July 04, 2017

JUNE WRAP UP


Puasa + Raya. Selamat Hari Raya 😊 Seronok tak raya tahun ni ? Puasa penuh tak ? 😏😂 


1. BAJU


My outfit for first day of raya 2017, Maroon #TeamMaroon. Tahun ni kitorang beraya dekat Muar, Johor. Kampung ayah. Macam biasa malam raya kami takbir raya ramai-ramai, tapi tahun ni kitorang buat tahlil sekali untuk arwah atuk, pakcik makcik dan yang penting arwah Paksu, adik ayah.



Ni baju raya ketiga 😂 Okay kitorang dah habis beraya dekat kampung, so raya ketiga kitorang singgah satu malam dekat A Famosa sebelum balik Gombak.


2. BEG


Disebabkan tahun ni I kena tolong ibu buat kuih semprit yang beratus tu, ibu belanja satu beg hehe 😁 Actually I tak mintak, ibu yang offer. Orang dah offer kita ambik je la haha. Lagipun I memang nak beg sandang. Senang nak bawak barang banyak.



3. BEAUTY


Sekarang cuaca panas and kulit muka pun cepat kering. So I beli face masks dengan lip ice. 
Korang boleh suggestkan face mask apa yang lagi okay or favourite korang ?


4. STUFFS


I got a new earphone. Dua keychain dari A Famosa, satu untuk diri sendiri dan satu lagi untuk bae 💕

5. MUSIC

As If It's Your Last by BlackPink

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

2 comments: