March 26, 2020

10 BENDA YANG WAJIB/PERLU ANINA BAWA

Assalamualaikum.

Setiap orang mesti ada benda yang wajib mereka bawa ke mana-mana saja.

10 benda yang wajib I bawa

1. Telefon bimbit / handphone

Ini ibarat nyawa. Tanpa dia kita takde hala tuju. Memandangkan sekarang ni zaman teknologi, manusia tak boleh jauh dengan handphone memasing. Handphone la tempat kita hilangkan bosan, cari jalan, cari tempat makan dan kongsi gambar di media sosial.

2. Duit

Mesti la kita perlukan duit.

3. Make up

Perempuan wajib ada satu beg kecil untuk simpan make up dia; bedak, sunblock, lipstick, eyebrow pencil, eyeliner.

4. Hand sanitizer

I memang suka hand sanitizer. Dalam setiap beg mesti ada satu. I ada 4 hand sanitizer; dettol, antibax, lifebouy dan gurdian.

5. Powerbank

Ini wajib ada sebab tak jangka yang I balik rumah pukul bape. Kekadang ada je plan last minit nak pergi sana la sini la.

6. Earphone

Untuk hilangkan bosan atau taknak bercakap dengan orang. Ini I bawa bila jalan seorang diri ataupun nak balik rumah dari Uitm.

7. Panty liner

Perempuan wajib ada untuk sentiasa bersih. Ini penting bila kita nak solat, kena bersihkan diri dulu sebelum solat.

8. Tisu basah

Kalau I boleh solat, benda wajib ada kalau I pakai make up. Tapi I jarang pakai make up bila boleh solat, sebab nanti menyusahkan nak kena betul-betul bersih.

9. Tisu

Dalam setiap beg I mesti ada tisu, kekadang sampai 2 pek. Dalam beg tangan, beg pergi kelas dan beg sandang mesti ada tisu. Bukan I saja, kawan-kawan I semua mesti ada tisu dalam beg masing-masing.

10. Perfume

I kadang-kadang je bawa, bila jalan jauh atau keluar awal dan balik rumah lambat je I akan bawa.

Inilah antara benda yang wajib/perlu ada dengan I.
Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

March 25, 2020

KUARANTIN HARI KE-8 : RUTIN HARIAN

Assalamualaikum.

Sudah lapan hari kita semua dikuarantin atau diarahkan duduk di rumah. Agak susah bagi orang bekerja yang perlu bekerja dari rumah terutamanya ibu-ibu sebab kena masak lagi. Student pula terpaksa pulang ke rumah atau duduk di rumah sewa atau kolej sepanjang kuarantin.

Apa rutin harian I sepanjang kuarantin.

6.15 am - Wajib bangun untuk subuh, lepas tu tidur balik 😂 (I tau bukan I sorang je tidur lepas subuh)

8.30/9.00 am - Bangun untuk siram pokok (FYP) 🌼 dan breakfast. Kalau rajin, I work out 💪.

9.00 am - 12.00 pm - Selepas semua pasu untuk FYP dah siap, selalunya akan layan Youtube. I suka layan aesthetic video, penpal with me, organize room dan Kpop. My favourite Youtuber at the moment is Cozy couple. Rutin basic : Sidai baju, sapu rumah, basuh pinggan.

12.00 pm - Lunch 🍛

1.00 - 4.00 pm - Tengok berita terbaru pasal COVID-19. Download movie atau drama yang rasa nak tengok. I ada buat movie list untuk dilayan 📜. Rutin basic : Lipat kain, sapu rumah.

4.00 pm - Selalunya I tertidur sebab bangun pukul 8.30. Sejujurnya I bukan morning person.

6.00 pm - Siram pokok (FYP).

7.30 pm - Solat maghrib.

9.00 pm - Dinner dan menghabiskan masa dengan family; tengok TV 📺, order makanan 🍕, berborak 👪.

11.00 pm - Layan movie atau drama 💻.  Rutin basic : Scroll Instagram & Twitter.

2.00/3.00 am - Baru nak tidur 😴

Itulah rutin harian I sepanjang kuarantin.

March Playlist

Sejeong's Mini Album : PLANT
IZ*ONE's Album : BLOOM*IZ
Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

March 21, 2020

10 PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN SEPANJANG KUARANTIN



1. Bersenam atau work out

Memandang kita diberi cuti dua minggu dan tiada sekatan pergerakan ke dapur, kita ada potensi untuk menaikkan berat badan. Jadi demi menjaga kesihatan dan berat badan, kita boleh mula bersenam atau work out. Work out di dalam rumah saja pun boleh. Bersenam boleh dengan cara menari atau berlari naik turun tangga jika ada tangga dirumah.

2. Mulakan hobi baru

Kita boleh mula berjinak dengan benda baru contohnya bercucuk tanam. Selain jadi hobi baru, bercucuk tanam juga boleh membuahkan hasil.

3. Membersihkan rumah

Selama dua minggu ni, kita bolehlah mengemas rumah yang dah lama tak berkemas tu. Boleh juga menghias atau menyusun atur perabot rumah.

4. Membasuh/melipat/menggosok baju

Di kesempatan yang ada, kita boleh membasuh baju-baju yang mana tak sempat nak basuh. Lepas basuh boleh terus lipat atau gosok. Habis masa kuarantin kita tak perlu risau nak cari dan gosok baju, semuanya sudah tersedia.

5. Online shopping

Memandangkan tak boleh keluar rumah, online shopping la tempat untuk melepaskan stress dan kebosanan. Selain tu boleh bantu online shopper buat duit.

6. K-drama/Netflix/Movie

Student paling suka menghabiskan masa menonton Korean drama dan movie. Inilah masanya untuk marathon drama atau movie. Anda boleh senaraikan movie apa yang nak ditengok sepanjang dua minggu ni.

7. Baca novel

Membaca adalah salah satu benda yang boleh hilangkan stress dan bosan. Novel yang I suka baca mestilah novel-novel Fixi.

8. Belajar bahasa ketiga

Masa ni la anda boleh belajar bahasa ketiga. Sesiapa yang minat tengok Korean drama, boleh belajar bahasa Korea. Selain tu boleh juga belajar bahasa Cina memandangkan bahasa Cina antara bahasa yang selalu digunakan.

9. Tidur

Salah satu perkara yang sangat disukai terutamanya orang-orang yang bekerja. Inilah masanya untuk merehatkan diri.

10. Tulis surat untuk orang tersayang

Waktu macam ni la datangnya mood dan idea untuk menulis. Jadi, anda boleh menulis surat untuk orang-orang tersayang dan jauh daripada kita.

Banyak lagi perkara yang kita boleh buat sepanjang cuti dua minggu ini untuk hilangkan rasa bosan. Kita perlu produktif walaupun hanya duduk dirumah sahaja.
Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.