July 30, 2018

WHAT'S WRONG WITH SECRETARY KIM

Image result for what's wrong with secretary kim

No. of Episodes : 16
Release date : June 6 - July 26, 2018
Genre : Business, romance
Casts : Park Seo Joon, Park Min Young
Rating : ★★★★

SYNOPSIS
What's Wrong With Secretary Kim revolves around the narcissistic Lee Young Joon, the vice president of a company run by his family. He is very self absorbed and thinks highly of himself, so much so that he barely acknowledges the people around him. Lee Young Joon has a capable and patient secretary in Kim Mi So who has remained by his side and worked diligently for 9 years without any romantic involvement. But Mi So has grown tired of her frustrating boss so when she decides to resign from her job, hilarious misunderstandings ensue. After 9 years of their strictly-workplace relationship, can it now develop in something more? -Adapted from the novel "Kimbiseoga Wae Geureolgga" by Jung Kyung Yoon.

-----

Drama ni mengisahkan Young Joon, seorang CEO, dan Kim Mi So, setiausaha kepada Young Joon. Selepas 9 tahun bekerja, Kim Mi So bercadang untuk berhenti kerja dan fokus kepada kehidupannya. Young Joon yang berat hati untuk melepaskannya buat pelbagai cara untuk Kim Mi So ubah fikiran. Tanpa sedar, mereka berdua jatuh cinta.

Related image

Disebalik kisah cinta mereka, ada cerita misteri yang melibatkan kehidupan mereka ketika kecil. Rupanya mereka pernah berjumpa ketika kanak-kanak. Peristiwa hitam itu memberi impak yang kuat dan mereka mengalami trauma yang agak teruk. Kim Mi So pula cuba mencari budak lelaki yang pernah bersama-sama dengannya ketika diculik.

Hubungan Young Joon dan abangnya, Sung Yeon, pula agak dingin sejak kecil lagi selepas peristiwa hitam itu. Sung Yeon mengalami tekanan sebab perasaan rasa bersalahnya dan dia keliru dengan dirinya sendiri. Young Joon yang mengalami sendiri peristiwa hitam tu berasa marah terhadap abangnya. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk mengaku dia lupa ingatan demi kesihatan abangnya, dan menukar namanya daripada Sung Hyun kepada Young Joon supaya abangnya tak keliru.

Image result for what's wrong with secretary kim

Apa yang I belajar dari Kim Mi So ni, apa-apa pun yang berlaku, sentiasa tersenyum. I tak berapa suka sangat watak Park Seo Joon dalam drama ni sebab dia berlagak 😂 Macam tak kena je dengan dia. Park Min Young pula sangat sangat cantik dalam drama ni. Dia nampak lebih matang.

Drama ni tak berat sangat sebab dia bukan drama action ataupun thriller. Cuma disebabkan trauma si Young Joon ni kita akan rasa geram setiap kali mereka nak kiss 😂

Related image



P/S : Semua gambar di atas adalah gambar dari Google

July 25, 2018

PERMATA - NUR IZZAH HANI

Image result for permata nur izzah hani

SINOPSIS

Daripada filem aksi romantik ala islamik, dunia Irfan dan Hani kni berubah menjadi drama bersiri kekeluargaan apabila hadirnya permata dalam hidup mereka yang mempunyai pelbagai kerenah tersendiri.

Ahmad Furqan; si sulung yang mempunyai emosi komplex.

Aqil dan Aqilah; kembar double trouble yang paling adorable.

Mampukah si brutal muslimah Hani menjadi mama yang baik ?

Terdayakah Irfan melaksanakan tugas sebagai papa dengan sempurna ?

"Jaga anak lebih susah daripada matikan bom jangka!"

GENRE
Islamik, kekeluargaan, romantis

-----
I sangat kagum dengan cara penulisan Nur Izzah Hani ni. Tahap pemikiran yang luar biasa. Bijak. Cara penceritaan yang menarik. 

Ini adalah sambungan untuk novel The Silent Killer. Untuk kisah kali ni, tak banyak aksi macam dalam novel TSK. Lebih kepada menjaga keluarga tercinta. Cara-cara menjaga dan mengenali diri anak-anak.

Ceritanya bermula dengan Furqan yang mempunyai masalah minda, dia agak lembab dalam pelajaran tetapi sebenarnya seorang yang genius. Dia mempunyai dyslexia semasa kecil kerana dia ada rasa rendah diri dan sensitif. Dia jadi macam ni sebab ibu bapanya mengabaikannya dan lebihkan perhatian kepada si kembar. Namun, dia seorang anak yang baik dan menjadi pelindung kepada keluarganya. Bila besar, dia menjadi seperti papa dan mama dia yang sangat genius dan bagus segala benda.

Kisah ni mengajar ibu bapa supaya lebih peka kepada kesihatan anak-anak. Kena lebih mendalami jiwa seorang kanak-kanak yang perlukan perhatian. Kadang-kadang ibu bapa sendiri tak nampak perubahan pada diri anak mereka. Kadang-kadang orang lain lebih mengenali si anak. Mungkin sebab ibu bapa yang terlalu sibuk. Ibu bapa pun main peranan mendidik anak-anak dengan ajaran Islam supaya mereka tahu baik dan buruk.

I macam nak buat karangan SPM dah rasanya 😂 I recommend novel ni sebab banyak pengajaran yang kita dapat dari novel. Kisah cinta dengan pendekatan Islam yang seimbang. Sesuai untuk semua kecuali yang bawah 13.
RATING
★★★★★

July 17, 2018

THE SILENT KILLER - NUR IZZAH HANI

Related image

SINOPSIS
Jumpa - gaduh
Lepak sama - gaduh
Study sama - gaduh

Tak tahu bila masanya terbit rasa yang satu itu.
Bila dekat, gaduh merajuk pukul sana pukul sini.
Bila jauh, ada yang merindu dan ada yang sampai masuk wad.

Pelik !

Tetapi Hani dan Irfan jenis sempoi. Bukan jenis touching tangkap leleh segala. Mereka ada cara mereka sendiri. Malah telepati yang kuat antara mereka, jarang ada pada yang lain. Tahu bila salah seorang dari mereka saling memerlukan. Tahu bilamasa mereka perlu bertindak. Tak perlu cara lisan, dengan hanya pandangan juga mampu menghantar mesej.

Bila Dark Knight dan Black Rose muncul, terlalu banyak rahsia yang tersembunyi sehinggakan Hani jadi keliru dengan Irfan. Dia benci bila Irfan terlalu berahsia dengannya sedangkan mereka sama-sama The Silent Killer.

GENRE
Aksi, romantis, remaja

-----
Hani dan Irfan, dua-dua hati kering dan prankster terhebat. Semua orang takut dengan mereka. Dua-dua otak geliga dan selalu berperang sebab jalan kerja add math & math tak sama tapi dapat jawapan sama. Sampai cikgu pun pening dengan perangai mereka.

Satu perkara yang ajaib adalah chemistry mereka berdua sangat kuat. Mereka sangat rapat sampai susah nak dipisahkan. Bergaduh teruk macam mana pun mereka tetap tak boleh dipisahkan. Sampai la mereka kahwin. Pelbagai cabaran dan dugaan yang mereka hadapi bersama-sama. Dugaan terbesar Irfan ketika Hani lupa ingatan.

Nur Izzah Hani, penulis muda yang berumur 19 tahun. Bermula dari Wattpad sehingga terbitnya sebuah novel pada tahun 2016.

Apa yang terlintas dalam otak I masa baca novel ni adalah Hlovate. Jalan cerita, gaya bahasa dan karakter pada watak tu lebih kurang sama macam novel Hlovate. Jalan cerita dia seronok and buat I rasa geram je bila baca 😂 Macam-macam perasaan yang kita akan rasa bila baca novel ni.

Novel ni banyak sangat pengajaran dan pendekatan Islam yang bagus. Dalam novel, kisah percintaan dengan pengajaran dan pendekatan yang diberi seimbang. Kisah percintaan pun bukan macam novel cinta biasa, ini kisah cinta yang halal. Selain tu, si penulis mengajar kita cara-cara yang lebih baik untuk berdakwah dan mendekati orang-orang yang sesat dari jalan Allah.

Apa yang bagus dalam novel ni, cara penulis nak sampaikan dakwah melalui cerita yang seronok untuk pembaca-pembaca baca. Tajuk novel memainkan peranan penting. Selain tu, cerita dia pun buat kita bersemangat nak study hard sebab dua watak utama dalam novel ni sangat bijak dan hebat.

Muka baik sesuci murni belum tentu ada hati yang baik dan muka yang jahat belum tentu juga punya hati yang jahat. Kadang-kadang kita salah menilai orang sekeliling kita, mana yang baik dan jahat. Manusia memang tak boleh nak elak untuk judge orang lain. Semua orang dilahirkan baik, cuma jalan kehidupan yang dia pilih tu menentukan masa depan.

"Jangan lemah kerana aku tiada, kuat kerana Allah sentiasa ada."
RATING
★★★★★

July 14, 2018

LEXIS SUITES ROOM TOUR

Assalamualaikum & hye readers 😄

8 July haritu, I pergi ke Pulau Pinang untuk jemput my bro dari uitm sebab dah habis final. Ayah tiba-tiba ajak duduk satu malam dekat Lexis. Sampai Penang dah malam, check in terus. Kitorang dapat bilik Premium. Lexis Suites Penang ni tak macam Lexis dekat Port Dickson yang semua atas laut. Lexis dekat Penang ni duduk dekat building dan menghadap laut. Kolam pula agak besar. Bilik pun cantik 😍 I was amazed. 


Masuk je bilik kita terus nampak cabinet ni. Peti sejuk, cawan, gelas, water heater, nescafe dan teh ada di sini. Tempat kasut pun ada tapi dekat bahagian belakang I berdiri tu. Bertentangan dengan cabinet ni.


Dua katil bersaiz king. Boleh muat 4 orang kalau badan kecil.


Bertentangan dengan katil, ada TV. 


Sebelum kita terus masuk ke bahagian katil, kita akan nampak pintu sebelah kanan. Ini area basah, maksudnya toilet, bilik mandi semua dekat sini. Dalam wardrobe tu ada bathrobe, iron & board, penimbang dan tempat gantung baju.


Toilet dengan bilik mandi diasingkan.



Dalam bilik mandi, kita boleh pilih nak mandi dalam bath tub atau guna shower 😂


Di sebelah wardrobe tadi ada dua sinki ini. Quite big. Hair dryer disediakan. Soap, bath gel, shampoo, toothbrush, shaver dan towel ada di sini.



Dan KOLAM ! Kawasan kolam ni agak besar dan ada sauna, pintu kaca tu. Betul-betul menghadap laut.

Itu saja room tour kita. Korang boleh ajak family lepak sini. Buat trip dengan member tidur semalam kat sini pun seronok. Bila dengan member yang satu kepala memang la seronok ye dok.


July 12, 2018

"OVER MY SKIN" - Tiffany Young

Image result for tiffany young over my skin

Hello SONE !

I am back. Just finished my final exam.

Our Fany Fany Tiffany is back with her first english single, "Over My Skin". She came back with a fresh song. The lyrics and music sound more sexier and the song suits with her voice. Her vocal is so so amazing. I feel like this is the new Tiffany, not Tiffany of Girls' Generation anymore. No offense. I'm just saying that she is different in this song.

Tiffany is such a hardworking and strong person. After leaving Girls' Generation, I'm glad that she is still connected with the other members. She is still our Beautiffany. Like she said, "Family is family." She is currently studying acting in LA to pursue her dream of being an actress.

"Over My Skin" is produced by Khwezi and Kev Nish of Far East Movement.


Have you watched her dance rehearsal ? I love it !