January 31, 2019

UNDERWATER WORLD, LANGKAWI

Assalamualaikum

Underwater World, Langkawi merupakan salah satu tempat tarikan pelancong dalam dan luar negara. Tempat ini sangat sesuai untuk kanak-kanak supaya mereka boleh belajar dan tambah pengetahuan tentang hidupan dalam air.

Setiap spesis diletakkan nama sebenar dan jugak nama saintifik. Juga diceritakan serba sedikit fakta tentang setiap spesis. Selain itu, anda akan dapat tengok penguin-penguin diberi makan.

Sebagai seorang yang sukakan haiwan dan tumbuhan, I agak sedih bila tengok banyak spesis yang terancam dan hampir pupus. I harap pihak yang bertanggungjawab jaga dan bagi haiwan-haiwan ni besarkan populasi mereka. Dan tolonglah, berhenti menyeksa haiwan-haiwan ni semata-mata untuk duit. Mereka pun ada keluarga.

Pensyarah I tak suka tengok kami cabut pokok atau tangkap serangga lepas tu matikan dan buat pameran. Kami pernah buat eksperimen yang memerlukan serangga dan juga pokok. Serangga tu perlu dimatikan dengan chloroform dan serangga tu kami cucuk guna jarum untuk attach pada board. Pensyarah I cari solution untuk taknak kacau habitat spesis ni dan pensyarah suruh kami tangkap serangga, masuk dalam botol kaca, tangkap gambar dan lepaskan semula. Tumbuh-tumbuhan pun kami tak petik, kami cuma tangkap gambar dan selesai.

Okay balik kepada tajuk, selain daripada tengok haiwan, anda boleh merasai pengalaman berhadapan dengan tsunami dan gempa bumi di Earthquake and Typhoon Pavilion. Anda juga boleh cuba masuk ke dalam Lost World Tunnel yang penuh dengan cermin dan cari jalan untuk keluar.



Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

January 30, 2019

GIVEAWAY DOMAIN BARU BY OMBAKBERGIGI.COM


Klik banner !

Tarikh tamat : 22 Februari 2019

Hurmm nak komen apa πŸ˜• Takde nak komen apa-apa sebab blog OM dah perfect πŸ˜‰

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

January 28, 2019

5 TEMPAT MENARIK YANG MESTI DIKUNJUNGI DI LANGKAWI

Assalamualaikum

Selalunya bila pergi Langkawi, majoriti akan pergi ke tempat cable car dan makam mahsuri. Kedua-dua tempat itu merupakan tempat yang WAJIB dikunjungi setiap pelancong tak kira pelancong dalam atau luar negara.

Kali ni, I nak kongsi tempat lain selain daripada dua tempat menarik itu.

Dataran Helang


Sampai saja di jeti, kita akan nampak patung helang yang sangat besar. Ini merupakan mercu tanda Langkawi. Kalau datang ke Langkawi, tak tangkap gambar dengan patung helang ni adalah satu kerugian. Selain daripada patung helang ni, pemandangan di kawasan ini pun sangat cantik dan sesuai untuk sesiapa yang photogenic.

Underwater Wold


Tempat ini terletak di Pantai Chenang. Sesuai untuk bawa anak-anak melawat tempat ni. Terdapat pelbagai spesis hidupan laut seperti ikan, penguin, anjung laut dan lain-lain. Selain daripada hidupan laut, terdapat juga hidupan darat yang jarang kita jumpa. Sangat sesuai untuk anak-anak belajar tentang fauna. Di sana terdapat juga tempat untuk pengunjung rasai pengalaman berhadapan dengan tsunami dan gempa bumi di Earthquake and Typhoon Pavilion. Juga, Lost World Tunnel yang hanya dikelilingi dengan cermin dan pengunjung perlu mencari jalan keluar.

Pantai Chenang


Pantai ini juga popular bagi pengunjung yang ingin berkelah. Ramai pelancong luar negara memilih untuk menginap di kawasan ini kerana terdapat banyak kedai makanan dan kedai cenderamata. Pasir putih yang sangat halus menjadi tarikan pengunjung. Pengunjung juga boleh menikmati makanan di kedai makan sambil melihat pemandangan laut yang cantik dan bunyi deruan ombak yang menenangkan. 

Mangrove Tour


Banyak pakej yang ditawarkan untuk Mangrove Tour. Pengunjung akan dibawa melawat Crocodile Cave, Bat Cave, Kilim Geopark Forest, dan merasai pengalaman memberi makan monyet dan melihat burung helang dengan lebih dekat. Sepanjang perjalanan menaiki bot, pengunjung akan melalui kawasan paya bakau. Pakej untuk Mangrove Tour ini berbeza mengikut masa yang pengunjung mahukan. Lebih lama masa yang diambil, lebih banyak tempat yang akan dikunjungi. Akhir sekali, pengunjung akan dibawa ke Floating Fish Restaurant untuk menikmati makanan laut yang segar.


Monkey Feeding


Tanjung Rhu

Image result for tanjung rhu langkawi

Tanjung Rhu merupakan kawasan pantai dengan air laut berwarna biru yang sangat cantik. Pengunjung boleh bermandi-manda di pantai ini. Pemandangannya pun sangat memukau.



Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

January 17, 2019

SEGMEN DROP YOUR LINK !


Klik banner !

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

HAVE FUN @ KL FOREST ECO PARK

Assalamualaikum & hai readers

Selepas makan dekat K Fry, kami bercadang nak pergi ke KL Forest Eco Park. Selepas solat kami terus gerak naik LRT turun dekat Masjid Jamek. Dari Masjid Jamek kami jalan kaki selama 15 minit untuk sampai sana. Memang penat yang sangat sangat sebab perut penuh lagi. I punya mengah tak payah cerita la. Berjalan sambil bawak perut yang penuh memang penat.

Kalau naik LRT, turun dekat Masjid Jamek, jalan kaki selama 15 minit, ataupun kalau taknak jalan kaki boleh naik grab je. Kalau grab rasanya mungkin dia turunkan dekat KL Tower.


Masuk sana free saja. Sampai je sana kena mendaki sampai la dekat menara. Menara tu kena naik tangga untuk sampai dekat jambatan. Jambatan tu yang akan lead kita sampai la dekat atas bukit. Sebenarnya, kalau tak naik jambatan tu, kita kena mendaki. Lebih baik naik jambatan, boleh tangkap gambar atau selfie dekat atas jambatan. Memang cantik ! Sesiapa yang gayat kalau boleh jangan naik sebab dia agak tinggi, tapi jambatan tu tak bahaya pun nak lalu.




I tak ingat kami ambik masa berapa lama nak sampai dekat puncak. Rasanya dalam 20-30 minit tambah dengan masa kami tangkap gambar. Sebenarnya, jambatan tu kalau kita naik dari bawah, dia menuju ke KL Tower. Kalau dari KL Tower, kita menurun. Lebih baik menaik daripada menurun sebab dekat bawah takde apa-apa pun.

Nak buat photoshoot dekat sini pun cantik. Kalau ibu bapa yang nak bawak anak-anak, rasanya boleh je sebab jambatan tu selamat tapi kena berhati-hati jugak. Untuk warga tua, I tak galakkan naik jambatan ni sebab banyak tangga.
Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

January 16, 2019

PERTAMA KALI MAKAN K FRY

Assalamualaikum & hai readers

Pertama kali makan K fry. I makan K fry dekat KLCC, kebetulan masa pergi tu memang tengah kosong sebab kami pergi awal nak elak lunch hour. Lunch hour memang beratur nak tunggu meja kosong je. Masa sampai tu kami disambut dengan meriah, semua jerit "Eoseo oseyo". Perkara tu biasa terjadi bila pergi restauran macam ni. Kalau dekat Boat Noodle semua sambut dengan "Sawadikap".


K fry semua orang tau yang menu dia makanan Korea, yang buat kedai ni lain daripada yang lain ialah pekerja tu masak or gaul makanan dekat meja kita. Itu kelebihan dia. Kuantiti setiap makanan pun banyak. Kalau satu makanan tu boleh makan dalam 2-3 orang.



Makanan yang kami order ialah Anchovies & Tuna, K'razy Spicy Cheesy Fried Chicken Bumbuk, K'fries Bulgogi Chicken dan Mango Bingsoo. Sesiapa yang suka makan pedas boleh cuba K'razy Spicy Cheesy Fried Chicken Bumbuk sebab dia agak pedas tapi tak pedas macam samyang la. Mango Bingsoo memang sedap. Dan kami cuma minum ais kosong saja.


Jujur I kata memang perut rasa nak meletup makan banyak sangat πŸ˜‚ Kami ada 4 orang tapi semua tak larat nak habiskan. I yang paling banyak makan sebab yang lain dah tak larat nak habiskan πŸ˜‚Padahal waitress tu dah cakap setiap satu makanan kuantiti dia banyak.

Sesiapa yang belum pernah makan K Fry, boleh la try.
Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

JANUARY 2019 - I AM BACK

Assalamualaikum & hai readers

Masih belum terlambat untuk I ucapkan HAPPY NEW YEAR !!!

Maaf sebab dah lama tak update. I baru je habis exam & sekarang tengah cuti sem ! In shaa Allah I akan rajin update blog ni sepanjang semester break. I akan share apa yang I buat sepanjang cuti ni. I ada sebulan je cuti & tak kerja pun sebab sekejap je cuti, plus my family nak pergi vacation (I will update soon!) Dalam negara saja 😊

Personal

I baru habis semester yang panjang dan agak berat. I rasa sem 3 ni agak penat, stress dan berat. Alhamdulillah my family and friends keep supporting me and always be my side every time I'm feeling down or so stressed out.

Sekarang ni masa I untuk relax, chill dekat rumah. But I hate being alone actually, it makes me stress. Glad to hear my friends just finished their examination and intern so we will meet up.

Music

Sekarang ni I tengah layan lagu EXO - Tempo, 24/7 and Love Shot.

Tempo muzik dia sangat best.
Favourite I buat masa ni adalah 24/7, vokal dorang memang best πŸ‘

Image result for Tempo

Love Shot pulak, choreography dorang sangat best & sexy. Kai memang nampak sexy dalam lagu. He's a great dancer.

Image result for love shot exo

Drama - Korea or Chinese

I nak korang recommend K-drama apa yang tengah hot sekarang. I taktau nak tengok yang mana sebab banyak πŸ˜‚ Lama sangat tak tengok K-drama.

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.