February 10, 2018

PENGALAMAN INDAH DI PHANG NGA BAY, PHUKET ISLAND

PHANG NGA BAY

Phang Nga Bay merupakan destinasi yang unik dan pengalaman yang tak boleh dilupakan. Mempunyai ciri tersendiri dan tempat perairan zamrud-hijau.

James Bond Island (KHAO PHING KAN)

Pulau kecil yang pernah menjadi tempat pengambaran filem terkenal iaitu James Bond : The Man with The Golden Gun. Bentuknya yang unik menjadikan pemandangan yang cantik untuk tangkap gambar.


Gambar kami yang berlatarbelakangkan James Bond Island. Dinding-dinding tebing berlekuk-lekuk yang menampakkan seperti gua kecil yang unik memang terbaik untuk sesiapa yang photogenic.

         

Barang-barang souvenir pun ada dijual di pulau ini. Barang-barangnya unik.


Muslim Island (KOH PANYEE)


Pulau ni memang majoriti beragama Islam. Kami berhenti di sini untuk makan tengah hari. Lauk-lauk macam masakan melayu. Halal semuanya ! Haa kalau nak shopping souvenir dekat pulau ni memang banyak. Lepas kenyang, boleh jalan-jalan. Yang penting kena hafal jalan nak ke boat balik. Sepanjang jalan nak pergi tempat makan memang penuh dengan barang-barang souvenir, tapi masalahnya tak hafal jalan 😂 Kalau hilang nanti Coco marah.


Hong Island

Pulau ni memang popular dengan kayak. Tukang kayuh akan bawa kita melawat sekitar pulau ni. Pulau ni sangat cantik dan unik. Keindahan alam semula jadi yang memukau mata. Ambil masa lebih kurang setengah jam juga lawat pulau ni. Memang cantik ! Air pun cantik. Kalau kita pandang air laut tu, kita rasa tenang dan selesa. 



Tukang kayuh kami berdua nama dia Mubarak (taktau eja macam mana). Dia banyak cakap dan banyak info kami dapat. Umur sama dengan Haqim, 20 tahun. Tahun depan kata nak jadi polis.


Mubarak bawak kami masuk gua, dia berhenti dekat tengah-tengah gua then suruh kami tengok atas. A big heart 💜 Sangat natural.

Khai Island

Pulau kecil ni tempat untuk snorkeling. Alatan snorkeling diberi percuma dan termasuk dalam pakej. Kami ada masa satu jam untuk bersuka ria main dengan ikan dekat pulau ni. Air jernih dan banyak jugak ikan.



Penat tapi seronok. Tak rugi menghabiskan duit pergi ke pulau-pulau yang ada di Phuket Island. Kita boleh menikmati keindahan alam semulajadi dan melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik. Kita juga takkan pulang dengan tangan kosong kerana terdapat kedai-kedai souvenir di pulau-pulau tersebut.

4 comments: