HOME ABOUT ME VACATION DRAMA/MOVIE BOOK

January 31, 2019

UNDERWATER WORLD, LANGKAWI

Assalamualaikum

Underwater World, Langkawi merupakan salah satu tempat tarikan pelancong dalam dan luar negara. Tempat ini sangat sesuai untuk kanak-kanak supaya mereka boleh belajar dan tambah pengetahuan tentang hidupan dalam air.

Setiap spesis diletakkan nama sebenar dan jugak nama saintifik. Juga diceritakan serba sedikit fakta tentang setiap spesis. Selain itu, anda akan dapat tengok penguin-penguin diberi makan.

Sebagai seorang yang sukakan haiwan dan tumbuhan, I agak sedih bila tengok banyak spesis yang terancam dan hampir pupus. I harap pihak yang bertanggungjawab jaga dan bagi haiwan-haiwan ni besarkan populasi mereka. Dan tolonglah, berhenti menyeksa haiwan-haiwan ni semata-mata untuk duit. Mereka pun ada keluarga.

Pensyarah I tak suka tengok kami cabut pokok atau tangkap serangga lepas tu matikan dan buat pameran. Kami pernah buat eksperimen yang memerlukan serangga dan juga pokok. Serangga tu perlu dimatikan dengan chloroform dan serangga tu kami cucuk guna jarum untuk attach pada board. Pensyarah I cari solution untuk taknak kacau habitat spesis ni dan pensyarah suruh kami tangkap serangga, masuk dalam botol kaca, tangkap gambar dan lepaskan semula. Tumbuh-tumbuhan pun kami tak petik, kami cuma tangkap gambar dan selesai.

Okay balik kepada tajuk, selain daripada tengok haiwan, anda boleh merasai pengalaman berhadapan dengan tsunami dan gempa bumi di Earthquake and Typhoon Pavilion. Anda juga boleh cuba masuk ke dalam Lost World Tunnel yang penuh dengan cermin dan cari jalan untuk keluar.



Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

4 comments:

  1. Wah.. tarikan menarik di Langkawi..

    ReplyDelete
  2. harap habitat binatang dapat dikekalkan demi masa depan generasi muda.. :)

    ReplyDelete
  3. Good post 😊
    Would you like to follow each other? If the answer is yes, please follow me on my blog & I'll follow you back.
    https://camdandusler.blogspot.com

    ReplyDelete