Pejam celik pejam celik dah masuk bulan September. Lagi beberapa bulan nak masuk 2018.
Congratulation
September 11, 2017 I'm officially a degree student. Ramai kawan-kawan sebaya dah masuk degree dulu, jeles tengok. I dapat sambung dalam Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi di UiTM Kuala Pilah. Universiti pertama I masuk waktu diploma sem satu sebelum dipindahkan ke universiti asal, UiTM Tapah. So, rasa excited tu kurang sikit sebab tau tempat dia macam mana 😂
Kali ni ibu dah warning awal-awal jangan leka kali ni. Takde nak enjoy sangat macam dulu 😅 Kalau memang dah tak boleh nak study sebab tepu otak baru la keluar pusing-pusing uni.
Kawan mesti la kena ada, tapi bukan untuk enjoy selalu. Dalam kelas mesti kita kena cari kawan untuk group assignment. Majoriti student dari UiTM Tapah, so ramai yang dah kenal. Senang sikit nak cari kawan. Harap-harap la dapat group yang bekerjasama dan tak lepas tangan. I tak sanggup hadap.
Kelengkapan bilik lebih baik daripada sebelum ni. Almari baju, meja belajar dan rak bawah katil semuanya baru. Muat untuk barang-barang I yang banyak ni.
Subjek-subjek pun dah daftar. Tengok jadual rasa nak nangis 😂 Kembali ke zaman kelas yang padat. Nak elak dapat kelas pukul 8 memang takde la sebab subjek banyak. Mungkin akan jarang sangat balik Gombak since tambang nak balik mahal 😖 Kat Tapah dulu dekat je ETS, tak sampai 5 minit dah sampai stesen.
Jadual Blogging
Memandang dah start busy dan I pun kurang masa untuk ber-blogging, Wifi dekat sini pun tak membantu sangat, jadi Sabtu dan Ahad saja I akan ber-blogging sebab data internet untuk weekend berlainan dengan weekdays. Mungkin I akan blogwalking guna phone saja.
Chaiyok nina !
No comments:
Post a Comment