February 14, 2018

TEMPAT MENARIK & PENGALAMAN DI PHUKET ISLAND, THAILAND

Bangla Road 


Bangla Road terletak di Patong Beach. Orang muslim tak sesuai melawat tempat ni pada waktu malam sebab malam untuk orang bukan Islam bersuka ria. Mereka menyediakan arak, night club dan tarian tiang untuk pengunjung. Sepanjang berjalan di Bangla Road tu, mereka akan promote gadis-gadis cantik ataupun dipanggil lady boy dan jugak lelaki-lelaki tampan kepada pengunjung. Selain bar dan night club, kedai makan pun ada. Bangla Road pun ada agen-agen yang sediakan pakej untuk melawat kawasan Phuket, terutamanya pakej nak ke Phang Nga Bay dan Phi Phi Island.

Elephant Trekking


Salah satu pengalaman yang seronok. Gajah melambangkan Thailand. Orang kata kalau ke Thailand, jangan lupa naik gajah. Gajah-gajah ni akan bawa kita masuk ke dalam hutan yang ada di sekitar kawasan itu. 

Tiger Kingdom


Nak rasa pengalaman bergambar dengan harimau ? Tiger Kingdom ada harimau-harimau yang jinak, boleh peluk, usap dan cium. Dari harimau kecil sampai la ke harimau paling besar, harganya berbeza dan pengalaman pun berbeza. Untuk yang dalam gambar ni, saiz harimau ni medium. 

Gems Gallery Factory


Diamond, ruby, sapphires dan lain-lain gemstone boleh dibeli di sini. Ini merupakan galeri/kilang untuk buat gemstones. Mula-mula masuk mereka akan bawa kita naik kereta api untuk tengok cara pencarian, pembuatan dan penghasilan gemstones. Selepas itu, kita akan melawat galerinya. Sangat besar dan ada pelbagai jenis gemstones dengan kilauan warnanya. Memang buat kita terpukau lagi-lagi bentuk-bentuk yang susah didapati di negara kita. 


Cashew Nut Factory


Sesiapa suka makan kacang gajus, ini syurga kacang gajus. Ada pelbagai jenis perisa kacang gajus yang kita susah nak jumpa. Selalunya kita makan kacang gajus perisa asli, tetapi di sini ada pelbagai perisa dan perisa paling I suka adalah bbq.

Ini cara dia mengupas kulit kacang gajus.

Old Phuket Town

Old Phuket Town mengekalkan bangunan-bangunan lama supaya nampak tradisional dan unik. Bangunan-bangunan pun berwarna-warni, dan kebanyakkan blogger recommend untuk datang ke town ni pada waktu malam untuk lihat keindahan warna-warni lampu di sepanjang Old Phuket Town. Kedai-kedai souvenir pun memang banyak. Banyak barang yang cantik dan unik. Harga pun murah. Kebanyakkan barang-barangnya handmade.


Old Phuket Town ni macam Penang Street, ada lukisan-lukisan dekat dinding bangunan. Bangunan-bangunan pun dibiarkan kekal tradisional, macam dekat Jonker Walk, Melaka. 



Chillva Market


Salah satu night market di Phuket. Phuket memang banyak night market, seperti uptown. Ada pelbagai jualan makanan dan barang-barang lain seperti baju, kasut, gajet dan lain-lain juga dijual. Night market ni diserikan lagi dengan nyanyian lagu-lagu Thailand.


Thai Massage


Thailand memang popular dengan thai massage. Kami singgah di OK Thai Massage untuk menghilangkan rasa penat kami sepanjang di Phuket. Group kami yang lelaki nak sangat pergi massage dari sebelum datang Phuket lagi. Tempat ni jenis terbuka. Macam kami ada 10 orang nak massage, jadi dia letakkan kami dalam satu bilik yang cukup untuk 10 orang.


Ini antara tempat yang kami lawat. I ingat 4 hari cukup untuk kami melawat banyak tempat, rupanya tak sempat nak lawat tempat lain, macam Phi Phi Island, Patong Beach dan pantai-pantai yang ada. Lagi beberapa tahun boleh ke sini lagi 😄

10 comments:

  1. banyaknya tempat best dekat phuket ni. Mesti penat berjalan dari pagi sampai malam tapi berbaloi la jalan2!

    ReplyDelete
  2. cuak juga bergambar dengan harimau tu
    buatnya tiba2 harimau tu serang...cuak ohhh
    hahaha

    ReplyDelete
  3. bestnye. ade rezeki nak jugak pegi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best best, banyak tempat yg seronok kat sana

      Delete
  4. bangla road mesti yg macam dalam ghost house tu....

    ReplyDelete
  5. Bestnya dapat jenjalan ke phuket. Eka blum pernah pegi thailand lagi InsyaAllah next time. TQ for the post :D

    Unfold me here : The Hundred Pages | Eyqa

    ReplyDelete
  6. susah nak cari makanan halal ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak susah sangat. Banyak kedai masakan muslim. Phuket ramai orang Islam. Cuma area patong beach tu susah sikit.

      Delete