February 11, 2020

ANOMALI BY SYAFIQ AIZAT


ANOMALI
SINOPSIS
Ini kisah tiga orang manusia;
Seorang boleh baca fikiran.
Seorang pernah menewaskan Krampus.
Dan seorang lagi pernah berdepan dengan beberapa entiti dari alam lain.
Mereka, dan beberapa orang lain harus bersatu untuk menyiasat satu kejadian anomali, yang lebih aneh daripada kejadian-kejadian yang pernah mereka hadapi sebelum ini: kemunculan sejenis entiti yang boleh mengawal dan menjatuhkan hukuman kepada manusia, dan mengaku dirinya sebagai Tuhan.
Sekali lagi Fa’iq kena selamatkan orang, Dani perlu menyiasat, dan Iskandar harus berhadapan dengan entiti baru.
Namun… Adakah ‘sekali lagi’ itu akan menjadi kali terakhir buat mereka?

GENRE
Misteri, persahabatan, remaja

-----

Ceritanya bermula bila satu Malaysia kecoh dengan kehadiran Tuhan Palsu yang menyebabkan banyak manusia berdosa koma akibat dihukum. Fa'iq ialah seorang remaja yang mempunyai kelebihan deria keenam iaitu mampu membaca fikiran manusia. Dani ialah seorang remaja yang berjaya menangkap Krampus. Iskandar ialah seorang remaja yang boleh melihat benda ghaib.

Mereka perlu menyelesaikan masalah yang berlaku dan mencari siapa dalam disebalik Tuhan Palsu. Mereka menggunakan kelebihan yang ada untuk mencari Tuhan Palsu. Iskandar mula mendapat polaroid-polaroid yang merupakan kuasa ajaib yang dia dapat. Dengan polaroid-polaroid itu, Iskandar paling hebat di antara mereka semua.

Dia dapat membantu kawan-kawan dia yang mempunyai kelebihan yang terhad seperti deria keenam. Dia dapat masuk ke mata Kebenaran dan meminta bantuannya untuk membunuh Tuhan Palsu.

Novel ni adalah gabungan watak-watak dari novel yang berbeza. Novel ni tak berat sangat, cuma lebih kepada magic. I tak sangka penulis dapat idea yang hebat untuk tulis novel ni. Jalan cerita yang diluar batas pemikiran manusia tentang alam. Logik tak logik! Walau bagaimanapun, ilmu manusia masih ada batasnya. Manusia tak boleh lawan ilmu Allah, kita tak nampak alam lain tapi kita tau ia wujud.

Penulis mempunyai idea untuk mewujudkan alam ghaib dan dunia magic. Tidak menggunakan nama-nama ghaib yang pelik, dan mudah disebut. Membuatkan pembaca terbayang tentang situasi yang sedang diterangkan, terutamanya ketika mereka berlawan dengan Tuhan Palsu. Kewujudan Tuhan Palsu ni membuatkan manusia dalam ketakutan, dan mula menjalankan ibadah kerana takut dihukum. Ini baru hukuman dunia semua dah ketakutan, belum lagi hukuman di akhirat.

Pembaca kena hayati betul-betul jalan cerita novel ni supaya lebih faham. Peka dengan setiap bab sebab setiap bab watak yang berbeza.

Siapa agaknya Tuhan Palsu ni? Manusia atau hantu?

2 comments:

  1. salam..jalan2 sini!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/02/nyanyi-lagu-tiga-bahasa.html

    ReplyDelete
  2. Nice! Nak cari lah. Tertarik dengan tajuk dia.

    ReplyDelete