February 08, 2018

I'M NOT A ROBOT (ROBOTI ANIYA)

Image result for i'm not a robot korean drama poster

No. of Episodes : 16
Release date : 6 December 2017 - 25 January 2018
Genre : Romance, Sci-fi
Casts : Yoo Sung Ho, Chae Soo Bin
Rating : ★★★★★

SYNOPSIS
Kim Min Gyu has wealth and success, but lives an isolated life due to his allergy of people. He then meets and falls in love with a girl who is pretending to be a robot for her ex-boyfriend, a genius robots professor.

-----

Mula-mula tengok I confuse jugak, dia ni robot ke manusia. Rupanya robot tu serupa dengan muka dia. Chae Soo Bin punya muka macam anak patung memang kena dengan watak robot dalam cerita ni, dah la lawa. Sebelum ni selalu tengok dia berlakon dalam historical drama je. Bila tengok dia berlakon cerita ni, comel la pulak 😍 Yoo Sung Ho sangat sangat handsome sampai cair tengok dia 😍 Mereka berdua kalau real life couple nampak sepadan. 

Related image

Okay, cerita ni mengisahkan Ji A yang terpaksa jadi robot untuk bantu ex-boyfriend dia sebab Aji 3 rosak. Sepanjang nak repair balik Aji 3, Ji A kena jadi robot untuk Min Kyu. Min Kyu ni pulak orang kaya dan dia allergic dengan manusia. I tak pernah dengar penyakit ni, tapi dalam cerita ni penyakit tu wujud. Bila pesakit tu sentuh orang, badan dia akan bengkak dan merah-merah sampai boleh bawa maut. So, Min Kyu ni hidup dia dipenuhi dengan robot. Aji 3 pun sebenarnya ramai yang rebut untuk jadi master dia. Robot serupa manusia, bijak, boleh buat macam-macam kerja siapa yang taknak.

Image result for i'm not a robot korean drama

Tapi, penyakit dia boleh cure bila dia tengok dan bersama dengan perempuan yang dia sayang. Kira macam jodoh la. 

Drama ni best ! Kelakar ada, sedih ada, patah hati pun ada. Sedih dekat part yang Min Kyu dah tahu Ji A ni berlakon jadi robot dia selama ni, sebab Min Kyu ni rasa diri dia bodoh bila kena tipu dengan orang sekeliling dia. Yela, Min Kyu ni ingatkan dia dah gila sebab fall in love dengan robot.

I recommend korang untuk tengok cerita ni. Haa cerita dia lebih kurang Strong Woman Do Bong Soon. Cerita dia pun agak cliche, sesiapa yang memang suka tengok kdrama mesti faham 😂 But I prefer kdrama than Malay drama.

Image result for i'm not a robot korean drama

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

February 07, 2018

GANTUNG 2 BY NADIA KHAN

GANTUNG: 2

SINOPSIS
Sambungan novel bestseller GANTUNG. 
Dia membuka nota tu dan menunjukkannya pada Gibbs; KJ turut menjenguk.
“What does this mean?” tanya Gibbs.

“Tak tahu. Mungkin... apa yang aku pernah buat kat sekolah?”

“Seriously, Ray... takkan kau rasa ni ada kena-mengena dengan sekolah?”

“Melainkan kau ada buat benda lain yang kitorang tak tahu,” sampuk KJ.

Kalau bukan tu, aku kena mengaku semua kesalahan aku. Kesalahan yang mungkin aku buat secara tak sengaja atau di bawah sedar. Kesalahan yang aku buat lepas dah tinggalkan SMCGT – dan aku jadi manusia heartless yang tak lagi korang kenal...  

GENRE
Seram, persahabatan

-----

Novel ni lebih mengisahkan tentang hidup Khalil/Ray, sebab dia je hidup. Dia mengalami depress selepas kawan-kawannya mati di depan mata dia sendiri. Dia seorang director terkenal dan agak menjengkelkan bagi pelakon-pelakon. One day, dia kenal culik dengan seorang lelaki yang dia tak kenal, tetapi lelaki tu kenal dia sebab lelaki tu rasa Khalil punca adiknya, Mika, mati. Mika seorang stuntman yang dah nak bersara tetapi terima tawaran Khalil sebab dia minat sangat dengan Khalil. Disebabkan kematian Mika, lelaki tu depress dan sakit hati tengok kehidupan Khalil yang tenang. Khalil pula masih ditemani oleh roh kawan-kawannya. 

Pada I, cerita dia biasa je, mungkin expectation I tinggi sebab novel pertama seronok. Kali ni dia lebih kepada kisah hidup Khalil. Persahabatan mereka sangat kuat. The Musketeers. 

Khalil ni sebenarnya tak boleh move on sebab kawan-kawan dia mati, sebab tu la roh kawan-kawan dia masih bersamanya. Masa dia kena culik, penculik tu buat dia sedar tentang kehadiran roh kawan-kawannya tu cuma menyeksa kawan-kawannya sendiri. Kehadiran lembaga yang menyerupai Troll pun buat dia sedar yang dia kena move on dan lepaskan kawan-kawannya. Walaupun dia selesa dan happy bila kawan-kawannya ada, dia tetap kena lepaskan roh mereka supaya mereka tenang.

RATING
★★★ (3.5)

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.