No. of episodes : 41
Release date : 4 Februari - 3 Mac 2018
Genre : Drama, Romance, Fantasy
Casts : Yang Mi and Huang Zitao
Rating : ★★★
SYNOPSIS
Tong Wei, a brilliant commercial negotiator, and the star executive of the US-China Business Council, is hired to represent Xie Xiaofei's company interests at the negotiating table. Xiaofei is the sole heir of a wealthy Chinese-American corporation but wants nothing to do with the family business.
-----
Pada I, jalan cerita dia agak cliche. Banyak konflik dan masalah sama ada masalah percintaan atau masalah syarikat. Xiao Fei seorang anak businessman dan hidup mewah. Dia seorang yang pantang dicabar dan ada pendirian dia sendiri. Dia tak suka dikongkong. Dia balik ke China untuk mulakan business dia tetapi konflik berlaku di antara dia dan ayahnya.
Suatu hari, dia diduga dengan hilangnya semua kemewahan yang dia ada sebab pakcik dia khianat. Yang selalu ada dengan dia adalah Tong Wei, satu-satunya perempuan yang dia cintai. Walau apa pun terjadi, Tong Wei sentiasa ada untuk dia.
First impression I pada Xiao Fei ni, dia terlalu selesa dengan hidupnya yang mewah dan tak biasa hidup susah. Tapi bila dia jatuh, semangat dia tinggi nak dapatkan balik apa yang sepatutnya jadi hak dia. Akaun bank dia semua kena beku dan dia perlu bekerja untuk tanggung hidupnya. Tapi semangat dia jatuh bila pakcik dia ugut akan hentikan kos perubatan mak dia kalau dia tak sign kontrak. Dia hampir give up jugak masa ni tapi nasib baik Tong Wei ada. Masa ni, kalau I kat tempat dia I pun stress. Mak tu adalah nyawa kita.
Bila syarikat ayahnya dah stabil dan mereka dapat rampas balik daripada pakciknya, konflik berlaku apabila ayahnya tidak setuju dengan hubungan Xiao Fei dan Tong Wei. Ayahnya memburuk-burukkan Tong Wei di hadapan Xiao Fei dan pura-pura jatuh sakit. Berlakunya pergaduhan besar antara Xiao Fei dan Tong Wei.
Pada hari yang sama mereka bergaduh, kawan baik Tong Wei keguguran dan masa tu Tong Wei berada di Amerika. Tong Wei balik ke China dan tinggalkan Xiao Fei, tapi kawan baiknya tak sempat diselamatkan kerana lambat sampai hospital. Dan Xiao Fei pula kehilangan dua wanita yang paling penting dalam hidup dia, iaitu maknya yang meninggal dunia dan Tong Wei. Jangan risau, cerita ni happy ending. Walaupun perjalanan hidup mereka rumit, kalau jodoh tak ke mana hihi.
Tao sebab I tengok cerita ni. Dia handsome sangat dalam cerita. Watak yang dia bawak memang menjadi dan professional. Tak kekok. Ekspresi muka dia memang kena. I love the way he looking at Tong Wei 😍 Yang Mi nampak ketara yang dia lebih berusia dari Tao tapi dia berjaya bawa watak sebagai kekasih Tao dalam cerita ni. Bila dia pakai casual, nampak dia lebih muda dari Tao.
Pengajaran cerita ni, kita jangan mudah mengalah. Kadang-kadang orang sekeliling kita main peranan dalam nak bantu kita dapat semangat semula. Jangan terlalu bergantung dengan kemewahan sebab benda tu boleh hilang sekelip mata.
P/S: Semua gambar dari Google