SINOPSIS
“Syira? Syira! Ajim, mana Syira?!” teriak aku.
“Dia ada sebelah aku tadi, tapi lepas blackout tu aku…” Al terhenti. Matanya memandang ke atas. “Oh my god!! Sana!” Al menunjuk ke arah Syira yang sedang bergayut pada lampu chandelier, masih cuba memanjat.
“Someone do something! Bawak dia turun! Fiq! Jimie!” Al yang biasanya tenang dalam semua perkara semakin hilang identitinya.
Fiq berlari ke arah Syira dan menariknya dari bawah.
“Hahahahahahahahahahaha!” Syira mengilai melihat Fiq yang terkial-kial menarik kakinya. Aku turut cuba menghulurkan bantuan, tetapi usaha yang dilakukan seperti tidak memberi apa-apa impak.
“Fiq, on three. Kita rentap sama-sama!” cadang aku.
“Okay!”
“One, two… three!”
GENRE
Seram, mindfuck, persahabatan
RATING
★★★★★
REVIEW
Seram ! I tak senang duduk bila baca novel ni. Cerita ni macam bagi pengajaran dengan orang-orang yang suka pergi ghost hunt, itupun kalau dorang insaf bila baca novel ni. Tapi manusia ni insaf sekejap je, lepas tu buat balik. I pun ada rasa nak pergi ghost hunt tapi takde member. Lepas baca novel ni niat I terbantut 😂
Dalam cerita ni, mereka semua tak sempat nak insaf, dah mati dulu. Kalau pada orang yang bukan dalam situasi mereka, orang akan cakap yang mereka gila dan reka cerita. Kenyataannya memang mereka alami sendiri dan terjadi depan mata.
Jimie, Fiq, Ajim, Amat, Al dan Syida merupakan kawan baik. Mereka suka pergi
ghost hunt dan selalunya mereka tak jumpa hantu. Satu hari, mereka pergi ghost hunt dekat satu bangunan lama di Seremban. Mereka buat kerja gila main
spirit of the coin, idea Ajim. Peraturannya bila roh dah datang, mereka tak boleh lepas jari dari coin tu.
Syira, sepupu Syida yang ikut mereka sekali terlepas jari sebab terkejut tengok Ajim yang macam kena sampuk. Dalam beberapa minit lepas tu Syira pula kena rasuk.
Selepas kejadian itu, macam-macam
perkara aneh berlaku pada mereka. Mereka kehilangan kawan baik sendiri yang mati depan mata. Semuanya angkara makhluk halus yang kacau mereka. Tetapi tanpa mereka sedar, punca semuanya ini terjadi adalah sebab kawan baik mereka sendiri. Salah seorang daripada mereka menyeru roh yang bernama Malika sehari sebelum mereka pergi ghost hunt semata-mata nak bagi kawan-kawannya yang lain dapat melihat hantu.
Disebabkan
perjanjian antara manusia dan syaitan, mereka mati. Ternyata syaitan lagi licik daripada manusia. Selepas yang lain mati, seorang daripada mereka hidup sebab dia tak ikut main spirit of the coin. Tetapi, akhir hidup dia di hospital gila. Mana taknya gila, kawan-kawan dia mati depan mata dia sendiri dan dia saja yang hidup. Mestila depress dan gila.
Jalan cerita tak thriller sangat sebab mereka lebih kepada kena kacau dan menyelesaikan masalah. Kalau ada kes mati pun, dia tak elaborate banyak sangat. Bahasa-bahasa pun kasar bagi pembaca baru ataupun pembaca novel cinta leleh. Pada I, penggunaan bahasa kasar dan kesat dalam novel ni menunjukkan realiti hidup remaja yang suka mengguna bahasa kesat seperti mencarut. Kepada sesiapa yang berpuasa sebolehnya jangan baca, sebab nanti kurang pahala puasa 😂