February 19, 2018

LET'S GO, JETS ! FROM SMALL TOWN GIRLS TO U.S. CHAMPIONS?

Related image

Release date : 11 March 2017
Genre : Comedy, Movie, School
Casts : Hirose Suzu, Nakajou Ayami
Rating : ★★★★★

SYNOPSIS

Female students, including Tomonaga Hikari and Tamaki Ayano, from a high school cheer dance club, follow strict instructions from their teacher Saotome Kaoruko. They compete at the USA Cheerdance Championship. ~~ Based on the true story of the cheerleading club "JETS" from Fukui Commercial High School. They won a national competition in the USA in 2009.

-----

Filem ini berdasarkan cerita sebenar, bagaimana pasukan sorak Jepun menjuarai pertandingan di USA. Baru-baru dalam berita Jepun, The JETS menjuarai pertandingan di US untuk kali kelima berturut-turut. JETS merupakan pasukan sorak dari Fukui Commercial High School.

Filem ini pula menceritakan perjalanan JETS untuk mencapai impian mereka menjuarai pertandingan di US. Mereka mempunyai jurulatih yang garang tetapi hasilnya mereka menjadi juara. Kita semua tahu Jepun sangat berdisiplin dan bekerja keras untuk capai hasil yang bagus. 

Image result for let's go jets

Seperti JETS, mereka sangat bekerja keras untuk sampai ke USA. Walaupun ramai antara mereka yang hampir berputus asa, tetapi semangat berpasukan mereka sangat tinggi.

Pengakhiran filem ni sangat mengagumkan. Memang I terpukau tengok choreography mereka. Korang takkan kecewa tengok persembahan mereka. I hampir menangis tengok betapa cantik dan hebat persembahan mereka. Choreography sebenar dengan dalam filem ni memang berbeza, tapi mengagumkan. Part paling buat kita rasa terharu bila jurulatih mereka yang kata dia takkan menangis sebab dibenci oleh pelajar dia melainkan pasukan sorak dia menang pertandingan USA tu. Yep dia menangis dan pelajar dia semua datang peluk dia bila diumumkan mereka juara.

Related image

Pelakon-pelakon dia pun cantik dan hensem. Pelakon lelaki hensem, tak macam cerita Jepun sebelum ni. Kalau dulu kita boleh bezakan cerita Jepun dengan Korea, tapi sekarang pelakon Jepun lebih kurang Korea.

Kepada yang suka menari & cheer dance, I recommend kat korang cerita ni. I suka tengok cara mereka naikkan semangat masing-masing. Tengok dan hayati sampai habis, korang akan rasa sedih terharu semua ada la. I tengok berkali-kali pun sedih.

Image result for let's go jets

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

5 comments:

  1. mcm best je. nak tgk la

    ReplyDelete
  2. Wah...saya paling tidak tahan kalau lihat perempuan nge-dance, apalagi ini masih muda-muda dan unyu-unyu banget.

    ReplyDelete