Assalamualaikum & hai readers 😊
Agak lama jugak I tak update blog. Tak sempat nak buka blog sebab duk menghadap segala assignments, lab reports dan test/quiz. I rasa dah macam zombi, tapi takde la sampai nak mintak otak walaupun kekadang nak pinjam otak orang sebab otak sendiri dah tak mampu bekerja. Nasib baik lecturer memahami situasi student dia.
Barulah I faham hidup degree tak macam diploma yang ada masa lagi nak berjimba. Belum rasa master dengan phd lagi ni, mesti lagi haru hidup. Nama pun belajar kan. Apa-apa pun balik pada Allah, kalau kita jaga hubungan dengan Allah, in shaa Allah semua dipermudahkan.
Walaupun banyak kerja tapi I mampu siapkan kerja tepat pada tarikh yang ditetapkan. Taknak la sis kena potong markah, habis carrymarks iolss. Alhamdulillah groupmates pun buat kerja dengan perfect dan tak banyak merungut. Hadap je 😂
Caranya I bahagi masa
1.
Planning. Majoriti student ada planner/journal/bullet journal untuk mereka manage time. Lebih memudahkan kita buat kerja ikut waktu yang ditetapkan. Lagi-lagi bila busy training atau perjumpaan/event, mesti masa kita terganggu sikit. I selalu akan tengok dulu event apa yang I nak pergi, then catat dalam bullet journal. So, masa study dengan social life terbahagi.
2.
Bangun pagi. Kekadang I bangun dalam pukul 3.30 pagi kalau esoknya ada test/quiz. Itu pun susah jugak nak buka mata tengok nota. Gagahkan jugak la. At least I ada roommate yang boleh teman study pepagi, selalunya kitorang yang set nak bangun pukul berapa. Make sure korang tidur secukupnya sebelum nak bangun pagi supaya kat kelas esok tak mengantuk.
3.
Set date untuk kumpulkan lab reports & assignments. Lab reports memang kena hantar tepat pada masanya kalau taknak kena potong markah. Kitorang dah ada tugas sendiri untuk setiap lab reports. So, kena la hantar email dekat orang yang tukang kumpul pada masa yang ditetapkan supaya senang dia nak susun, edit dan print.
Itulah cara I manage masa I supaya takde la buat kerja last minute. Korang pulak, apa cara korang bahagi masa untuk study dan life korang ?
Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.