HOME ABOUT ME VACATION DRAMA/MOVIE BOOK

January 16, 2019

PERTAMA KALI MAKAN K FRY

Assalamualaikum & hai readers

Pertama kali makan K fry. I makan K fry dekat KLCC, kebetulan masa pergi tu memang tengah kosong sebab kami pergi awal nak elak lunch hour. Lunch hour memang beratur nak tunggu meja kosong je. Masa sampai tu kami disambut dengan meriah, semua jerit "Eoseo oseyo". Perkara tu biasa terjadi bila pergi restauran macam ni. Kalau dekat Boat Noodle semua sambut dengan "Sawadikap".


K fry semua orang tau yang menu dia makanan Korea, yang buat kedai ni lain daripada yang lain ialah pekerja tu masak or gaul makanan dekat meja kita. Itu kelebihan dia. Kuantiti setiap makanan pun banyak. Kalau satu makanan tu boleh makan dalam 2-3 orang.



Makanan yang kami order ialah Anchovies & Tuna, K'razy Spicy Cheesy Fried Chicken Bumbuk, K'fries Bulgogi Chicken dan Mango Bingsoo. Sesiapa yang suka makan pedas boleh cuba K'razy Spicy Cheesy Fried Chicken Bumbuk sebab dia agak pedas tapi tak pedas macam samyang la. Mango Bingsoo memang sedap. Dan kami cuma minum ais kosong saja.


Jujur I kata memang perut rasa nak meletup makan banyak sangat 😂 Kami ada 4 orang tapi semua tak larat nak habiskan. I yang paling banyak makan sebab yang lain dah tak larat nak habiskan 😂Padahal waitress tu dah cakap setiap satu makanan kuantiti dia banyak.

Sesiapa yang belum pernah makan K Fry, boleh la try.
Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

4 comments:

  1. belum pernah makan lagi , terliur bila tengok k fry ni

    ReplyDelete
  2. Teringin nak cuba tapi tak dapat-dapat cuba lagi sampai sekarang T^T

    ReplyDelete
  3. Tak pernah cuba lagi Kfry ini..

    ReplyDelete