February 28, 2018

NEW SEMESTER !!!

Related image

Assalamualaikum and hai readers 😄

Cuti sem dah nak habis !!! Okay, I'm not ready. Belum masuk lagi dah rasa homesick 😂 Sebenarnya takut nak masuk sem baru ni sebab subjek sem 2 dia killer. Kalau sem 1 punya pun dah nak tercekik inikan pulak subjek sem 2 yang hebat nama-namanya. Apapepun alhamdulillah result sem 1 lepas dengan jayanya walaupun ada kekecewaan sikit, tapi lulus semua tu kira baik la.

Untuk sem 2 ni, I ingat nak drop 1 or 2 subjek sebab macam tak mampu nak bawak 7 subjek killer. I sepatutnya ada 6 sem tapi dipendekkan jadi 5 sem lepas buang subjek yang pernah ambik masa diploma dulu. I ingatkan boleh la nak habiskan 5 sem, tapi I tahu tahap kemampuan I ada limit. So ambik 6 sem. I tak kesah ada member ke tak untuk sem akhir nanti asalkan I grad on time dengan CGPA yang baik.

I dah tengok jadual sem 2 ni, masyaAllah sangat "menyeronokkan" 😂 Setiap hari kelas pagi dan petang sampai pukul 6 kecuali jumaat petang. Gap punya la banyak lahai. I tak kesah kelas pagi setiap hari tapi taknak kelas petang. I harap ada perubahan jadual dan better dari jadual sekarang, yang penting takde kelas petang jumaat.

Memandangkan sabtu dan ahad ada event dan I selalu join event sabtu ahad sebab nak kumpul kupon. Macam sem 1, hari I dekat uni memang productive sebab banyak event dan selepas tu I selalu menyesal sebab tak cukup tidur dan rehat 😂 Masalahnya banyak event yang seronok, lagi-lagi housemate dan classmate jenis suka join event jugak.

Semoga sem 2 ni lebih baik dari sem 1. Lebih seronok walaupun perit nak lalui 😂 Well, macam ibu kata, belajar memang la lagi susah, bukannya lagi senang. Semoga kita semua berjaya 😊

Akhir sekali, I akan kembali ber-blogging pada hari sabtu dan ahad.
Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

5 comments:

  1. selamat berjuang...hihii

    ReplyDelete
  2. Full nya kelas! Penat tu tapi InshaAllah berbaloi hasil usaha nanti :) Good luck Nina!

    ReplyDelete
  3. All the best kak Anina! :)

    ReplyDelete