Assalamualaikum & hai readers
Selepas makan dekat K Fry, kami bercadang nak pergi ke KL Forest Eco Park. Selepas solat kami terus gerak naik LRT turun dekat Masjid Jamek. Dari Masjid Jamek kami jalan kaki selama 15 minit untuk sampai sana. Memang penat yang sangat sangat sebab perut penuh lagi. I punya mengah tak payah cerita la. Berjalan sambil bawak perut yang penuh memang penat.
Kalau naik LRT, turun dekat Masjid Jamek, jalan kaki selama 15 minit, ataupun kalau taknak jalan kaki boleh naik grab je. Kalau grab rasanya mungkin dia turunkan dekat KL Tower.
Masuk sana free saja. Sampai je sana kena mendaki sampai la dekat menara. Menara tu kena naik tangga untuk sampai dekat jambatan. Jambatan tu yang akan lead kita sampai la dekat atas bukit. Sebenarnya, kalau tak naik jambatan tu, kita kena mendaki. Lebih baik naik jambatan, boleh tangkap gambar atau selfie dekat atas jambatan. Memang cantik ! Sesiapa yang gayat kalau boleh jangan naik sebab dia agak tinggi, tapi jambatan tu tak bahaya pun nak lalu.
I tak ingat kami ambik masa berapa lama nak sampai dekat puncak. Rasanya dalam 20-30 minit tambah dengan masa kami tangkap gambar. Sebenarnya, jambatan tu kalau kita naik dari bawah, dia menuju ke KL Tower. Kalau dari KL Tower, kita menurun. Lebih baik menaik daripada menurun sebab dekat bawah takde apa-apa pun.
Nak buat photoshoot dekat sini pun cantik. Kalau ibu bapa yang nak bawak anak-anak, rasanya boleh je sebab jambatan tu selamat tapi kena berhati-hati jugak. Untuk warga tua, I tak galakkan naik jambatan ni sebab banyak tangga.
macam menarik je
ReplyDeleteTempat ni memang naik gila sejak akhir-akhir ni. Banyak gila gambar orang-orang Malaysia dekat sini on IG.
ReplyDeleteMenarik.. Tak tahu pula ada Eco Park ini..
ReplyDeletebest nya! Semoga Covid19 ni cepat hilang. Rindu nak jalan2 keluar rumah huhu
ReplyDelete