January 14, 2021

2021



Assalamualaikum.

Dah lama rasanya I tak ber-blogging. I memang tak konsisten untuk ber-blogging sebab I takde semangat dan idea yang menarik untuk post dalam blog ini. Tapi rasa sayang nak padam blog ini sebab banyak jugak yang I kongsi dalam blog ini.

I kehilangan idea untuk buat konten yang menarik dalam blog ini. Mungkin I perlu fikirkan konten apa yang menarik untuk I kongsikan dalam blog ini. Ataupun I patut padam blog ini. I akan fikirkan dulu.

Untuk post kali ni, I nak kongsikan beberapa perkara yang berlaku sepanjang 2020.

Kita semua tahu dan sedar pasal Covid19 yang makin meningkat dekat Malaysia dan juga negara lain. Sebelum datangnya 2020, semua orang menantikan tahun 2020 memberi sejarah dan kenangan yang indah buat kita. Tetapi sejarah telah tercipta dan akan diingat sampai bila-bila. Kita boleh bercerita dengan generasi akan datang tentang kepayahan hidup kita dalam menangani Covid19. Memang kenangan yang tak dapat dilupakan. Hampir setahun kita habiskan masa di rumah. Ada yang hilang pendapatan, ada yang kehilangan keluarga.

Tahun 2020 jugak merupakan tahun yang perit bagi I. I kehilangan seorang insan yang sangat kitorang sayangi iaitu Paklong. Takde lagi pelawak dan penghibur kitorang di kampung. Takde lagi satu-satunya paklong yang I ada. Kehilangan yang sangat terasa.

Alhamdulillah tahun 2020 jugak adalah tahun I habis degree. Kitorang merupakan batch pertama yang hadap online learning. Memang payah sebab masa tu semuanya sangat tiba-tiba dan kitorang takde preparation yang baik. Jadual belajar bertukar-tukar, assignment pun bertukar-tukar, FYP yang susah sebab tak boleh face-to-face dengan supervisor dan cara belajar yang susah. Tapi alhamdulillah kitorang lepas dan grad. Cuma terkilan sebab tak dapat spend time lebih dengan geng dan classmate dekat uni.

Untuk kali pertama I rasa interview kerja. I dapat kerja dekat Scicom KL sebagai Customer Service di bawah Shopee. Tapi sayangnya I terpaksa berhenti atas sebab-sebab tertentu. Mungkin takde rezeki I kerja dekat sana lama, tapi I suka environment kat sana. Kawan semua baik, bos pun baik. Takde stress sebab kawan sekerja, cuma stress sebab nak kena hadap customer. 

Okay itu saja yang I nak kongsikan untuk post kali ni. Jumpa lagi!