May 16, 2016

Aku Mahu Dia

Eryn melangkah masuk ke biliknya. Dia hanya memandang sekilas Adleen yang sedang asyik melayan video di laptopnya. Eryn menghempaskan tubuhnya ke atas katil sambil memejamkan matanya. Kusut rasanya bila terlampau banyak assignment perlu disiapkan secepat mungkin. Adleen yang khusyuk menonton Running Man terhenti apabila melihat Eryn yang kekusutan.

"Penat ?" soal Adleen, bunyi seperti memerli.

"Of course lah penat. Aku bukan macam kau asyik menghadap laptop tu." balas Eryn dengan mata yang masih terpejam.

"Hmm... Hari ni aku takde kelas. Aku bosan sebab tu aku layan Running Man ni." terang Adleen sambil menutup laptopnya. Dia duduk menghadap Eryn yang sedang baring di atas katilnya. Katil mereka bertentangan.

"Laptop tu aku tengok setiap hari on. Kalau dia boleh bercakap, mesti dia suruh berhenti." kata Eryn lalu bangkit dari pembaringan. Dia mencapai tuala yang tersidai. Adleen tersengih.

"Tulah, nasib baik dia tak boleh bercakap, kan." kata Adleen berseloroh.

"Dah mandi ke belum ni ? Muka macam tak mandi je lagi." Eryn melangkah ke arah bilik air.

"Heee belum." balas Adleen tersengih sambil membuat simbol 'peace' dengan jari. Menahan malu agaknya.

"Eee busuklah. Dah pukul dua petang tak mandi lagi. Malang betul bakal laki kau." kata Eryn.

"Amboi ! Sesedap mulut comel kau tu je mengata aku. Alaa aku malas, aku baru je bangun pukul 12 tadi. " kata Adleen jujur.

"Astaghfirullah anak dara ni..." Eryn sudah menggeleng kepala sambil bercekak pinggang.

"Hehe alaa kau ni macam mak akulah. Kau macam tak kenal aku, kau kan jam loceng aku." balas Adleen sambil tersengih seperti kerang busuk.

"Aku kenal sangat kau ni. Sekarang ni kau nak mandi dulu ke aku dulu ?" Eryn yang memang sudah tercegat di depan pintu bilik air menyoal.

"Kaulah dulu, lepas tu baru aku." Adleen berbaring malas di atas katilnya.

"Tengok tu, pemalas !" Eryn terus menutup pintu bilik air. 


***

Eryn sedang menelaah pelajarannya manakala Adleen asyik dengan iPhone kesayangannya. Adleen tak henti-henti tersengih. Apalah yang dia tengok kat handphone tu. Eryn memandang sekilas Adleen di hadapannya lalu menggeleng.

"Kau ni, kalau takde laptop iPhone pun jadilah, kan ? Tak habis-habis gadget." kata Eryn sambil menutup bukunya. Habis satu tajuk diulang kaji.

"Alaa aku tengah layan Youtube ni. Jangan kacaulah." balas Adleen tanpa menoleh. Eryn hanya menggeleng. Dia menghirup kopi Adleen yang berada di hadapannya. Adleen mengangkat muka.

"Ewah... Selamba tok nenek abah kau je minum air aku. Orderlah." Adleen mengambil cawan yang berada ditangan Eryn. 

"Aku minum sikit jelah, itu pun kedekut." kata Eryn dengan muka selamba sebelum menyambung study. Adleen menjeling. Dia meletak iPhone di atas meja lalu menghirup kopinya. Dia memandang sekeliling cafe, tiba-tiba dia ternampak susuk tubuh yang dia kenali.

"Faizal ?" satu nama terpancul dari mulut Adleen. Eryn mengangkat wajahnya.

"Siapa ?" soal Eryn yang tidak berapa jelas mendengar perkataan yang keluar dari mulut Adleen.

"Faizal." Adleen menuding jari ke arah seseorang yang sangat dia kenali. Lelaki itu berada hampir dengan mereka, namun lelaki itu tidak menyedari dirinya sedang diperhatikan. Eryn menoleh. Terbeliak matanya apabila melihat lelaki yang pernah bertakhta di dalam hatinya berada sangat hampir dengannya.

"What ? Macam mana dia boleh ada kat sini ?" soal Eryn, kaget. Pantas dia menutup mukanya dengan buku nota.

"Eh jom tegur. Bekas senior kita tu." ajak Adleen lalu bangun dari tempat duduknya.

"No !" Eryn pantas membantah. 

"Hey, jomlah !" Adleen terus menarik-narik tangan Eryn. Eryn terpaksa mengikut kehendak Adleen. Lambat-lambat dia mengemas buku-bukunya. Mereka menuju ke tempat di mana lelaki bernama Faizal itu duduk.

"Hye, Faizal right ?" soal Adleen merenung Faizal. Faizal mendongak.

"Eh hye, Adleen ?" Faizal membalas sapaan Adleen walaupun agak terkejut bila disapa secara tiba-tiba. Dia mempersilakan mereka duduk. 

"Yeah. Wow dah lama tak jumpa you kan." kata Adleen sambil melabuhkan punggung di kerusi yang berhadapan dengan Faizal dan Eryn pula mengambil tempat di sebelah kawan baiknya itu. Dia perasan Faizal sedang merenung Eryn.

"Who's this ?" soal Faizal yang masih merenung Eryn. Eryn kaku tanpa bersuara. 

"You tak kenal ?" balas Adleen dengan dahi berkerut.

"No. Who ?" Faizal cuba mengingati wajah rakan-rakannya yang lama.

"Oh my God seriously ? This is Eryn, bro." Adleen memperkenalkan Eryn. Eryn tersenyum sambil memandang Faizal sekilas sebelum menundukkan wajah. 

"Eryn ? Eryn yang pernah I reject tu ke ?" soal Faizal sambil merenung Eryn dari atas ke bawah. Kata-katanya cukup membuat hati Eryn tersentap. Sejujurnya dia amat menyukai lelaki itu tetapi dirinya ditolak mentah-mentah di hadapan rakan-rakan Faizal kerana gayanya seperti budak kampung yang nerd, wajah yang berjerawat dan memakai pendakap gigi. Faizal pula amat membenci Eryn ketika mereka dibangku sekolah. Faizal merupakan lelaki yang digilai oleh pelajar perempuan di sekolah mereka dulu, dan dia merupakan salah seorang daripada mereka.

Adleen memandang Eryn yang sudah tertunduk. Eryn cuba menahan perasaan.

"You ni tak baik cakap macam tu. Itu cerita lama, buat apa nak ungkit lagi." kata Adleen dengan muka tidak puas hati. Dia cuba menenangkan Eryn. 

"Opsss sorry. I tak berniat nak ungkit, cuma teringat. But you look so different now, Eryn." kata Faizal kepada Eryn. Cuba mengambil hati.

"It's okay." Balas Eryn yang masih menunduk.

Faizal mengintai wajah Eryn yang sedang tunduk.

"Macam mana nak bercakap kalau pandang bawah. Takut ke nak pandang muka I yang kacak lagi tampan ni ? You look so pretty now." kata Faizal tersenyum. Eryn terpana melihat senyuman Faizal yang manis itu. Senyuman itulah membuatkan para gadis tak dapat melelapkan mata.

"Errr tak. Errr anyway, thanks, Faizal." Eryn gugup. Adleen sudah tersenyum simpul memandang mereka berdua.

"So you buat apa sekarang ?" soal Adleen menghentikan perbualan mereka. Dia tahu Eryn tidak berapa selesa dengan Faizal.

"I baru je balik dari UK. So maybe kerja dengan daddy I." jawab Faizal.

"UK ? Buat apa ?"

"Nenek I kan duduk sana. I ingat habis study nak kerja dekat sana, but daddy I suruh kerja dengan dia dekat sini. So kena ikutlah kata bos."

Adleen mengangguk-anggukkan kepalanya. Eryn mengerling ke arah jam dipergelangan tangannya. 'What ?! 11.50 ?' Eryn cemas, dia sudah terlewat untuk masuk ke kelasnya. Kelam kabut dia bangun sehingga terlanggar meja lalu jatuh terduduk. Pehanya terasa sakit kerana terkena bucu meja. Adleen dan Faizal pantas membantunya berdiri.

"Are you okay ?" soal Faizal. Dia membantu Eryn duduk.

"Okay. Sakit sikit." Eryn menggosok-gosok pehanya. Malunya....

"Eryn, kenapa kau kelam kabut sangat ni ?" soal Adleen sambil mengutip buku-buku Eryn di atas lantai.

"Sorry. Saya dah lambat masuk kelas. I have to go. Leen, kita jumpa lepas kelas." Eryn mengambil buku-bukunya dari tangan Adleen lalu melangkah pergi meninggalkan Adleen dan Faizal. Adleen memandang Faizal, Faizal hanya menjungkitkan bahu.

Setelah 2 jam menghadiri kelas yang sangat membosankan, Eryn keluar dari dewan kuliah. 

"Eryn! Eryn!" jerit Faizal dari jauh. Eryn tercari-cari suara yang memanggilnya sehingga matanya tertancap pada wajah kacak seorang lelaki. Faizal menuju ke arahnya.

"Ada apa ?" soal Eryn pelik. Mana tak pelik bila Faizal yang dulunya sentiasa menjaga taraf sebagai anak Dato' tiba-tiba menegurnya.

"Jom teman I lunch. " ajak Faizal.

"Hah ?" Eryn hampir ternganga, namun cepat-cepat dia menutup mulut. "Lunch ? Kat mana ?" Dia menyoal.

"Adalah. Jom !" Faizal mengambil buku yang berada ditangan Eryn. Eryn terkejut dengan tindakan Faizal.

"Errr dengan siapa ?" soal Eryn yang agak tidak selesa jika keluar berdua dengan Faizal.

"Aaaa dengan Adleen. Haa Adleen." jawab Faizal pantas.

"Kalau macam tulah, okay." Fuh! Nasib baik dia ajak Adleen.

Eryn membuntuti Faizal yang menuju ke arah kereta BMW miliknya. Eryn terlopong. 'Wah! BMW ?' Faizal membukakan pintu untuk Eryn. Eryn masuk sambil mengucapkan terima kasih. Faizal menghulur buku kepada Eryn sebelum menutup pintu lalu terus ke tempat duduk pemandu. Dia menghidupkan enjin kereta.

"Mana Adleen ?" soal Eryn bila Adleen tidak ikut sama. Faizal tidak menjawab. Dia hanya terus memandu dan meninggalkan perkarangan kolej mereka. 

"Mana Adleen, Zal ?" soal Eryn lagi. Nada suaranya cemas.

"Takde." jawab Faizal tanpa menoleh.

"Hah ? Awak kata Adleen join kita." Eryn kelihatan risau. Faizal terus memandu. "Awak tipu ?" Eryn memukul bahu Faizal dengan bukunya.

"Kalau saya jujur, awak nak ke teman saya makan ?" soal Faizal tanpa menoleh. Matanya fokus memandang jalan raya.

"Stop the car. " Faizal tidak pedulikan Eryn. "Faizal !"

Faizal menghentikan keretanya di tepi jalan, namun dia masih tidak menoleh. Eryn cuba membuka pintu tetapi pintu tu lock.

"Unlock the door." kata Eryn dengan perasaan tidak puas hati.

"No !" Faizal masih membatu.

"Faizal !"

"Why ?" soal Faizal sepatah lalu menoleh memandang Eryn yang berwajah ketat.

"Saya tak selesa kalau keluar berdua dengan lelaki." balas Eryn tanpa memandang Faizal. Faizal mengeluh. Dia kembali merenung jalan di hadapannya.

"Hari ni je, boleh ?" Faizal seakan-akan merayu. Tiada jawapan dari mulut Eryn.

"Please..." Faizal sedaya upaya memujuk Eryn.

"No !" Eryn masih membantah.

"Eryn, sekali ni je."

Eryn mendengus kuat. Tanpa memandang Faizal, dia mengangguk jua. Kali ni saja !

Faizal tersenyum ceria. Dia menghidupkan enjin dan terus menuju ke destinasi.


***


Eryn menghempaskan beg tangannya di atas katil. Dia memandang Adleen yang sedang bermalas-malasan di atas katilnya. Adleen tersenyum simpul.

"Apa senyum-senyum ?"soal Eryn sambil menjeling tajam Adleen. Dia duduk menghadap Adleen.

"Best tak lunch hari ni ?" Adleen berkata dalam nada perli. Dia ketawa melihat mwajah Eryn yang kelat.

"Best, best sangat. Ni mesti plan kau dengan Faizal, kan ?" 

"Dia yang nak keluar dengan kau sangat tapi dia tak tahu nak ajak kau macam mana. Yelah, kau kan tak suka keluar berduaan dengan lelaki."

"Dah tahu kenapa buat ?"

"Aku kesian kat dia. Kau tautak yang dia merayu dekat aku. Lagipun apa salahnya korang berdua keluar sama. Dulu kau yang tergila-gilakan dia, sekarang dia nak berbaik dengan kau, layan jelah."

"Sedapnya mulut kau cakap. Kau ingat aku macam kau ke keluar dengan lelaki ? Dahlah, mandi lagi bagus." Eryn bangkit lalu mencapai tualanya yang tersangkut.

"Baguslah, pergi mandi cepat. Nanti bau perfume Faizal melekat pulak kat baju aku." usikan Adleen membuatkan Eryn terbeliak.

"Ada bau ke ?" Eryn mencium pakaiannya.

"Ada sikit. Kuat gila baunya. Dia ada peluk kau ke ?" Adleen menjongketkan keningnya. Eryn mencium bajunya lagi.

"Mana ada. Kau ni merepeklah. Kalau dia buat macam tu, hospitallah jawabnya." balas Eryn lalu masuk ke dalam bilik air. Lagi dilayan perangai Adleen, lagi teruk jadinya. Adleen ketawa melihat kawannya.

"Eryn... Eryn..."

***
Setelah dua jam menhadiri kuliah yang sangat mencabar minda, Eryn keluar dari dewan kuliah dengan mata yang kuyu akibat penat dan mengantuk.

"Eryn. " Faizal yang berada di luar dewan kuliah menyapa Eryn.

Eryn menoleh. 'Hishh kenapalah mamat ni suka menyibuk ?'

"Ada apa ?" soal Eryn dengan nada yang malas.

"Jom makan ?" ajak Faizal sambil tangannya mahu mengambil buku yang berada di tangan Eryn. Eryn menepis tangan Faizal.

"Malaslah. Saya nak pergi library." balas Eryn lalu melangkah menuju ke perpustakaan. Faizal dengan riak yang kecewa mengikut Eryn.

"Kalau macam tu saya temankan, okay ?" Faizal tersenyum memandang wajah Eryn. Eryn hanya buat tak endah tanpa menoleh.

"Suka hati." jawab Eryn. Seboleh-bolehnya dia ingin menjauhi Faizal, namun hatinya tidak mahu. Apakah ?

"Eryn, esok ada birthday party cousin saya. Jom temankan saya." ajak Faizal. Eryn tidak mempedulikan kata=kata Faizal. Cukuplah sekadar dia menemani Faizal makan dan belajar, kalau nak teman dia jumpa kawan-kawan dia, maaflah.

"Eryn dengar tak ni ?" tanya Faizal apabila sedar Eryn masih menelaah pelajaran. Dia menarik buku rujukan yang berada di hadapan Eryn. Eryn mengangkat wajah dan matanya bertentangan dengan mata coklat Faizal. 'Haih macam manalah gadis-gadis tak cair dengan dia. Senyum dia, mata dia semuanya indah.' puji Eryn dalam hati.

"Sorry, Zal. Saya tak boleh teman, esok birthday Adleen. Saya dah janji nak tolong dia." kata Eryn lalu menarik semula buku rujukannya. Dia baru teringat yang dia sudah berjanji untuk membantu Adleen mempersiapkan majlis hari jadinya.

"Owh yeke ? Takpelah kalau macam tu." Jelas ada nada kecewa pada suara Faizal. Faizal merenung Eryn yang sedang tekun.

"Jom kita makan, saya laparlah." ajak Eryn yang baru selesai mengulang kaji. Tangannya ligat mengemas buku-bukunya.

"Okay jom!" Faizal pantas mengemas buku-bukunya.

Mereka keluar dari perpustakaan.

"Tunggu sekejap, saya nak call Adleen." Eryn mengeluarkan handphonenya dan mendail.

"For what ? "

"Teman kita makanlah." jawab Eryn tanpa melihat wajah Faizal yang sudah berubah.

'Tak boleh ke kalau berdua je...' rungut Faizal dalam hati. 

"Adleen kata dia ada kelas." kata Eryn sambil menyimpan handphonenya. Faizal tersenyum gembira.

"Jom!" Faizal sudah laju ke hadapan.

"Jom pergi mana?" soal Eryn yang masih tercegat.

"Makanlah."

"Tak jadilah. Saya nak balik. Bye." Eryn melambai tangan sebelum melangkah pergi. Faizal menggenggam penumbuk lalu menumbuk dinding.

"Haish, melepas lagi aku." Faizal meramas-ramas rambutnya.

(Rumah Adleen)

"Assalamualaikum, makcik. Adleen ada ?" ucap Eryn kepada Datin Jamiah.

"Waalaikumusalam, Eryn. Dia ada kat biliknya." balas Datin Jamiah.

"Terima kasih, makcik." Eryn menuju ke bilik Adleen di tingkat atas. Ketika dia menaiki tangga, dia terkesima. Dia melihat seorang lelaki yang cukup dikenalinya keluar bersama-sama Adleen dari bilik Adleen. Faizal ? Dia melihat Adleen bergurau senda bersama-sama Faizal. Mereka menuju ke balkoni sambil berbual dan ketawa.

Eryn melihat dengan hati yang sakit. Dia rasa ada perasaan cemburu yang tiba-tiba muncul. Dia berasa ingin menangis. Ingin menjerit. Dia ingin segera pulang daripada terus berdiri di situ. Dia menuruni tangga dengan tergesa-gesa tanpa melihat kiri kanan, tiba-tiba kakinya tergelincir dan dia terjatuh. Dia mendengar suasana rumah menjadi kelam kabut. Dia juga dapat mendengar suara Faizal dan Adleen memanggil namanya.

Dunianya tiba-tiba gelap.

Setelah agak lama dia pengsan, akhirnya Eryn sedar. Dia melihat di sebelahnya ada Adleen yang sedang duduk, manakala Faizal berdiri sambil memerhatikannya. Eryn memandang sekeliling. Dia sedang berada di bilik Adleen dan terbaring di atas katil Adleen.

"Kenapa dengan aku?" soal Eryn lalu bangkit dari pembaringannya.

"Kau jatuh tangga tadi." jawab Adleen sambil membantu Eryn duduk. Faizal masih membisu dan hanya memerhati dua sahabat itu.

"Kenapa Zal kat sini ? Bukan Zal ada birthday party sepupu Zal ke ?" soal Eryn perlahan tanpa memandang Faizal.

"Eryn, sebenarnya..." Adleen cuba berkata tetapi dipotong oleh Eryn.

"Aku tak tanya kau, Leen." Eryn memotong kata-kata Adleen. Dia cuba menahan perasaan dan mahu mendengar penjelasan dari mulut Faizal sendiri. "Aku ingat korang berdua hanya kawan." kata Eryn, perlahan.

"Eryn, aku dengan Faizal mana ada apa-apa."

"Yeke ? Tadi aku nampak bukan main mesra kau bergurau senda dengan Faizal sambil bertepuk tampar, kawan ke ?" soal Eryn dengan nada sinis.

"Eryn, betul kata Adleen. We're nothing." Faizal mengiyakan kata Adleen.

"Jealous ?"soal Adleen dengan nada sinis pula. Eryn terdiam lalu menundukkan wajah.

"Kenapa diam? Jawablah!" Suara Adleen membuatkan Eryn tersentak.

"Memang aku jealous. Kau tau kan perasaan aku dekat Faizal macam mana." balas Eryn sambil merenung Adleen.

"Kalau sayang cakap sayang, Eryn. Tak payahlah kau nak tipu lagi hati kau tu. Faizal dah tunjuk dah yang dia sebenarnya sayangkan kau, tapi kau tu je yang buat-buat tak nampak. " kata Adleen. Faizal pula hanya menundukkan wajah, dia tersenyum sendiri.

Eryn senyap.

"Eryn... Sebenarnya aku dengan Faizal ni sepupu." terang Adleen sambil tersenyum. Eryn hampir terlopong, dia memandang Faizal. Faizal tersenyum sambil mengenyitkan mata.

"Aku taktau pun..."

"Dah kau tak tanya..." balas Adleen dengan ketawa. Faizal turut tersengih.

"Dah sedar pun. Masih sakit lagi ?" Tiba-tiba terdengar suara perempuan dari pintu bilik. Terjengul wajah seorang wanita yang agak berusia, namun penampilannya sangat bergaya. Eryn hanya menggelengkan kepala.

"Kesian bakal menantu Aunty ni. Nasib baik ada Faizal tolong angkatkan Eryn tadi." kata-kata wanita membuatkan Eryn terkesima lagi. Malam ni memang cukup membuatkannya terperanjat. Dia memandang Faizal.

Faizal yang sejak tadi memerhatikannya pantas menoleh ke arah lain. Pura-pura tidak mendengar.

"Bakal menantu ? Aunty ni siapa ?" soal Eryn kebingungan.

"Nama aunty Datin Roziah, panggil je aunty. Kan hari ni Faizal nak lamar Eryn, Eryn tak tahu ke ?" soal Datin Roziah dengan dahi berkerut. Dia memandang Faizal.

"Mama..." Faizal mula diserang perasaan malu. Dia perasan Eryn sedang merenungnya, cepat-cepat dia mengalih pandangannya agar tidak bertembung dengan mata Eryn.

"Hari ni bukan birthday party aku je, tapi hari kebahagiaan korang berdua jugak." kata Adleen sambil ketawa. Dia memeluk bahu Eryn. Eryn yang terkaku hanya mampu tersenyum.

"Dah jom keluar. Acara pun dah nak start." ajak Datin Roziah sambil menarik tangan Adleen. Faizal membuntuti ibunya manakala Eryn terkial-kial bangun dari katil.

"Ya Allah budak bertuah ni. Pergi tolong Eryn tu." suruh Datin Roziah sambil menepuk bahu Faizal. Faizal tersengih lalu menuju ke arah Eryn.

Faizal menghulurkan tangannya kepada Eryn. Eryn yang terkial-kial terus memandang Faizal. Faizal mengangkat kening dan tersenyum. Eryn menyambutnya sambil tersenyum.



"Thanks, sayang." bisik Faizal di telinga Eryn. Eryn hanya menundukkan wajahnya.

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

May 12, 2016

Food hunting : Plan B x Petit Mary Patisserie

Assalamualaikum and hye 

Me and my best friends were hunting interesting cafes.
Macam yang dak dak hipster tau kan, Ipoh tempat yang paling banyak cafe hipster.
So we decided to go to Ipoh.
Kitorang ke Plan B sebab dengar orang cakap tempat tu femes.
Tengah duk tengok menu, fuhh harga...
Takpe, kita makan makanan yang berbaloi dengan harga.
So nina pilih spaghetti carbonara. Tak jauh beza dengan harga secret recipe.





Lepas makan, kitorang ke kawasan sekeliling Plan B tu. Nak berselfie hehe.
Cantik tempat dia untuk sesapa yang suka hipster.


Buku-buku terpakai tapi tak boleh bawak balik la. Kalau nak baca, baca kat situ ada meja.





Sebelum terus ke kereta, kitorang ronda-ronda kat area situ. Tengok kedai-kedai. Ada lorong Yasmin. If korang nak masuk muzium dia, korang kena bayar.


Then, dah habis jalan-jalan and shopping.
Nad bawak kitorang bertiga ke satu cafe yang sangat cute.
Cafe ni sebenarnya asal rumah dijadikan cafe.
Warna cafe ni cantik sangat memang taste nina.






Kitorang tak sempat nak bergambar dekat kawasan luar sebab hujan lebat.



Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

May 11, 2016

TRAVELOG : Lexis Hibiscus

Assalamualaikum and hye.

Dah lama nina tak cerita pasal bercuti, so untuk post kali ni nina nak share sikit nina bercuti dekat PD. Actually on the way balik KL tu yang kitorang singgah PD for two days. So kitorang pergi terjah Lexis Hibiscus kot kot ada available room. Ada !


Okay gambar ni nina ambik dekat google. Saja nak tunjuk view dari atas.


So, first thing you guys will see is this. Oh sebelum tu korang akan nampak sign yang lagi besar daripada yang ni dekat lorong nak masuk kawasan hotel ni.


Then we ask them if they have any available room for us, and they have so many available rooms haha. Kitorang duduk dekat PPV yang dekat petal.

Oh yeah dorang ada 4 different rooms.

Executive Pool Villa (EPV) = RM 650 (weekdays)  RM 759 (weekends)
Sky Pool Villa (SPV) = RM 680 (weekdays)  RM 780 (weekends)
Premium Pool Villa (PPV) = RM 750 (weekdays)  RM 850 (weekends)
Panorama Pool Villa-Suite (PPS) = RM 990 (weekdays)  RM 1090 (weekends)

EPV dekat leaves. SPV dekat building. PPV dekat petals. PPS dekat stigma.
       


Ni kawasan lepak or menunggu.


128
Our room !
*knock knock*


King size.
Okay for your information, ada satu magazine list barang dalam bilik ni yang dorang jual : bantal, blanket, case and macam-macam lagi la. I forgot to take a picture of the magazine.


Kalau korang malas nak jalan ke bilik lagi lagi yang duduk kat bilik yang jauh, dorang ada sediakan buggy untuk hantar ke bilik. Sebut je nombor bilik. Buggy dia pun besar and selesa.


If korang nak ronda-ronda, boleh sewa basikal. Ada basikal yang dua seat. 
Tapi nina taktau la dorang open sampai pukul bape kalau public holiday. Macam nina, nina pergi bukan public holiday, so malam dorang dah close.


Hibiscus Walk ni kawasan pantai and makan. Kalau korang nak nikmati pemandangan laut sambil makan, breakfast kat sini. Kalau nak nikmati bunyi ombak, dinner kat sini. Makanan pun sedap.


Ni view waktu siang.


Rasanya ni design awesome la dalam bilik ni sebab tv tu dekat bahagian dalam cermin hitam tu. At first kitorang pun tak perasan tu tv. *tengah tengok abpbh time ni*


Ni closet dia. Ignore barang-barang kitorang tu hehe.
Taktau kenapa dorang sediakan payung.
Girls, don't worry, dorang ada iron. Haha.


Ni sink dia. Agak gelap sebab waktu malam. Lampu pun agak malap acah acah romantik gitu.


Okay this view nina ambik dekat google sebab i forgot to take a picture of the view. I'm so sorry.


Okay this one i took. Ni shower.


And ni toilet.
Shower and toilet dia divide.



Dapat tengok sunset time swimming hehe. 


Sebelum swim, kita ke sauna dulu. Yang seronoknya sauna dekat sebelah kolam. So tak payah susah susah nak ke spa, kat bilik kan hado.
*kat dalam tu ada dua makhluk haha*


Have a good day :)


Dua hari je kitorang stay. Cukup la have fun mandi sampai puas. Tak sanggup mandi lelama sebab rabut and kulit kering.

Singgah makan dulu. Lapiaq !





Enjoy and bye :)

And to those who have read Muara Hati, thanks a lot. In shaa Allah I will share my another cerpen :)
Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

May 05, 2016

Muara Hati

" Kita kena beli dia dulu sebelum band lain beli dia. " kata Lan kepada rakan-rakan bandnya yang lain.

" Aku setuju. Dia unik ! Menyanyi boleh. Main guitar, drum dan piano pun hebat. " Azroy pula bersuara memuji keunikkan penyanyi yang mereka sedang bincangkan.

" Aku pun setuju. Kau pulak macam mana, Am ? " Nizam pun bersetuju dengan pendapat Lan.

Am memandang rakan-rakan dengan pandangan bingung.

" Wait. Korang ni cakap pasal siapa sebenarnya ni ? Aku tak faham. " Am, ketua band, kebingungan melihat rakan-rakannya yang teruja bercerita tentang penyanyi yang dia tidak tahu.

" Laa takkan kau tak kenal dia ? " soal Azroy.

" Siapa ? Sumpah aku taktau siapa. " balas Am.

" Mirae. " Serentak ketiga-tiga mereka menyebut nama penyanyi itu.

" What ?! " Am nyata terkejut.

Ketukkan dipintu mengganggu perbincangan mereka berempat. Lan bangkit untuk membuka pintu. Gadis bertudung dengan gaya brutal melangkah masuk ke dalam studio mereka. Am sudah tidak senang duduk apabila melihat gadis itu.

" Hai. " sapa Mirae sepatah. Senyum diukir.

" Hai, Mirae. Sila duduk. " balas Nizam sambil mempelawa Mirae duduk. Mirae mengambil tempat duduk berhadapan dengan Am. Satu-satunya kerusi kosong yang ada. Mirae tunduk.

" So, kau setuju tak dengan cadangan kitorang tu ? " soal si Lan sambil menghulur tin minuman kepada Mirae. Mirae menyambut.

Mirae merupakan kawan mereka berempat sejak di universiti lagi. Mirae agak dikenali ramai kerana sifatnya yang friendly dengan semua orang. Dia semakin dikenali ramai selepas membuat persembahan pertamanya yang berjaya memukau beratus-ratus pelajar di universiti dengan suaranya yang merdu.

" Aku on je kalau kau bagi aku peluang. " jawab Mirae dengan yakin sambil tersenyum.

" Yes yes bagus ! " teriak mereka kegembiraan selepas mendengar persetujuan Mirae. Namun, hanya Am yang kelihatan diam dan matanya merenung Mirae sejak tadi.

" Am, kau setuju tak ? " Azroy yang perasan keadaan Am menegurnya.

" Well, are you serious, Mirae ? " soal Am tiba-tiba.

Mirae tersentak.

" Yeah. Why ? " Mirae keliru dengan pertanyaan Am.

" You tau kan apa yang dah jadi antara kita berdua ? " soalnya lagi.

" Yeah. But, tu cerita lama. "

" I know. I cuma nak ingatkan you, cerita antara kita dah lama berlalu, so I taknak cerita lama tu berulang lagi. And you tau kan I dengan Natasya ? "

" Of course I tau. "

" So, I nak you tau yang I cuma sayangkan dia seorang, till my last breath. I hope you tak cuba-cuba nak pisahkan I dengan dia. Faham ? "

Mirae terkedu dengan kata-kata Am. Pedih. Tetapi dia hanya mampu mengangguk.

" Good. Everything will be okay. Aku nak keluar. You guys practice la apa-apa yang patut. " kata Am sebelum dia melangkah keluar dari studionya.

Mirae merenung Am sehingga dia hilang dari pandangan. Macam la aku nak dia lagi, bisik Mirae dalam hati.

" Mirae, you okay ? " tegur Lan apabila melihat riak wajah Mirae berubah dengan kata-kata Am tadi. Mereka bertiga juga agak terkejut dengan kenyataan Am tadi.

" Of course I'm okay. So, let's start. " balas Mirae dengan nada teruja. Sekurang-kurangnya muzik boleh mengubat perit hatinya.

***

" Are you kidding, Am ? " soal Natasya yang agak terkejut dengan persetujuan Am mengambil Mirae sebagai penyanyi untuk bandnya.

" I'm serious. " balas Am, dia memandang Natasya yang kelihatan agak bengang.

" Dia yang kacau hubungan kita dulu and you senang-senang je ambil dia masuk band you. You nak dia jahanamkan hubungan kita ke ? "

" Look, sayang, I ambik dia sebagai penyanyi, bukan sebagai girlfriend. You tau kan yang I sayangkan you seorang je. " Am mencapai tangan kekasihnya lalu diramas-ramas untuk menenangkan perasaan marah gadis itu.

" I risau, bie. I takut you pergi dekat dia balik. I tak sanggup, bie, "

" Hey, I sayang you. I takkan tinggalkan you. Dia tu I dah buang lama dah. Don't worry, okay ? I love you. "

" I love you too, bie. "

Am senyum memandang buah hatinya. Dia mengusap pipi Natasya, cuba untuk memujuknya.

" Jom ikut I pergi jamming. " pelawa Am.

" Okay. "


" Hey guys, dah start ke ? " soal Am yang baru melangkah masuk ke studio mereka. Natasya berdiri di sebelahnya sambil memegang erat lengan Am.

" Belum.Tunggu kau lah. " jawab Lan yang sedang membetulkan gitarnya. Azroy sudah bersedia di hadapan drumnya, manakala Nizam sudah berdiri di tempatnya bersama-sama gitar kesayangan. Cuma...

" Mirae mana ? " soal Am bila dia tidak nampak kelibat gadis itu. Natasya sudah tarik muka mendengar soalan Am.

" Aaaa errr mana ek ? " Nizam menggaru kepala. Dia memandang Lan, Lan hanya mengangkat bahu.

" Mana dia ? " soal Am lagi. Kali ini nadanya lebih tinggi.

" Aaaa belum datang lagi. " jawab Azroy gagap.

" Belum ? Baru lagi dah buat perangai. " kata Am dengan nada sinis.

" Aku dah call tadi, dia kata on the way. 10 minit. " balas Lan teragak-agak. Dia mengeluarkan phonenya dari poket.

" Tak payah call. Buang kredit je call minah tak berdisiplin tu. Suka hati je buat perangai. " Am bernada sinis.

" Betul tu. Korang pun satu, buat apa ambil minah tak guna tu. " sampuk Natasya tiba-tiba dengan mimik muka meluat.

" Kau jangan nak menyibuk, Tasya ! " herdik Lan yang memang tidak sukakan si Natasya. Padanya, Natasya yang terhegeh-hegeh mahukan Am.

" Suka hati akulah ! " balas Natasya yang tidak mahu kalah.

Nizam cuba menghalang Lan yang mahu membalas.

" Dua-dua perangai sama. Memang padan. "

Semua yang berada di dalam studio menoleh ke arah pintu. Mirae bersandar di pintu sambil memeluk tubuh.

" Apa maksud kau ? " soal Natasya apabila terdengar kata-kata Mirae tadi.

" Mulut longkang, keras kepala, ego, perangai pun sama. " Mirae menjawab dengan selamba. Dia berjalan menuju ke tengah studio tanpa menghiraukan dua makhluk yang memandangnya dengan pandangan marah.

" Kau tu betina tak guna ! Kaki perampas ! " teriak Natasya tanpa ada rasa segan. Mirae hanya memandang dengan pandangan sinis.

" Tasya please, behave. " Am cuba menahan buah hatinya daripada membuat perangai.

" Bercakap depan cermin ? " balas Mirae dengan nada sinis.

" Mirae, dah lah. " bisik Nizam ke telinga Mirae. Mirae hanya mengangkat bahu.

" Hey, perempuan ! Kau jangan nak kurang ajar ! " Natasya masih mahu berbalah. Dia mara ke hadapan, namun sempat ditahan oleh Am.

" Diamlah ! Jangan nak buat kecoh. Tasya, you takde kena-mengena dekat sini, so keluar ! " Lan sudah tidak mampu menahan sabarnya.

" What ?! You halau I ? " soal Natasya agak terkejut.

" Yes ! "

Natasya yang bengang berlari keluar dari studio. Am cuba mengejarnya.

" Am, kalau kau ikut dia, kita cancel show kita ni. " kata-kata Lan membuatkan semua terperanjat. Am terkedu.

" 5 minutes, please. " Am berlari keluar mengejar buah hatinya.

Terdengar keluhan dari mulut Lan. Mirae memandang Lan, Nizam dan Azroy silih berganti.

" I'm sorry. " Mirae memohon maaf tiba-tiba.

" Why ? " soal Lan pelik.

" Because of me, you guys jadi macam ni." keluh Mirae.

" Not your fault. Perempuan tu yang kuat jealous. " Azroy menyebelahi Mirae.

" Dia takut sangat aku rampas boyfriend dia. " kata Mirae lalu tergelak kecil.

" One day, Am akan melutut dekat kau, Mirae. " Mirae tersentak mendengar kata-kata Lan.

" Kenapa ? " Dahi Mirae berkerut.

" Sebab jauh di sudut hati dia, still ada kau. Still sayangkan kau. "

Mirae terkedu.

" Hahaha... " Mirae ketawa. Ketawa yang saja dibuat-buat untuk menghilangkan rasa kekok.

" Okay guys. Let's start ! " Am tiba-tiba masuk.

" Where's she ? " soal Nizam.

" Don't worry. Okay jom. "

" What song ? " soal Mirae.

" Muara Hati. " jawab Lan.

" What ? " Serentak perkataan tu terkeluar dari mulut Mirae dan Am.

" Just sing. " Lan sudah memetik gitar mengalunkan lagu Muara Hati. Azroy tersenyum penuh makna. Nizam pula mengenyitkan mata ke arah Lan tanda setuju.

***

Sudah 3 minggu berlalu. Semunya berjalan lancar. Show mereka juga sudah hampir dekat.

" Apa kata kita mash up lagu. Okay ? " soal Mirae.

" Sounds great ! " jawab Am teruja.

" I think kalau kita gabungkan lagu Stacy dengan Miley okay jugak. "

" What song ? "

" Not For Sale dengan Wrecking Ball. "

" Wow sounds great ! "

" Wait, I wanna show you this. "

Am mendekatkan posisi duduknya dengan Mirae supaya dia dapat melihat apa yang ditunjukkan oleh Mirae.

" Nice ! I agree ! " setuju Am.

Gelagat mereka berdua sedang diperhatikan oleh tiga orang rakan mereka. Mereka tersengih-sengih melihat keakraban mereka berdua.

" Baguslah dorang dah rapat. Takdelah nak masam muka je. " kata Nizam dengan nada ceria.

" Sweet, kan. " balas Lan yang tidak penat memerhatikan mereka.

" Aku nak tengok dorang yang dulu. " sampuk Azroy pula.

" Aku pun. " setuju Nizam.

" Korang nak dengar tak satu ayat jiwang aku ? " tanya Lan tersengih memandang dua orang sahabatnya.

" Apa dia ? "

" One day dorang akan bersatu, sebab Mirae tercipta untuk Am. "

***

" Am, Mirae, teman aku pergi kedai gitar jap. " ajak Lan yang sedang mengemas peralatan jamming mereka. Yang lain juga sibuk mengemas.

" Okay ! " jawab Am dan Mirae serentak. Mereka semua keluar dari studio. Am, Mirae dan Lan satu kereta, manakala Azroy dan Nizam menaiki kereta Azroy. Am memandu menuju ke KL Festival.

Di kedai alat muzik.

" Kau nak beli apa, Lan ? " soal Mirae yang melihat Lan menilik tali gitar. Am pula sudah merayau satu kedai melihat peralatan muzik.

" Aku nak beli tali gitar. Gitar aku lagi satu dah terputus. Adik aku la main sampai putus. " rungut Lan yang tidak berpuas hati. Mirae hanya tergelak kecil. Dia mencari Am.

" Cantik kan gitar tu ? " tanya Mirae yang sudah tercegak di tepi Am. Mata mereka berdua merenung gitar yang sama.

" Ha'ah. Tapi duit aku tak cukup nak beli gitar ni. Mahal. " balas Am dengan nada kecewa.

" Saving la. Kau book gitar ni, then bila cukup duit, beli. " cadang Mirae. Am menoleh ke arah Mirae dengan riak teruja.

" Pandai jugak kau en. " puji Am sambil tersenyum memandang Mirae.

" Aku kan, gila tak pandai. " balas Mirae dengan nada lucu membuatkan mereka berdua ketawa.

Ketika sedang asyik bergurau, Am terpandang seseorang yang amat dikenalinya. Dia terpempan. Matanya terpaku. Tekaknya kelu. Hatinya sakit. Sakit melihat adegan bahagia satu pasangan di luar kedai alat muzik.

" Am ? Am ? " Mirae memanggil-manggil nama Am, tapi tidak berjawab. Am hanya merenung ke luar kedai. Mirae turut memerhati. Dia terkejut. Dia memandang Am yang hanya berdiri tegak, dan beralih ke arah Lan yang juga terpaku melihat ke luar kedai.

" Lan ?! " panggil Mirae. Lan menoleh, lalu menuju ke arah mereka berdua.

" What's going on ? " soal Lan kepada Mirae. Mirae hanya mengangkat bahu.

" Am, jom kita pergi. " Mirae cuba menarik lengan sasa Am. Am menepis tangan Mirae sehingga Mirae hampir terjatuh.

" Am, sabar Am. Public Am ! " Lan cuba menahan Am yang sudah melangkah laju ke arah sepasang kekasih diluar kedai.

" Hai sayang. " tegur Am kepada pasangan kekasih itu secara tiba-tiba. Gadis itu terlopong melihat Am.

" A.. Am. What are you doing here, baby ? " soal gadis itu yang agak terkejut.

" I'm here, watching you Natasya, and your boyfriend. " balas Am sinis. Mirae dan Lan sudah bersedia di belakang Am jika berlaku apa-apa.

" Sayang, let me explain. " Natasya cuba meraih tangan Am. Am menepis kuat.

" Hey, bro ! What's your name ? " Am menghulur salam kepada lelaki yang berada di samping Natasya.

" Hey, I'm Nash. You ? " balas lelaki itu.

" I'm Am. So, you're her boyfriend ? " soal Am lagi.

" Am... " Natasya mula cuak.

" Shuu I don't ask you, baby. "

" Yeah I'm her boyfriend. " balas Nash.

" Oh really ? Since when ? "

" Almost one year. "

" Ohho wow ! "

Mirae dan Lan juga terkejut dengan kenyataan lelaki itu.

" And who are you ? "

" Me ? Ask her. " balas Am sambil memandang sinis ke arah Natasya.

" What ? I don't understand. " kata lelaki itu kebingungan. Dia memandang Am dan Natasya silih berganti.

" No, please Am. Let me explain. " Natasya cuba merayu, namun kemarahan Am lebih tinggi.

" I don't need your explanation, Tasya. I tak sangka you macam ni, you tipu I macam ni. I percayakan you, I sayangkan you. Ini you balas ? "

" Am, please. I love you. I really love you. "

" What ? Hey, Natasya, what are you saying ? " Nash juga sudah kebingungan.

" Okay I have to go. Oh yeah Nash, for your information, I'm her ex boyfriend. " balas Am lalu melangkah meninggalkan mereka. Mirae dan Lan yang hanya diam sepanjang perbalahan itu turut mengikuti langkah Am.

Di dalam kereta Am melempiaskan amarahnya.

" Am, sabar Am. Kau nak drive ni. Bahaya. " kata Lan yang risau dengan keadaan Am.

" Am, biar aku drive. "

Mirae memandu menuju ke rumahnya.

"Am, aku takut kau hilang focus. Aku taknak sebab benda ni, show kita hancur. " kata Mirae dengan nada risau. Lan hanya memandang kosong ke arah Am.

" Kau tak faham, Mirae. Kau taktau apa aku rasa. Sakit tautak ? Aku nampak depan mata aku sendiri. " Rupa Am agak kusut akibat tertekan.

Mirae hanya memandang Am. Dia agak terasa dengan kata-kata Am itu.

" I have experienced this. " kata-kata Mirae membuatkan Am terpaku. Dia memandang Mirae yang sedang merenung tanah. " You know what I mean. " sambung Mirae lantas memandang tepat ke anak mata Am.

Am kelu. Apa yang terjadi antara dia dan Mirae bermain-main dikotak fikirannya.

" Mirae... " panggil Am dengan nada sayu.

" I understand. I know what you feel right now. Really hurt, till you can't accept it. Right ? " setitik air mata jatuh ke pipi Mirae. Am terpana. Sekali lagi dia melihat Mirae menangis di depannya.

" Mirae, I'm so sorry. I didn't mean it. " Am meraih tangan Mirae untuk memujuk.

" It's okay. I'm fine. " Air mata disapu, dan senyuman diberi. " Okay la, aku nak masuk. Hari dah malam. Korang balik la, rehat. " Mirae melangkah masuk meninggalkan mereka berdua.

" Lan, aku rasa... "

" Takde rasa-rasa. Dah, jom balik ! " Lan memotong ayat Am. Dia tahu apa yang Am cuba sampaikan tapi sengaja dia tidak mahu mendengar.

' Am, aku rasa, kau terlambat. '

***

" Guys, kalau aku melamar Mirae balik, okay tak ? " soalan Am membuatkan Lan, Azroy dan Nizam terhenti berlatih.

" Kau serious ke, Am ? " Nizam balas dengan soalan.

" Ingat aku memain ke. " kata Am dengan nada serious.

" Takde la... " Nizam sudah serba salah. Begitu juga dengan Lan dan Azroy.

" Apasal dengan korang ni ? Ada apa-apa yang korang nak bagitau ? " soal Am yang perasan dengan riak wajah rakan-rakannya.

" Am, kalau aku cakap ni, kau jangan marah ke terasa ke apa. " Lan menyampuk.

" Laa dah kenapa ? "

" Macam ni Am, sebenarnya Mirae... " Suasana senyap seketika.

" Kenapa dengan Mirae ? "

" Mirae dah nak bertunang hujung bulan ni."

" Hah ? " Am terkejut besar. Hatinya berderai lagi. Cinta yang mula berputik, gugur kembali.

" Sorry, Am. Mirae suruh kitorang bagitau kau. "

Am mengeluh berat.

" Aku faham. Aku yang salah sebenarnya. Dulu, bila dia setia dengan aku, aku yang buang dia. Sekarang, aku yang hilang dia. "

" Kau sayang dia lagi ke ? " Azroy memberi soalan cepumas.

" Kalau nak tau, aku tak pernah stop sayangkan dia. Cuma ego aku yang buat aku jadi macam ni. Mirae baik. Dia pandai jaga hati aku. Pandai buat aku senyum, gelak. Tapi aku yang taktau hargai dia. Sekarang ni, padan muka aku. Aku yang buat hal, aku la terima. Dulu, aku pernah hilang dia. And sekarang aku hilang dia lagi, maybe selama-lamanya. "

" Sabar, Am. Life is complicated, sometimes. " Lan menepuk-nepuk bahu Am sekadar memberi semangat.

Di luar studio, Mirae hanya berdiri kaku setelah mendengar kata-kata dari Am.

***

" So, you guys ready ? " tanya Am kepada rakan-rakan bandnya.

" Ready ! "

" So let's start ! "

Penonton bersorak selepas band mereka keluar dari belakang pentas. Mereka menyanyikan dua buah lagu, satu lagu cover dan satu lagi lagu ciptaan mereka sendiri. Penonton bersorak sepanjang persembahan mereka.

Selesai sahaja persembahan, kelegaan terpancar diwajah masing-masing. Masing-masing sudah tersandar dikerusi, kecuali Mirae.

" Mirae mana ? " soal Am yang tercari-cari kelibat Mirae, namun tiada.

" Aku rasa dia kat tepi tasik. " balas Lan. Am terus mencari Mirae di tepi tasik. Matanya tertancap pada tubuh seseorang. Dia menuju ke tempat orang itu.

" Kat sini rupanya. " suara Am mengejutkan Mirae dari lamunan.

" Am, meh duduk. " ajak Mirae. Am duduk disebelah Mirae.

" Fikir apa tu ? "

" Takde pape. "

" Fikir majlis tunang ke ? "

Mirae agak terkejut.

" Am dah tau ? "

Am angguk.

" Dorang bagitau ? "

Angguk lagi.

" Ohh okay. "

" Kau dah ready ke ? "

" Hmm maybe. "

" So bila nikah ? "

" Hujung tahun ni. "

" So kau setuju la nak kahwin. Pilihan keluarga ke, pilihan kau ? "

" Dua-dua. "

" Macam tu pulak. "

Keadaan sunyi seketika.

" Mirae... "

" Hmm... "

" Kau sayang aku ? "

Mirae telan air liur.

" Hmm sayang. "

" Sayang macam mana ?  Macam dulu ke, macam kawan je ? "

" Dulu. "

Am memandang Mirae. Ditenung mata Mirae dari tepi. Mirae tunduk.

" Kalau macam tu, kenapa terima pinangan tu ? "

" Entah. "

" Mirae ? "

" Ada sebab kenapa aku terima. "

Suasana kembali sunyi. Am hanya merenung Mirae dari tepi. Mirae pula hanya memandang kosong tasik di hadapannya.

" Am, nak tautak siapa yang masuk meminang aku ? "

" Siapa ? Aku kenal ke ? "

" Kenal sangat. "

" Yeke ? Siapa ? Hensem ke ? "

" Hensem sangat. " balas Mirae sambil tersengih-sengih.

" Saja je kan nak sakitkan hati aku. " Am tarik muka.

" Nak tautak siapa ? "

" Taknak la. " Am nada merajuk.

Mirae tergelak. Mereka diam seketika.

" Siapa ? " soal Am tiba-tiba. Mirae tersenyum melihat wajah Am yang penuh tanda tanya.

Mirae mendekatkan bibirnya ditelinga Am.

" Your mother. "

Am terpana. Dia merenung wajah Mirae yang sudah tersenyum-senyum.

" Are you serious ? "

" Muka aku ni tengah buat lawak ke ? "

" Mirae ? " Am teruja mendengar kenyataan itu. Bila pulak mama pergi meminang Mirae ni ?

" Yes. "

" You know what, I think I'm the happiest guy in the world. "

" Me too, the happiest girl. "

Mereka berdua tersenyum sesama sendiri.

" So maybe sekarang kita kena practice guna panggilan lain. " kata Am dengan nada nakal.

" Panggilan apa ? "

" Entah. Saya awak, formal sangat. You I, tak sweet. Bie sayang, hmm maybe. " Am sudah menjeling naka;.

" Hey, no ! Gatal eh. " Laju saja tangannya mencubit lengan Am.

" Auch ! Sayang, sakit la. "

" Stop it, Am. "

Am tergelak melihat muka masam si Mirae.

" Hamboi seghonok hampa eh. Sabaq, sat lagi kahwin la tu. " suara Lan menyampuk. Lan, Nizam dan Azroy muncul.

" Ohh kiranya korang dah tau la yang aku bakal tunang Mirae ? " soal Am tidak puas hati.

" Alaa Am, kitorang saja je test kau. " Mereka bertiga ketawa.

" Drama sangat... "

" Aku nak bagi ni sebenarnya ? " Nizam menghulur beg berbentuk gitar. Am menyambut. Dia mengeluarkan gitar yang berada di dalam beg itu. Dia terkejut melihat gitar yang dilihatnya di kedai alat muzik hari itu berada ditangannya. Digitar itu terukir nama Am.

" Macam mana kau dapat ni, Nizam ? " soal Am yang masih teruja melihat gitar idamannya.

" Ask your wife-to-be. " balas Nizam dengan senyum penuh makna.

Am memandang Mirae. Mirae mengangkat-angkat keningnya.

" This is drama. "

Mereka semua ketawa.

" We have the same guitars, but different colours. " kata Mirae tersenyum.

" How sweet ! "
Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

ANINA SHYQIN

My dearest readers,

Assalamualaikum and hello.



❤ My name is Nurul Anina Ashyqin binti Amran. 
❤ I have some nicknames which are Anina, Nena and Eqin.
❤ My birthday is on May, 18 🎉
❤ My age is a secret.
❤ I'm from Kuala Lumpur. 
❤ I'm not married yet, but not single.
❤ I'm short, 155 cm.
❤ I'm a specky girl 😎
❤ I talk a lot, people always get bored when I'm talking. 
❤ I love horror stories. I always do some research about terrifying or creepy stories. I read a lot about creepy facts. And my weird habit is seeing the old/abandoned houses or building.
❤ I love travelling, foods, books.



Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.