Assalamualaikum & hai readers π
Pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun 2018 dan final exam pun dah nak dekat. Bila dah nak habis sem ni, kepala otak pun makin serabut dengan test dan assignment yang baru dapat *haih* Bila dah stress, kitorang cuma nak enjoy untuk hilangkan serabut.
Memandangkan minggu ni banyak sangat event dekat uni sampai taktau nak pergi event yang mana satu. Kitorang mesti la nak join sebab dapat kupon untuk dapat kolej next sem π
7 December 2017 - Neon Night Run
Event yang keluarkan peluh. Berlari satu uni. Kitorang pun dia bagi glow stick. Memang cantik bila tengok memasing dengan glow stick and ada jugak yang letak losyen yang glow kat muka.
Actually, sebelum start event, hujan lebat sangat. Jalan basah. Hujan reda dalam pukul 8.45 dan event start pukul 9.15. Hujan renyai je masa tu tapi still boleh buat kitorang basah dan kesejukan. Tambah pulak dorang pasang lagu best, kitorang bersuka ria menari sambil simbah air π
8 December 2017 - Movie Night
Kali ni tak keluarkan peluh. Event ni dia relax sambil tengok movie The Pursuit of Happyness. Kalau sesiapa nak bawak selimut dengan bantal pun boleh. Event ni pun dia sediakan glow stick.
Jadi, dua malam kitorang dipenuhi dengan event dan glow stick. Seronok ! Dapat spend time masa dengan kawan-kawan, Walaupun jadual kitorang untuk bulan ni agak busy, takpe la nak release stress π
Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.