January 14, 2021

2021



Assalamualaikum.

Dah lama rasanya I tak ber-blogging. I memang tak konsisten untuk ber-blogging sebab I takde semangat dan idea yang menarik untuk post dalam blog ini. Tapi rasa sayang nak padam blog ini sebab banyak jugak yang I kongsi dalam blog ini.

I kehilangan idea untuk buat konten yang menarik dalam blog ini. Mungkin I perlu fikirkan konten apa yang menarik untuk I kongsikan dalam blog ini. Ataupun I patut padam blog ini. I akan fikirkan dulu.

Untuk post kali ni, I nak kongsikan beberapa perkara yang berlaku sepanjang 2020.

Kita semua tahu dan sedar pasal Covid19 yang makin meningkat dekat Malaysia dan juga negara lain. Sebelum datangnya 2020, semua orang menantikan tahun 2020 memberi sejarah dan kenangan yang indah buat kita. Tetapi sejarah telah tercipta dan akan diingat sampai bila-bila. Kita boleh bercerita dengan generasi akan datang tentang kepayahan hidup kita dalam menangani Covid19. Memang kenangan yang tak dapat dilupakan. Hampir setahun kita habiskan masa di rumah. Ada yang hilang pendapatan, ada yang kehilangan keluarga.

Tahun 2020 jugak merupakan tahun yang perit bagi I. I kehilangan seorang insan yang sangat kitorang sayangi iaitu Paklong. Takde lagi pelawak dan penghibur kitorang di kampung. Takde lagi satu-satunya paklong yang I ada. Kehilangan yang sangat terasa.

Alhamdulillah tahun 2020 jugak adalah tahun I habis degree. Kitorang merupakan batch pertama yang hadap online learning. Memang payah sebab masa tu semuanya sangat tiba-tiba dan kitorang takde preparation yang baik. Jadual belajar bertukar-tukar, assignment pun bertukar-tukar, FYP yang susah sebab tak boleh face-to-face dengan supervisor dan cara belajar yang susah. Tapi alhamdulillah kitorang lepas dan grad. Cuma terkilan sebab tak dapat spend time lebih dengan geng dan classmate dekat uni.

Untuk kali pertama I rasa interview kerja. I dapat kerja dekat Scicom KL sebagai Customer Service di bawah Shopee. Tapi sayangnya I terpaksa berhenti atas sebab-sebab tertentu. Mungkin takde rezeki I kerja dekat sana lama, tapi I suka environment kat sana. Kawan semua baik, bos pun baik. Takde stress sebab kawan sekerja, cuma stress sebab nak kena hadap customer. 

Okay itu saja yang I nak kongsikan untuk post kali ni. Jumpa lagi!

 


Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

August 26, 2020

MAGIC CAMP 2020

 Magic Camp (film) - Wikipedia

Release date : 14 August 2020

Genre : Fantasy, Comedy

Rating : ★★★★★


SYNOPSIS

A straight-laced banker returns to magic camp, which he attended years ago as a boy, to work as a compassionate and fun-loving counselor while also keeping his eye on winning first place in the upcoming Golden Wand competition.

-----

This is a cool movie. Movie ini menceritakan seorang remaja lelaki bernama Theo yang mempunyai bakat dalam bermain silap mata pergi ke satu kem magis atau Magic Camp untuk mengembangkan bakatnya. Pada asalnya dia taknak pergi kerana dia hampir putus asa selepas kematian ayahnya. Tanpa dia sedar, orang yang sangat menyokong dia selama ini adalah ibunya sendiri. 

Family comedy 'Magic Camp' debuts on Disney+ - ABC7 Chicago

Andy dan Kristina merupakan pelatih di Magic Camp. Setiap remaja yang pergi ke Magic Camp ini mempunyai bakat yang luar biasa dalam silap mata. Theo yang hebat bermain kad sehingga membuatkan orang sekelilingnya terpaku. Nathan yang bijak dalam matematik sehingga mampu membuat magis hanya menggunakan nombor dan teka jumlah yang hanya boleh dikira menggunakan alat elektronik. Ruth yang hebat dalam mengendalikan haiwan. Dan ramai lagi.

Magic Camp - Plugged In

Di akhirnya cerita, mereka semua menunjukkan bakat mereka dalam pertandingan Golden Wand. Pelbagai magis dipersembahkan oleh remaja di Magic Camp itu. Dan semestinya, Theo telah menunjukkan satu magis yang sangat sangat membuat semua orang terpegun, tersentuh dan terharu. Namun, dia bukanlah pemenang untuk Golden Wand. Siapa pemenangnya? Kenalah tengok hehe.


Disclaimer : Semua gambar di atas adalah dari Google.


Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.