HOME ABOUT ME VACATION DRAMA/MOVIE BOOK

February 22, 2018

LONGING HEART (MY FIRST LOVE)

Related image

Number of Episodes : 10
Genre : Fantasy, Romance
Casts : Lee Jung Shin, Seo Ji Hoon, Lee Yeol Eum
Rating : ★★★★

SYNOPSIS
Kang Shin-Woo (Lee Jung-Shin) is a math teacher with a good looking appearance. He has not forgotten his first love Han Ji-Soo (Lee Yeol-Eum) for the past 10 years. By an accident, he travels to the past when he was a high school student. There, he meets his younger self (Seo Ji-Hoon). Kang Shin-Woo struggles to make the younger Kang Shin-Woo's love come true.

-----

Bayangkan seorang lelaki yang dah 10 tahun tak jumpa cinta pertamanya tetapi masih setia menyayangi perempuan tu. Hati dia tetap pada perempuan tu walau ramai perempuan lain suka pada dia.

Cerita ni agak cliche sebab ada beberapa Kdrama jalan cerita lebih kurang cerita ni, kisah seseorang yang travel ke masa silam. Cerita ni mengisahkan Kang Shin Woo yang berumur 28 tahun kembali ke masa silamnya yang pada ketika itu dia berumur 18 tahun. Nak jadikan cerita, dia terjatuh ke dalam tasik dan lemas, dia celik je mata dia berada pada tahun 2007. Dia mula bekerja sebagai cikgu di sekolahnya dan menjadi guru kelas di kelas di mana dia berjumpa dengan dirinya sendiri yang berumur 18 tahun.


Dia membantu Kang Shin Woo (18) untuk jatuh cinta kepada Han Ji Soo (cinta pertama dia). Macam-macam cara dia buat untuk bantu Shin Woo (18), dan dalam pada masa yang sama dia dapat tahu semua perkara yang dia tak ambil kisah sebelum ni, lagi-lagi yang berkaitan dengan Han Ji Soo. Han Ji Soo pulak jatuh cinta dengan Shin Woo (28), cikgunya, yang membuatkan Shin Woo (18) sakit hati dan give up.

Shin Woo (28) juga cuba untuk mengubah takdir hidupnya supaya masa depannya berubah, namun walaupun dia cuba mengubah takdir, benda sama tetap terjadi walaupun berlaku dengan cara yang berbeza.


Shin Woo (28) berusaha untuk balik ke masa depan dengan pelbagai cara tetapi dia masih tersangkut di tahun 2007. Satu hari, hari ibunya mati sebab insiden yang berlaku ketika ibunya di dalam feri, Shin Woo (28) datang ke jeti bersama-sama dengan Shin Woo (18) untuk selamatkan ibunya. Tetapi mereka terlambat, Shin Woo (28) terjun ke dalam air sebab dia nak sangat selamatkan ibunya. Dia taknak ibunya mati untuk kali kedua. Ketika itu juga, dia kembali ke masa depan (tahun 2017). Shin Woo (18) pun terikut sekali masuk ke tahun 2017.


Cerita dia buat I confuse bila Shin Woo dah kembali ke masa depan. Korang kena tengok cerita ni kalau nak faham sebab I pun taktau nak cerita macam mana 😅 Yang tak logiknya bila Shin Woo (18) hantar email ke Shin Woo (28) selepas Shin Woo (18) dah kembali ke tahun 2007. Bayangkan diri kita pada masa silam hantar email dekat diri kita yang sekarang ni. Tak ke seram ? Dan bayangkan diri kita pada masa silam cuba ubah takdir hidup dia dan apa yang akan terjadi pada diri kita sekarang kalau takdir hidup kita dulu berubah.

Cerita ni a bit confuse bila asyik bertukar masa, mula-mula masuk zaman silam, lepas tu masuk masa depan, lepas tu masuk balik zaman silam. Bayangkan zaman silam kita asyik bertukar-tukar 😂 Last episode agak sedih bila dua-dua Shin Woo sedar yang ibu mereka dah tau kewujudan Shin Woo (28) ketika dia berada di zaman silam.


Akhir cerita, Han Ji Soo dapat tahu yang cikgu yang dia suka adalah orang yang sama, kawan baiknya sendiri, Kang Shin Woo. Mr. Kang, Deok Goo dan Kang Shin Woo adalah orang yang sama.

7 comments:

  1. macam best, ada dalam list rasanya haha bilalah nak tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat tengok sebab Lee Jung Shin tu hensem sangat ^^

      Delete
  2. Pelakon lelaki handsome. Rasa tak pernah tengok dia berlakon :D Siqah sekarang tengok Radio Romance je :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hero dia jarang berlakon jadi hero. Pernah tengok dia berlakon dalam cerita Cinderella and Four Knights. I tengah nak download episode Radio Romance, can't wait !

      Delete