Minggu kedua dah busy dengan assignment. Life degree dengan diploma berbeza ye cik nina. Diploma dulu boleh la nak lepak lepak sana sini, sekarang ni dah duk menghadap notes dengan assignments. Memandangkan ada cuti tiga hari minggu ni, I terus plan balik hari khamis (21/9) petang alang-alang kelas petang tu cancel. Haa sebab tu I boleh ber-blogging sekarang ni hehe 😄
-
Back to the topic, kenapa pilih Biology ?
Minggu lepas dan minggu ni soalan sama dari lecturer. Kenapa pilih Biology ? Kerja apa yang korang nak cari ?
Mula-mula, I pun macam 'Kenapa erk ?' Sebab dah dapat Biology. Haha jawapan yang tak menyakinkan. Masa I pilih course ni, memang course yang I nak sebab I nak cari kerja yang bukan kerja dalam office. I suka duduk dalam lab. Waktu study ni pun I lebih suka lab daripada belajar dalam kelas. I suka bau chemical, bau ubat 😂
I pilih Biology sebab suka belajar pasal badan manusia, environment dan flora & fauna. Kalau nak tau, I suka pergi Taman Botani. I selalu catit nama-nama pokok dan serangga yang ada. Kalau pergi zoo, I akan baca nama saintifik haiwan yang ada. I akan ambik masa agak lama untuk pusing satu taman ataupun zoo tu sebab nak baca info yang ada. Kalau pergi muzium lagi lama I bertapa dalam tu 😂
Masa sem 5 waktu diploma, kitorang ada satu subjek yang kena cari bunga/daun dan serangga untuk assignment. Kitorang kena cari nama-nama saintifik serangga dan bunga/daun tu. Memang stress tapi seronok.
Masa nak bagi serangga tu pengsan/mati memang rasa kesian, sampai tak sanggup tengok masa serangga tu kejang-kejang.
Bila fikir balik minat I dekat flora & fauna, I nak jadi sama ada Biologist, Botanist ataupun Zoologist. Apa yang 3 scientist ni buat ?
- Biologist - Study about life, humans, animals and bacteria.
- Botanist - Study about plants - from the smallest bacteria to the largest living things.
- Zoologist - Study about animals and their interaction with ecosystems.
Pernah jugak ada cita-cita nak ambik Forensik, tapi bila mengenangkan nak tengok darah pun takut inikan nak tengok mayat 😂 I suka benda yang ada kaitan dengan siasatan. Nak jadi CSI kononnya. I memang minat search terrifying facts, thriller dan kes pembunuhan, tapi sebenarnya I ni penakut 😂
Cita-cita nak jadi Doktor waktu zaman sekolah je, lepas tu tak minat sebab tak suka bedah-bedah ni. I punya curiosity level memang tinggi. Ada satu sem yang kitorang kena bedah tikus dan I curious gila apa yang ada dalam tikus tu sampai hancur tikus tu I kerjakan. Rasa berdosa pun ada 😅 Bedah cengkerik pun ada untuk tengok sperm, hancur jugak 😅
Itulah sebab I pilih Biology. Doakan Anina berjaya capai cita-citanya okay 😉