September 22, 2017

MY JOURNEY #2 : KENAPA PILIH BIOLOGY ?

Assalamualaikum. Hello readers 😄

Minggu kedua dah busy dengan assignment. Life degree dengan diploma berbeza ye cik nina. Diploma dulu boleh la nak lepak lepak sana sini, sekarang ni dah duk menghadap notes dengan assignments. Memandangkan ada cuti tiga hari minggu ni, I terus plan balik hari khamis (21/9) petang alang-alang kelas petang tu cancel. Haa sebab tu I boleh ber-blogging sekarang ni hehe 😄

-

Back to the topic, kenapa pilih Biology ?

Minggu lepas dan minggu ni soalan sama dari lecturer. Kenapa pilih Biology ? Kerja apa yang korang nak cari ?

Mula-mula, I pun macam 'Kenapa erk ?' Sebab dah dapat Biology. Haha jawapan yang tak menyakinkan. Masa I pilih course ni, memang course yang I nak sebab I nak cari kerja yang bukan kerja dalam office. I suka duduk dalam lab. Waktu study ni pun I lebih suka lab daripada belajar dalam kelas. I suka bau chemical, bau ubat 😂

I pilih Biology sebab suka belajar pasal badan manusia, environment dan flora & fauna. Kalau nak tau, I suka pergi Taman Botani. I selalu catit nama-nama pokok dan serangga yang ada. Kalau pergi zoo, I akan baca nama saintifik haiwan yang ada. I akan ambik masa agak lama untuk pusing satu taman ataupun zoo tu sebab nak baca info yang ada. Kalau pergi muzium lagi lama I bertapa dalam tu 😂

Masa sem 5 waktu diploma, kitorang ada satu subjek yang kena cari bunga/daun dan serangga untuk assignment. Kitorang kena cari nama-nama saintifik serangga dan bunga/daun tu. Memang stress tapi seronok.


Masa nak bagi serangga tu pengsan/mati memang rasa kesian, sampai tak sanggup tengok masa serangga tu kejang-kejang.

Bila fikir balik minat I dekat flora & fauna, I nak jadi sama ada Biologist, Botanist ataupun Zoologist. Apa yang 3 scientist ni buat ?

  • Biologist - Study about life, humans, animals and bacteria.
  • Botanist - Study about plants - from the smallest bacteria to the largest living things.
  • Zoologist - Study about animals and their interaction with ecosystems.

Pernah jugak ada cita-cita nak ambik Forensik, tapi bila mengenangkan nak tengok darah pun takut inikan nak tengok mayat 😂 I suka benda yang ada kaitan dengan siasatan. Nak jadi CSI kononnya. I memang minat search terrifying facts, thriller dan kes pembunuhan, tapi sebenarnya I ni penakut 😂 

Cita-cita nak jadi Doktor waktu zaman sekolah je, lepas tu tak minat sebab tak suka bedah-bedah ni. I punya curiosity level memang tinggi. Ada satu sem yang kitorang kena bedah tikus dan I curious gila apa yang ada dalam tikus tu sampai hancur tikus tu I kerjakan. Rasa berdosa pun ada 😅 Bedah cengkerik pun ada untuk tengok sperm, hancur jugak 😅 

Itulah sebab I pilih Biology. Doakan Anina berjaya capai cita-citanya okay 😉

HILANG BY DAYANG NOOR


SINOPSIS

Hilang menemukan Shaziman - seorang jurulatih peribadi yang happy-go-lucky - dengan Khairani, seorang gadis kampung yang berhijrah untuk mencari rezeki dan cinta. Apabila adik kembar Shaziman ghaib, dia tidak menyedari Khairani menyimpan kunci tentang misteri itu.

GENRE 
Jenayah, misteri

-----

Novel ni tak berat sangat. Ada pembunuhan tapi tak seteruk pembunuhan dalam Gelap. Cerita ni tentang pemburuan, Shaziman dan Jo (penyiasat peribadi) memburu Jusoh, seorang penjenayah paling bahaya dan bijak, untuk mencari adik kembar Shaziman, Ikhsan.

Cara penceritaan setiap bab berlainan. Bab berselang-seli mengisahkan tentang Shaziman dan Khairina mengikut bulan dan hari sehinggalah hari kehilangan Ikhsan. Shaziman dan Jo berusaha menjejak Jusoh, semua mangsa yang dicacatkan oleh Jusoh telah dijumpai sehinggalah mereka bertemu dengan Khairina yang tahu apa yang terjadi pada Ikhsan.

Khairina menjadi orang kuat Jusoh dalam keadaan terpaksa demi keselamatan dirinya. Akhirnya, dia bekerjasama dengan polis untuk menangkap Jusoh. Namun, ada rahsia yang pembaca perlu tahu tentang Khairina si gadis kampung kecil molek ni. Apa rahsia itu ? Kenapa sampai dia bunuh orang ? Ooopppsss 😐

Novel ini tak terlampau berat untuk pembaca. Cuma novel ini menceritakan macam mana Ikhsan boleh hilang dan macam mana mereka cuba menjejaki Jusoh.

RATING
★★★(3.5)

September 21, 2017

GIVEAWAY PALING GEDIK (TAMAT)

click banner

Hello readers 😊

I join GA ni sebab baju-baju tidur dia comel sangat 😍 Korang kalau nak, cepat-cepat join tau.

Hadiah
Semuanya comel-comel.

September 16, 2017

GIVEAWAY COMEL BY SYAHIRAH VALIANT (TAMAT)

click banner

Tarikh tamat : 9 October 2017

Hadiah-hadiah comel


September 12, 2017

MY JOURNEY #1 : DEGREE

Hello readers 😊

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan September. Lagi beberapa bulan nak masuk 2018.

Congratulation

September 11, 2017 I'm officially a degree student. Ramai kawan-kawan sebaya dah masuk degree dulu, jeles tengok. I dapat sambung dalam Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi di UiTM Kuala Pilah. Universiti pertama I masuk waktu diploma sem satu sebelum dipindahkan ke universiti asal, UiTM Tapah. So, rasa excited tu kurang sikit sebab tau tempat dia macam mana 😂


Ada jugak kawan-kawan yang sama diploma dapat tempat yang sama, especially Ana, best friend waktu diploma. Kitorang dari sem satu sampai la habis bersama-sama dan degree pun dapat tempat sama tapi dia dapat sambung Sains Kimia, sama dengan Emi. Emi pulak dapat dekat UiTM Jengka.

Kali ni ibu dah warning awal-awal jangan leka kali ni. Takde nak enjoy sangat macam dulu 😅 Kalau memang dah tak boleh nak study sebab tepu otak baru la keluar pusing-pusing uni.

Kawan mesti la kena ada, tapi bukan untuk enjoy selalu. Dalam kelas mesti kita kena cari kawan untuk group assignment. Majoriti student dari UiTM Tapah, so ramai yang dah kenal. Senang sikit nak cari kawan. Harap-harap la dapat group yang bekerjasama dan tak lepas tangan. I tak sanggup hadap.


Kelengkapan bilik lebih baik daripada sebelum ni. Almari baju, meja belajar dan rak bawah katil semuanya baru. Muat untuk barang-barang I yang banyak ni.

Subjek-subjek pun dah daftar. Tengok jadual rasa nak nangis 😂 Kembali ke zaman kelas yang padat. Nak elak dapat kelas pukul 8 memang takde la sebab subjek banyak. Mungkin akan jarang sangat balik Gombak since tambang nak balik mahal 😖 Kat Tapah dulu dekat je ETS, tak sampai 5 minit dah sampai stesen. 

Jadual Blogging

Memandang dah start busy dan I pun kurang masa untuk ber-blogging, Wifi dekat sini pun tak membantu sangat, jadi Sabtu dan Ahad saja I akan ber-blogging sebab data internet untuk weekend berlainan dengan weekdays. Mungkin I akan blogwalking guna phone saja.

Chaiyok nina !

September 09, 2017

COMEBACK GIVEAWAY BY CIKBEBEL (TAMAT)


click banner

Cikbebel nak cari 8 pemenang untuk tudung bawal dan shawl. Haa jadi kena cepat-cepat join kalau nak menang !

Tarikh tamat : 30 September 2017


Tiga kawan ditag

September 08, 2017

SCHOOL 2017


No. of episodes : 16
Release date : July 17 to Sep 5, 2017
Genre : Comedy, Mystery, Romance, School, Youth
Casts : Kim Se Jeong, Kim Jung Hyun, Jang Dong Yoon, Han Sun Hwa, Han Joo Wan

SYNOPSIS
Ra Eun Ho is a cheerful student who has kept her place as rank six out of 280 students at her high school. She has a talent for drawing webtoons and dreams of dating the college boy she has a crush on. One day, while trying to find inspiration for her comics, she somehow is caught in the wrong place at the wrong time and gets marked as a delinquent student. This is only the start of her troubles.

------

Siapa pernah tengok School 2015 ? Kisah dua orang kembar yang terpisah, seorang dengan keluarga senang dan seorang lagi dengan keluarga susah. Seorang hati keras dan seorang lagi selalu dibuli.

Kali ni School 2017 menunjukkan bagaimana anak-anak orang kaya mampu tutup perbuatan nakal mereka dengan duit. Walaupun mereka punca masalah yang berlaku, tetapi mereka akan menuduh orang yang tak bersalah. Sebab apa ? Sebab orang yang bersalah itu miskin, tak pandai. Cikgu-cikgu lebih menyebelahi anak orang kaya kerana ibu bapa mereka merupakan orang kuat di sekolah itu.

Ra Eun Ho dan Hyun Tae Won dari keluarga yang berbeza. Keluarga Ra Eun Ho bukan keluarga yang kaya, tapi kehidupan mereka bahagia selalu. Hyun Tae Won pula dari keluarga yang kaya, tapi hubungannya dengan ayah dia tak sebaik Ra Eun Ho dan keluarganya. Ayahnya lebih mementingkan reputasinya sendiri daripada anak sendiri.

Ra Eun Ho dituduh sebagai Student X dan hampir dibuang sekolah, tetapi Student X telah menyelamatkannya. Korang boleh teka siapa Student X bila dah tengok cerita ni. Obvious sangat 😂

Hyun Tae Won merupakan anak salah seorang pengarah sekolah, dan juga pemilik sekolah itu. Dia mula rapat dengan Ra Eun Ho setelah Ra Eun Ho tau dia ialah Student X. Hubungan mereka semakin rapat dan Tae Won mulai suka pada Ra Eun Ho. Ra Eun Ho mampu mengubah sikap dingin Hyun Tae Won kepada kebudak-budakan. 


Song Dae Hwi pula merupakan sahabat lama Hyun Tae Won, mereka tak berkawan sejak kejadian yang terjadi kepada sahabat mereka, Joong Gi. Namun, dengan penumbuk mampu memulihkan hubungan dingin mereka. 

Ada orang tertentu sahaja yang tau Tae Won ni Student X dan mereka sangat memegang rahsia. Saling membantu antara satu sama lain.

Walaupun Tae Won ni marah sangat pada ayahnya, tapi dia sayang sangat ayahnya dan taknak kehilangan ayahnya. Disebabkan ini ayahnya mula berubah.



Hyun Tae Won dan Ra Eun Ho comel sangat 😍 Bila korang tengok drama, korang akan sengih je tengok dorang berdua. Comel ! 

Drama ni mengajar kita macam mana nak mempertahankan diri daripada terus dipersalahkan oleh pihak atasan. Mengajar kita bersatu untuk berani menegakkan kebenaran.
RATING
★★★★★

September 07, 2017

FIRST GIVEAWAY BY BLOG BUKU PINKY (TAMAT)


click banner to join

Hello readers ! Jom pakat ramai-ramai join GA kali ni 😄 Hadiah-hadiah pun menarik tau. Syarat-syarat pun senang je.

Tarikh tamat : 5 Oktober 2017

Hadiah-hadiah 

Hadiah pertama : RM30
Hadiah kedua: RM20
Hadiah ketiga:RM10
Hadiah keempat: Reload RM5
Hadiah Saguhati (5 Orang) : Bookmark magnet comel

Entry paling kreatif: RM20


September 05, 2017

ASRAMA 2


SINOPSIS

Dahlia tidak pernah gagal menyambut harijadi setiap pelajar di asrama itu. Bukankah Dahlia dan harijadi memang sinonim ?

Kehadiran Lily membuka lembaran baharu di asrama tempat mereka bertapak. Lily istimewa kerana dia satu-satunya mangsa yang terselamat bahana penculikan 'Pembunuh Tangan Hilang' suatu ketika dahulu.

Namun, misteri menyelubungi asrama sekali lagi apabila histeria berantai melanda dan menyebabkan pelajar dalam ketakutan ! Adakah ini semua berkaitan dengan Lily yang seolah cuba dilindungi 'sesuatu' ?

 Dan dapatkah Dahlia dan kawan-kawannya menyelamatkan asrama yang mereka huni ?

GENRE

Seram, misteri, remaja

------

Sebelum korang baca novel ni, baca dulu novel Asrama supaya tak confuse wujudnya watak Dahlia. Bahasa yang digunakan berbeza sebab dalam Asrama penulis guna bahasa melayu biasa tetapi dalam Asrama 2 penulis guna loghat Sabah. Jangan risau, penulis ada terang maksud-maksud perkataan Sabah tu. Gambar-gambar yang dilukis pun ada ditambah dalam novel ni.

Cerita masih di asrama yang sama, cuma watak utama kali ini ialah Lily, pelajar baru. Kisah 'Pembunuh Tangan Hilang' ni takde cerita banyak pun. Cuma bagitau yang Lily terselamat dari pembunuh tu. I thought dia bagitau macam mana cara Lily ni terselamat, tapi cuma dia bagitau Lily kena pukul di kepala lepas tu pengsan dan tau-tau dah terselamat. Selepas dia kena pukul tu, dia lupa ingatan. Semua kejadian yang berlaku dia tak ingat dan ibu bapa dia pun taknak bagitau supaya Lily ni tak jadi pendiam macam dulu.

Dahlia pula hantu dalam cerita ni. Kalau dalam Asrama, kita ingat dia manusia dan dia pun ingat dia manusia, padahal hantu. Jadi dalam Asrama 2 ni dia dah boleh terima yang dia ni hantu. Ingat tak sebelum dia mati dia pernah bersumpah yang dia takkan mati sebab esok harijadi dia ? Sebab itu hantu dia berkeliaran dekat asrama tu dan setiap kali ada sambutan harijadi, dia akan muncul untuk raikan bersama-sama. Semua pelajar asrama tau dia akan ada tapi peliknya mereka tetap sambut.

Pembuliaan yang berlaku tak banyak tapi pelajar yang kena buli dengan hantu banyak. Itu yang banyak histeria. Lily dilindungi 'sesuatu', kalau Lily dibuli, 'sesuatu' tu akan balas dendam. Lily taknak 'sesuatu' mengganggu pelajar lain dan juga meminta untuk berhenti melindunginya, tapi 'sesuatu' tu degil.

Plot twist novel ni lebih kurang sama dengan Asrama, rupanya ramai yang hantu, bukan Dahlia and the gang je. Bila korang baca korang rasa macam what the hellll. Tapi plot twist Asrama lagi pening la.

RATING
★★★★★