September 05, 2017

ASRAMA 2


SINOPSIS

Dahlia tidak pernah gagal menyambut harijadi setiap pelajar di asrama itu. Bukankah Dahlia dan harijadi memang sinonim ?

Kehadiran Lily membuka lembaran baharu di asrama tempat mereka bertapak. Lily istimewa kerana dia satu-satunya mangsa yang terselamat bahana penculikan 'Pembunuh Tangan Hilang' suatu ketika dahulu.

Namun, misteri menyelubungi asrama sekali lagi apabila histeria berantai melanda dan menyebabkan pelajar dalam ketakutan ! Adakah ini semua berkaitan dengan Lily yang seolah cuba dilindungi 'sesuatu' ?

 Dan dapatkah Dahlia dan kawan-kawannya menyelamatkan asrama yang mereka huni ?

GENRE

Seram, misteri, remaja

------

Sebelum korang baca novel ni, baca dulu novel Asrama supaya tak confuse wujudnya watak Dahlia. Bahasa yang digunakan berbeza sebab dalam Asrama penulis guna bahasa melayu biasa tetapi dalam Asrama 2 penulis guna loghat Sabah. Jangan risau, penulis ada terang maksud-maksud perkataan Sabah tu. Gambar-gambar yang dilukis pun ada ditambah dalam novel ni.

Cerita masih di asrama yang sama, cuma watak utama kali ini ialah Lily, pelajar baru. Kisah 'Pembunuh Tangan Hilang' ni takde cerita banyak pun. Cuma bagitau yang Lily terselamat dari pembunuh tu. I thought dia bagitau macam mana cara Lily ni terselamat, tapi cuma dia bagitau Lily kena pukul di kepala lepas tu pengsan dan tau-tau dah terselamat. Selepas dia kena pukul tu, dia lupa ingatan. Semua kejadian yang berlaku dia tak ingat dan ibu bapa dia pun taknak bagitau supaya Lily ni tak jadi pendiam macam dulu.

Dahlia pula hantu dalam cerita ni. Kalau dalam Asrama, kita ingat dia manusia dan dia pun ingat dia manusia, padahal hantu. Jadi dalam Asrama 2 ni dia dah boleh terima yang dia ni hantu. Ingat tak sebelum dia mati dia pernah bersumpah yang dia takkan mati sebab esok harijadi dia ? Sebab itu hantu dia berkeliaran dekat asrama tu dan setiap kali ada sambutan harijadi, dia akan muncul untuk raikan bersama-sama. Semua pelajar asrama tau dia akan ada tapi peliknya mereka tetap sambut.

Pembuliaan yang berlaku tak banyak tapi pelajar yang kena buli dengan hantu banyak. Itu yang banyak histeria. Lily dilindungi 'sesuatu', kalau Lily dibuli, 'sesuatu' tu akan balas dendam. Lily taknak 'sesuatu' mengganggu pelajar lain dan juga meminta untuk berhenti melindunginya, tapi 'sesuatu' tu degil.

Plot twist novel ni lebih kurang sama dengan Asrama, rupanya ramai yang hantu, bukan Dahlia and the gang je. Bila korang baca korang rasa macam what the hellll. Tapi plot twist Asrama lagi pening la.

RATING
★★★★★

6 comments:

  1. kita tak suka cerita seram..anak-anak suka pulak kisah seram ni!haha

    ReplyDelete
  2. rina suka citerseram..suka sgt2 :D

    ReplyDelete
  3. Full rating tu :D Asrama dan Asrama 2 dalam TBR list jugak :)

    ReplyDelete
  4. ending die lily pun jadi hantu?tapi macam mane ye.pelik la.

    ReplyDelete
  5. ending mcm tergantung, nanti mesti ada asrama 3 hehe

    ReplyDelete