SINOPSIS
Novel kedua oleh penulis novel bestseller KELABU.
"Musketeer Code - no all for one, just one for all."
Gibbs, Ray, KJ dan Troll – sekumpulan pelajar lelaki paling popular dan paling akrab di sebuah sekolah asrama elit. Mereka berempat mencipta Musketeer Code - peraturan yang tidak membenarkan sesiapa antara mereka mempunyai steady girlfriend, tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan untuk dikongsi oleh semua.
Sehinggalah peraturan itu dilanggar... dan seorang awek psiko mencetuskan tragedi yang bakal menghantui hidup mereka semua. Kemudian —
GENRE
Seram, remaja, mindfuck, cinta, persahabatan, gender
-----
Siapa yang dah baca novel ni mesti setuju dengan I yang cerita dia best !
Memang mindfuck. Korang kena baca dari
awal sampai habis dan tak boleh skip cerita sebab nanti jadi confuse. I memang suka skip baca part-part yang tak best lagi-lagi kalau novel cinta, banyak yang skip 😂 Novel fixi memang susah nak skip part sebab setiap part ada something yang kena tau.
Cerita Gantung ni pula ada
dua cerita dalam satu novel, maksud I bukan ada Part 1 dan Part 2. Setiap bab ada diselang-seli dengan cerita mereka waktu sekolah dan cerita mereka selepas 10 tahun.
Macam biasa cerita tentang remaja zaman sekarang yang lebih cenderung kepada
aktiviti yang tak bermoral. Walaupun pembaca akan rasa macam sweet je mereka ni, tapi kita kena ingat yang mereka tengah buat dosa besar.
Pembaca matang sahaja yang boleh baca.
Gibbs, Ray, KJ dan Troll akan berkongsi perempuan yang sama dan perempuan-perempuan tu memang merelakan diri mereka untuk dikongsi asalkan boleh bersama mereka berempat. Sehinggalah Gibbs
mula bercinta dengan
Fara dan dia taknak berkongsi dengan kawan-kawannya. Dia langgar peraturan, tapi kawan-kawannya tak kisah sebab mereka tahu Gibbs memang dah lama sukakan Fara.
Deepa, perempuan psiko yang bunuh diri sebab mungkin tak dapat terima yang dia di-prank dan dipermalukan oleh KJ dan Troll di bilik mereka. Deepa suka sangat dengan Gibbs sampai sanggup serah diri kepada mereka berempat.
Cerita
10 tahun kemudian, Ray cuba memberitahu Gibbs dan KJ yang mereka dah mati melalui pementasan teater. Kenapa mereka mati ? Sebab
dendam. Cuma Ray saja yang terselamat, sambungannya di Gantung 2. I belum baca lagi memandangkan minggu kedua pun dah busy dengan assignment dan nak kurangkan rasa takut lepas macam-macam cerita I dah dengar dekat hostel tu.
RATING
★★★★★
Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.