February 21, 2020

IZ'ONE DAH BUAT COMEBACK ! BLOOM'IZ


Assalamualaikum.

IZ’ONE IS BACK!

I dah lama tunggu IZ’ONE keluar album baru. Selepas pembubaran X1 (Produce X 101) disebabkan manipulasi markah, I takut kalau IZ’ONE batalkan comeback mereka. Teaser lagu BLOOM’IZ keluar sebelum timbulnya isu manipulasi markah, jadi WIZ’ONE dah tak sabar nak tengok IZ’ONE buat comeback. Tiba-tiba kes itu timbul dan comeback IZ’ONE terpaksa ditunda. 

Image result for bloom'iz i am

Dan akhirnya pada 17 February 2020, BLOOM’IZ keluar dan IZ’ONE masih meneruskan kontrak mereka. 

BLOOM'IZ adalah album studio pertama yang dikeluarkan oleh IZ'ONE, satu kumpulan yang menggabungkan dua negara iaitu Korea dan Jepun melalui survival show, Produce 48. Album ini mempunyai 12 buah lagu dan Fiesta merupakan lagu utama. 

BLOOM'IZ telah mencatat rekod baru jualan album paling banyak dalam masa seminggu iaitu 175 249 copies.

Image result for bloom'iz

BLOOM'IZ tracklist

- Eyes
- Fiesta
- Dreamlike
- Ayayaya
- So Curious
- Spaceship
- You & I
- Daydream
- Pink Blusher
- Open Your Eyes
- Destiny
- Someday

Untuk pengetahuan semua, beberapa daripada mereka juga terlibat dalam penghasilan lirik.
Jo Yu Ri (vokal utama) menulis sepenuhnya lirik lagu Someday.
Jang Won Young (juara dan center) adalah salah seorang penulis lirik lagu Dreamlike.
Kwon Eun Bi (ketua kumpulan) merupakan salah seorang penulis lirik untuk lagu Spaceship.
Kim Min Ju (visual) salah seorang penulis lirik lagu You & I.
Dan my favorite is Someday and Eyes. 

Image result for bloom'iz

BLOOM'IZ album ada tiga version iaitu I WAS, I AM and I WILL.

Bawah ni merupakan muzik video lagu Fiesta - IZ'ONE.




Disclaimer : Semua gambar diambil di Google dan video dari Youtube Channel Stone Music Entertainment.

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

February 18, 2020

YOUTUBE : A DAY IN MY LIFE


Lagi beberapa hari saja I akan masuk new semester (final semester). Semester akhir yang agak mencabar sebab nak buat FYP. Semoga semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah result I baik dan dapat duduk kolej, tak perlu cari rumah sewa yuhuu !

Enjoy the video 😄

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

February 11, 2020

ANOMALI BY SYAFIQ AIZAT


ANOMALI
SINOPSIS
Ini kisah tiga orang manusia;
Seorang boleh baca fikiran.
Seorang pernah menewaskan Krampus.
Dan seorang lagi pernah berdepan dengan beberapa entiti dari alam lain.
Mereka, dan beberapa orang lain harus bersatu untuk menyiasat satu kejadian anomali, yang lebih aneh daripada kejadian-kejadian yang pernah mereka hadapi sebelum ini: kemunculan sejenis entiti yang boleh mengawal dan menjatuhkan hukuman kepada manusia, dan mengaku dirinya sebagai Tuhan.
Sekali lagi Fa’iq kena selamatkan orang, Dani perlu menyiasat, dan Iskandar harus berhadapan dengan entiti baru.
Namun… Adakah ‘sekali lagi’ itu akan menjadi kali terakhir buat mereka?

GENRE
Misteri, persahabatan, remaja

-----

Ceritanya bermula bila satu Malaysia kecoh dengan kehadiran Tuhan Palsu yang menyebabkan banyak manusia berdosa koma akibat dihukum. Fa'iq ialah seorang remaja yang mempunyai kelebihan deria keenam iaitu mampu membaca fikiran manusia. Dani ialah seorang remaja yang berjaya menangkap Krampus. Iskandar ialah seorang remaja yang boleh melihat benda ghaib.

Mereka perlu menyelesaikan masalah yang berlaku dan mencari siapa dalam disebalik Tuhan Palsu. Mereka menggunakan kelebihan yang ada untuk mencari Tuhan Palsu. Iskandar mula mendapat polaroid-polaroid yang merupakan kuasa ajaib yang dia dapat. Dengan polaroid-polaroid itu, Iskandar paling hebat di antara mereka semua.

Dia dapat membantu kawan-kawan dia yang mempunyai kelebihan yang terhad seperti deria keenam. Dia dapat masuk ke mata Kebenaran dan meminta bantuannya untuk membunuh Tuhan Palsu.

Novel ni adalah gabungan watak-watak dari novel yang berbeza. Novel ni tak berat sangat, cuma lebih kepada magic. I tak sangka penulis dapat idea yang hebat untuk tulis novel ni. Jalan cerita yang diluar batas pemikiran manusia tentang alam. Logik tak logik! Walau bagaimanapun, ilmu manusia masih ada batasnya. Manusia tak boleh lawan ilmu Allah, kita tak nampak alam lain tapi kita tau ia wujud.

Penulis mempunyai idea untuk mewujudkan alam ghaib dan dunia magic. Tidak menggunakan nama-nama ghaib yang pelik, dan mudah disebut. Membuatkan pembaca terbayang tentang situasi yang sedang diterangkan, terutamanya ketika mereka berlawan dengan Tuhan Palsu. Kewujudan Tuhan Palsu ni membuatkan manusia dalam ketakutan, dan mula menjalankan ibadah kerana takut dihukum. Ini baru hukuman dunia semua dah ketakutan, belum lagi hukuman di akhirat.

Pembaca kena hayati betul-betul jalan cerita novel ni supaya lebih faham. Peka dengan setiap bab sebab setiap bab watak yang berbeza.

Siapa agaknya Tuhan Palsu ni? Manusia atau hantu?

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

February 08, 2020

NIKINA BY NADIA KHAN

Image result for nikina fixi

SINOPSIS
“Apa main gabung-gabung nama macam ni? Kamu tahu tak, ini dikira zina nama! Haram buat macam ni!”
Ustazah Suhaila menempik di dalam kelas ketika ternampak Kina sedang khayal menulis namanya dan nama Nik berulang-ulang dalam pelbagai corak di atas kertas contengan – NIKINA, NIKINA, NIKINA...
Kata orang cinta monyet takkan berkekalan. Tapi bagaimana kalau cinta monyet kita berjaya berevolusi menjadi cinta manusia?

GENRE
Umum, Romantis

-----

NIKINA adalah gabungan dua nama iaitu Nik dan Kina. Nik dan Kina bercinta sejak sekolah, mereka mengambil keputusan untuk kahwin di Siam selepas habis sekolah. Dalam alam perkahwinan ada pasang dan surut, suatu hari Kina melarikan diri daripada Nik, selepas kematian anak mereka.

Selepas hampir 5 tahun berpisah, mereka ditakdirkan berjumpa. Mereka masih suami isteri, Nik sentiasa bagi nafkah dan Kina tak pernah tuntut cerai. Perjumpaan ini ibarat 'Kalau jodoh, lari jauh mana sekali dia datang balik'. Cinta mereka mula berputik kembali. 

Siapa kata cinta monyet tak boleh berubah jadi cinta sejati.

Apa yang dah terjadi pada anak mereka? Siapa Sara?

Novel percintaan yang tak cliche. Penggunaan bahasa dan ayat yang baik dan tak berlebihan. Nadia Khan pandai menarik minat pembaca tanpa menggunakan bahasa puitis seperti novel-novel cinta. Walaupun jalan ceritanya santai, rahsia yang disimpan oleh Nik dan Kina mengenai anak mereka yang membuatkan pembaca tertanya-tanya apa yang terjadi dan siapa Sara yang sebenar.

Selalunya cerita percintaan ada orang ketiga, tapi untuk cerita ni tiada orang ketiga. Jalan cerita hanya tertumpu pada kisah hidup Nik dan Kina. Bukan tipikal novel cinta yang mempunyai watak perempuan yang baik dan sopan bersama lelaki kaya. Ini novel cinta di mana Kina seorang anak daripada keluarga kaya yang sanggup tinggalkan semua harta demi Nik. Sehinggalah Kina dah ada career sendiri. 

Ini novel pertama I beli yang tak berat jalan cerita dia. I recommend semua novel Nadia Khan.

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.