July 16, 2017

A GREAT DAY WITH MY GIRLS


Hello readers 😊 Rabu, July 12, 2017 kitorang plan nak keluar. Mula-mula ada 9 orang, tapi jadi 5 😂 Ada yang ada hal, ada yang demam, ada yang senyap 😒 Tapi takpe la kita hanya mampu merancang. So, kitorang decide nak pergi Berjaya Times Square nak window shopping. Naik LRT ke sana, jauh jugak. 

Benda yang kelakar, kasut Ili tercabut dan Ila punya baju basah. First, kasut Ili tercabut lepas dia kata " Harini aku pakai kasut tinggi. " Tetiba kasut hilang sebelah 😂 Kitorang punya gelak tak boleh cover. Dah macam budak sekolah je tengok. Second, baju Ila basah time tangkap gambar. Ada satu kolam hiasan, Ila dengan Nifah nak bergambar so dorang duduk la dekat tepi kolam. Baju belakang Ila labuh and dah berenang-renang dalam air 😂 Kelam kabut masa tu. Terus cari toilet nak keringkan baju 😂


Sampai je TS, nak makan dulu. Memasing dah kelaparan. Memandangkan Ili, Ila dan Nifah tak pernah makan Boat Noodle, kitorang bawak dia. Habis licin 😂


Lepas tu, kita ke Superbowl Times Square. I pun dah lama gila tak main bowling. Dulu setiap minggu main, sebab minat kan. Dan I kalah 😂 Tak champion dah sekarang. Skill semua dah hilang entah ke mana. Bila dah lama tak main, tangan pun lenguh lenguh.


Lepas ni kena start balik main bowling. Rasa macam dah terkeluar dari dunia sendiri 😂 Tapi dulu main untuk lawan, sekarang main suka suki lantak la longkang ke apa main campak je haha.


Dah lepas gian main bowling, kitorang bershopping la. Asalnya nak window shopping je, tapi ter'shopping' pulak 😂 I teringin nak pakai seluar yang macam palazo or yang cecantik tu, asalkan bukan jeans. Bosan asyik jeans. Sekarang nak elak pakai jeans, pakai skirt je. Kat sana banyak seluar yang cecantik tu, nak borong takde duit 😂 satu je la mampu. Lagi I beli jaket, I memang suka jaket, sweater and hoodie. And then I beli Cushion Foundation by L'OREAL Paris. 

Okay stop. stop ! Sebelum melayang duit, baik stop. Hahaha. Itu je la aktiviti kitorang. Thanks for reading.


Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

3 comments:

  1. hehehe susah istilah window shopping.. mesti akan tershopping jugak hehehe..

    ReplyDelete
  2. Alaaaaa kesiannya kawan yang baju masuk dalam kolam tu, I feel you :')

    ReplyDelete
  3. Wah tempat mama berdaring masa bercinta dulu hahaha

    ReplyDelete