September 08, 2017

SCHOOL 2017


No. of episodes : 16
Release date : July 17 to Sep 5, 2017
Genre : Comedy, Mystery, Romance, School, Youth
Casts : Kim Se Jeong, Kim Jung Hyun, Jang Dong Yoon, Han Sun Hwa, Han Joo Wan

SYNOPSIS
Ra Eun Ho is a cheerful student who has kept her place as rank six out of 280 students at her high school. She has a talent for drawing webtoons and dreams of dating the college boy she has a crush on. One day, while trying to find inspiration for her comics, she somehow is caught in the wrong place at the wrong time and gets marked as a delinquent student. This is only the start of her troubles.

------

Siapa pernah tengok School 2015 ? Kisah dua orang kembar yang terpisah, seorang dengan keluarga senang dan seorang lagi dengan keluarga susah. Seorang hati keras dan seorang lagi selalu dibuli.

Kali ni School 2017 menunjukkan bagaimana anak-anak orang kaya mampu tutup perbuatan nakal mereka dengan duit. Walaupun mereka punca masalah yang berlaku, tetapi mereka akan menuduh orang yang tak bersalah. Sebab apa ? Sebab orang yang bersalah itu miskin, tak pandai. Cikgu-cikgu lebih menyebelahi anak orang kaya kerana ibu bapa mereka merupakan orang kuat di sekolah itu.

Ra Eun Ho dan Hyun Tae Won dari keluarga yang berbeza. Keluarga Ra Eun Ho bukan keluarga yang kaya, tapi kehidupan mereka bahagia selalu. Hyun Tae Won pula dari keluarga yang kaya, tapi hubungannya dengan ayah dia tak sebaik Ra Eun Ho dan keluarganya. Ayahnya lebih mementingkan reputasinya sendiri daripada anak sendiri.

Ra Eun Ho dituduh sebagai Student X dan hampir dibuang sekolah, tetapi Student X telah menyelamatkannya. Korang boleh teka siapa Student X bila dah tengok cerita ni. Obvious sangat 😂

Hyun Tae Won merupakan anak salah seorang pengarah sekolah, dan juga pemilik sekolah itu. Dia mula rapat dengan Ra Eun Ho setelah Ra Eun Ho tau dia ialah Student X. Hubungan mereka semakin rapat dan Tae Won mulai suka pada Ra Eun Ho. Ra Eun Ho mampu mengubah sikap dingin Hyun Tae Won kepada kebudak-budakan. 


Song Dae Hwi pula merupakan sahabat lama Hyun Tae Won, mereka tak berkawan sejak kejadian yang terjadi kepada sahabat mereka, Joong Gi. Namun, dengan penumbuk mampu memulihkan hubungan dingin mereka. 

Ada orang tertentu sahaja yang tau Tae Won ni Student X dan mereka sangat memegang rahsia. Saling membantu antara satu sama lain.

Walaupun Tae Won ni marah sangat pada ayahnya, tapi dia sayang sangat ayahnya dan taknak kehilangan ayahnya. Disebabkan ini ayahnya mula berubah.



Hyun Tae Won dan Ra Eun Ho comel sangat 😍 Bila korang tengok drama, korang akan sengih je tengok dorang berdua. Comel ! 

Drama ni mengajar kita macam mana nak mempertahankan diri daripada terus dipersalahkan oleh pihak atasan. Mengajar kita bersatu untuk berani menegakkan kebenaran.
RATING
★★★★★

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

5 comments:

  1. school 2015 best, school 2017 best jugak! hehe taksabar tunggu school 2019 https://shafyqahazahar.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. school 2017 memang best and Tae won gan Eun ho sweet sangaat :D

    ReplyDelete
  3. saya memang suka ceta nie..terbaikk.. :)

    ReplyDelete
  4. school 2017 best!!! Ahhhh comel gila lepas dorang dah start couple. Hihi

    ReplyDelete
  5. Namun, dengan penumbuk mampu memulihkan hubungan dingin mereka.

    Aduh, lawak baca part ni. Tapi srs suka sgt watak Tae Won dalam cerita ni

    ReplyDelete