang paling banyak makan sebab yang lain dah tak larat nak habiskan πŸ˜‚Padahal waitress tu dah cakap setiap satu makanan kuantiti dia banyak.

Sesiapa yang belum pernah makan K Fry, boleh la try.
Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

JANUARY 2019 - I AM BACK

Assalamualaikum & hai readers

Masih belum terlambat untuk I ucapkan HAPPY NEW YEAR !!!

Maaf sebab dah lama tak update. I baru je habis exam & sekarang tengah cuti sem ! In shaa Allah I akan rajin update blog ni sepanjang semester break. I akan share apa yang I buat sepanjang cuti ni. I ada sebulan je cuti & tak kerja pun sebab sekejap je cuti, plus my family nak pergi vacation (I will update soon!) Dalam negara saja 😊

Personal

I baru habis semester yang panjang dan agak berat. I rasa sem 3 ni agak penat, stress dan berat. Alhamdulillah my family and friends keep supporting me and always be my side every time I'm feeling down or so stressed out.

Sekarang ni masa I untuk relax, chill dekat rumah. But I hate being alone actually, it makes me stress. Glad to hear my friends just finished their examination and intern so we will meet up.

Music

Sekarang ni I tengah layan lagu EXO - Tempo, 24/7 and Love Shot.

Tempo muzik dia sangat best.
Favourite I buat masa ni adalah 24/7, vokal dorang memang best πŸ‘

Image result for Tempo

Love Shot pulak, choreography dorang sangat best & sexy. Kai memang nampak sexy dalam lagu. He's a great dancer.

Image result for love shot exo

Drama - Korea or Chinese

I nak korang recommend K-drama apa yang tengah hot sekarang. I taktau nak tengok yang mana sebab banyak πŸ˜‚ Lama sangat tak tengok K-drama.

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.