July 17, 2018

THE SILENT KILLER - NUR IZZAH HANI

Related image

SINOPSIS
Jumpa - gaduh
Lepak sama - gaduh
Study sama - gaduh

Tak tahu bila masanya terbit rasa yang satu itu.
Bila dekat, gaduh merajuk pukul sana pukul sini.
Bila jauh, ada yang merindu dan ada yang sampai masuk wad.

Pelik !

Tetapi Hani dan Irfan jenis sempoi. Bukan jenis touching tangkap leleh segala. Mereka ada cara mereka sendiri. Malah telepati yang kuat antara mereka, jarang ada pada yang lain. Tahu bila salah seorang dari mereka saling memerlukan. Tahu bilamasa mereka perlu bertindak. Tak perlu cara lisan, dengan hanya pandangan juga mampu menghantar mesej.

Bila Dark Knight dan Black Rose muncul, terlalu banyak rahsia yang tersembunyi sehinggakan Hani jadi keliru dengan Irfan. Dia benci bila Irfan terlalu berahsia dengannya sedangkan mereka sama-sama The Silent Killer.

GENRE
Aksi, romantis, remaja

-----
Hani dan Irfan, dua-dua hati kering dan prankster terhebat. Semua orang takut dengan mereka. Dua-dua otak geliga dan selalu berperang sebab jalan kerja add math & math tak sama tapi dapat jawapan sama. Sampai cikgu pun pening dengan perangai mereka.

Satu perkara yang ajaib adalah chemistry mereka berdua sangat kuat. Mereka sangat rapat sampai susah nak dipisahkan. Bergaduh teruk macam mana pun mereka tetap tak boleh dipisahkan. Sampai la mereka kahwin. Pelbagai cabaran dan dugaan yang mereka hadapi bersama-sama. Dugaan terbesar Irfan ketika Hani lupa ingatan.

Nur Izzah Hani, penulis muda yang berumur 19 tahun. Bermula dari Wattpad sehingga terbitnya sebuah novel pada tahun 2016.

Apa yang terlintas dalam otak I masa baca novel ni adalah Hlovate. Jalan cerita, gaya bahasa dan karakter pada watak tu lebih kurang sama macam novel Hlovate. Jalan cerita dia seronok and buat I rasa geram je bila baca 😂 Macam-macam perasaan yang kita akan rasa bila baca novel ni.

Novel ni banyak sangat pengajaran dan pendekatan Islam yang bagus. Dalam novel, kisah percintaan dengan pengajaran dan pendekatan yang diberi seimbang. Kisah percintaan pun bukan macam novel cinta biasa, ini kisah cinta yang halal. Selain tu, si penulis mengajar kita cara-cara yang lebih baik untuk berdakwah dan mendekati orang-orang yang sesat dari jalan Allah.

Apa yang bagus dalam novel ni, cara penulis nak sampaikan dakwah melalui cerita yang seronok untuk pembaca-pembaca baca. Tajuk novel memainkan peranan penting. Selain tu, cerita dia pun buat kita bersemangat nak study hard sebab dua watak utama dalam novel ni sangat bijak dan hebat.

Muka baik sesuci murni belum tentu ada hati yang baik dan muka yang jahat belum tentu juga punya hati yang jahat. Kadang-kadang kita salah menilai orang sekeliling kita, mana yang baik dan jahat. Manusia memang tak boleh nak elak untuk judge orang lain. Semua orang dilahirkan baik, cuma jalan kehidupan yang dia pilih tu menentukan masa depan.

"Jangan lemah kerana aku tiada, kuat kerana Allah sentiasa ada."
RATING
★★★★★

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

4 comments:

  1. wahhh kne cari buku ni..menarik

    ReplyDelete
  2. I dont usually read this kinda of genre. But I should try someday, synopsis macam best je.

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan..
    Wah.. review yang menarik.. Sha follow sini..

    ReplyDelete
  4. buku ni ad lgi ke?..sbb kt wattpad full version da unpublish *sedih TT

    ReplyDelete