July 25, 2018

PERMATA - NUR IZZAH HANI

Image result for permata nur izzah hani

SINOPSIS

Daripada filem aksi romantik ala islamik, dunia Irfan dan Hani kni berubah menjadi drama bersiri kekeluargaan apabila hadirnya permata dalam hidup mereka yang mempunyai pelbagai kerenah tersendiri.

Ahmad Furqan; si sulung yang mempunyai emosi komplex.

Aqil dan Aqilah; kembar double trouble yang paling adorable.

Mampukah si brutal muslimah Hani menjadi mama yang baik ?

Terdayakah Irfan melaksanakan tugas sebagai papa dengan sempurna ?

"Jaga anak lebih susah daripada matikan bom jangka!"

GENRE
Islamik, kekeluargaan, romantis

-----
I sangat kagum dengan cara penulisan Nur Izzah Hani ni. Tahap pemikiran yang luar biasa. Bijak. Cara penceritaan yang menarik. 

Ini adalah sambungan untuk novel The Silent Killer. Untuk kisah kali ni, tak banyak aksi macam dalam novel TSK. Lebih kepada menjaga keluarga tercinta. Cara-cara menjaga dan mengenali diri anak-anak.

Ceritanya bermula dengan Furqan yang mempunyai masalah minda, dia agak lembab dalam pelajaran tetapi sebenarnya seorang yang genius. Dia mempunyai dyslexia semasa kecil kerana dia ada rasa rendah diri dan sensitif. Dia jadi macam ni sebab ibu bapanya mengabaikannya dan lebihkan perhatian kepada si kembar. Namun, dia seorang anak yang baik dan menjadi pelindung kepada keluarganya. Bila besar, dia menjadi seperti papa dan mama dia yang sangat genius dan bagus segala benda.

Kisah ni mengajar ibu bapa supaya lebih peka kepada kesihatan anak-anak. Kena lebih mendalami jiwa seorang kanak-kanak yang perlukan perhatian. Kadang-kadang ibu bapa sendiri tak nampak perubahan pada diri anak mereka. Kadang-kadang orang lain lebih mengenali si anak. Mungkin sebab ibu bapa yang terlalu sibuk. Ibu bapa pun main peranan mendidik anak-anak dengan ajaran Islam supaya mereka tahu baik dan buruk.

I macam nak buat karangan SPM dah rasanya 😂 I recommend novel ni sebab banyak pengajaran yang kita dapat dari novel. Kisah cinta dengan pendekatan Islam yang seimbang. Sesuai untuk semua kecuali yang bawah 13.
RATING
★★★★★

3 comments:

  1. dah lama sangat dah tinggalkan minat membaca. dulu ada juga baca time muda muda hehe..

    ReplyDelete
  2. hahahhahahha I feel you. kalau x stop brape perenggan dah agaknya ni. XD

    ReplyDelete
  3. Sambungan the silent killer kan? Menarik isinya..

    ReplyDelete