January 28, 2019

5 TEMPAT MENARIK YANG MESTI DIKUNJUNGI DI LANGKAWI

Assalamualaikum

Selalunya bila pergi Langkawi, majoriti akan pergi ke tempat cable car dan makam mahsuri. Kedua-dua tempat itu merupakan tempat yang WAJIB dikunjungi setiap pelancong tak kira pelancong dalam atau luar negara.

Kali ni, I nak kongsi tempat lain selain daripada dua tempat menarik itu.

Dataran Helang


Sampai saja di jeti, kita akan nampak patung helang yang sangat besar. Ini merupakan mercu tanda Langkawi. Kalau datang ke Langkawi, tak tangkap gambar dengan patung helang ni adalah satu kerugian. Selain daripada patung helang ni, pemandangan di kawasan ini pun sangat cantik dan sesuai untuk sesiapa yang photogenic.

Underwater Wold


Tempat ini terletak di Pantai Chenang. Sesuai untuk bawa anak-anak melawat tempat ni. Terdapat pelbagai spesis hidupan laut seperti ikan, penguin, anjung laut dan lain-lain. Selain daripada hidupan laut, terdapat juga hidupan darat yang jarang kita jumpa. Sangat sesuai untuk anak-anak belajar tentang fauna. Di sana terdapat juga tempat untuk pengunjung rasai pengalaman berhadapan dengan tsunami dan gempa bumi di Earthquake and Typhoon Pavilion. Juga, Lost World Tunnel yang hanya dikelilingi dengan cermin dan pengunjung perlu mencari jalan keluar.

Pantai Chenang


Pantai ini juga popular bagi pengunjung yang ingin berkelah. Ramai pelancong luar negara memilih untuk menginap di kawasan ini kerana terdapat banyak kedai makanan dan kedai cenderamata. Pasir putih yang sangat halus menjadi tarikan pengunjung. Pengunjung juga boleh menikmati makanan di kedai makan sambil melihat pemandangan laut yang cantik dan bunyi deruan ombak yang menenangkan. 

Mangrove Tour


Banyak pakej yang ditawarkan untuk Mangrove Tour. Pengunjung akan dibawa melawat Crocodile Cave, Bat Cave, Kilim Geopark Forest, dan merasai pengalaman memberi makan monyet dan melihat burung helang dengan lebih dekat. Sepanjang perjalanan menaiki bot, pengunjung akan melalui kawasan paya bakau. Pakej untuk Mangrove Tour ini berbeza mengikut masa yang pengunjung mahukan. Lebih lama masa yang diambil, lebih banyak tempat yang akan dikunjungi. Akhir sekali, pengunjung akan dibawa ke Floating Fish Restaurant untuk menikmati makanan laut yang segar.


Monkey Feeding


Tanjung Rhu

Image result for tanjung rhu langkawi

Tanjung Rhu merupakan kawasan pantai dengan air laut berwarna biru yang sangat cantik. Pengunjung boleh bermandi-manda di pantai ini. Pemandangannya pun sangat memukau.


10 comments:

  1. beberapa kali ke Langkawi.. xpenah amek Mangroves Tour hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. You should go. Sebab laluan sungai dia cantik...

      Delete
  2. Bookmark siap pos ini.. manalah tahu tersinggah di Langkawi nanti bolehlah pergi..

    ReplyDelete
  3. Om tak pergi underwater world and mangrove tour... in shaa Allah akan pergi semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua-dua tempat tu best ! Om letak dalam list tau hihi

      Delete
  4. gambar lawa sangat ! tringin gak nak pegi langkawi dgn family

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gigih sis cari angle haha. Holiday dekat Langkawi mmg seronok, tapi tunggu theme park dia siap lagi best nak pergi.

      Delete
  5. memang betul betul tempat wajib kena singgah kalau pergi langkawi

    ReplyDelete