January 25, 2018

NET I DIE (THAI)


Release date : 17 August 2017
Genre : Horror, Thriller
Cast : Kachai Pich, Klai-Udom Sarantorn, Chicha Amatayakul, Patara Eksangkul

SYNOPSIS
One year has passed since the death of national idol, Monica. Video of her death has shaken the social media. Multiple hashtags bearing the name of other idols start appearing online, one of them is a popular cosmetic brand reviewer. However, people around the reviewer start dying one by one and her boyfriend start investigating why.

MY REVIEW
Jalan cerita dia biasa saja tapi rasa seram dan meremang sangat luar biasa. Selalunya I tak tutup mata bila tengok cerita hantu dekat wayang tapi cerita ni memang I tutup mata dari awal sampai habis. Kawan I pulak dah bising nak keluar dari pawagam 😂

Mula-mula cerita dah ada scene kena kacau dan bunuh. Cerita ni 18 tahun ke atas saja boleh tengok sebab ada scene yang agak tak elok untuk ditonton bagi budak bawah umur. Pertama, sebab dia agak thriller yang buat rasa kita meremang. Kedua, ada scene yang tak berapa elok. I pun tak tau yang cerita ni tak ditapis. Ada scene yang buat I hampir terkeluar isi perut, scene hantu tu muntahkan darah dekat muka ex boyfriend dia.

Cerita dia mengisahkan Monica yang dah mati tapi selalu kacau dan bunuh orang tertentu. Dia mati sebab dia depress dengan muka dia yang dah tak lawa. Dalam social media dia, dia tag nama-nama orang tertentu dekat video dia bunuh diri dan orang-orang yang ditag tu akan mati.

Punca dia mati dan kacau orang, sebab perempuan yang dalam poster tu. Kenapa ? Sebab product perempuan tu.

Cerita dia memang banyak gila terkejut dan sound effect dia kuat sangat sampai sakit telinga. Kalau korang tengok, jangan fobia nak main fb ke instagram ke nanti tau hehe 😁

RATING
Story line
★★★

Seram
★★★★★

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

1 comment:

  1. alamak citerrr antuuu.. memang dok tengokla. jantung is tak kuat hehehe..

    ada GA sedang berlangsung di blog CT. jemput join kalau sudi
    http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2018/01/giveaway-souvenirs-pulau-jeju-by.html

    ReplyDelete